Bila sebut jer bulan Dec atau hujung tahun, rata2 orang dah tau dah..musim ape tu?? salah satunyer emmm..musim hujan/tengkujuh...lepas tu apa lagi yer...nak nunggu bonuih..yihaaa!!! Ada memang pasti ada setiap tahun..cuma bezanyer sikit ngan banyak jer...hehe...emmmm lagi..lagi..musim ape yer?? Musim cuti sekolah dan waktu2 macam ni pasti ramai parents yang dah selesai urusan2 hal2 anak2 dengan baju barunyer..beg sekolahnyer..buku2... Apa lagi?? Emmm musim kawen semestinyer...boleh dikatakan dari mulanyer awal bulan sampai la ni ade jer undangan orang kawen! Baik sedara mara maupun kawan2...tima kasihlah pada yang menjemput dan mintak maap banyak2 kalau ada rumah yang tak sempat nak jenguk....Semoga ikatan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..
Jomla layan gambar2 raja2 sehari ni. Ini antara rumah2 yang sempat kami tandang di bulan Dec ni..
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-12-27
Musim makan kenduri
2010-12-19
Bila budak kecik merempit...
Vroomm...vroomm...vroomm...istilah budak2 laki2 dengan motor memang sangat2 tepat!!..memang kata orang bila dah masuk alam remaja mesti menggatal nak bermotor. Kekadang budak2 umur 12 tahun pun dah pandai bawak motor kat kawasan2 perumahan..ada sesetengah tu dah pandai cuba2 nak bawak kat jalan2 raya..perasaan yang memberontak bila tengok kawan2 atau pun bila tengok adengan kat kaca tv tu mendorong keinginan nak mencuba. Akhirnya berlakulah kes2 merempit yang akhirnya membawa padah....ish..ish.. mintak simpangler yer pada anak2 kita semua...especially yang ada anak laki2 macam tuan rumah ni..hehe... Kalau kat Jepun dulu susahnyer nak nampak motor kat atas jalan raya..basikal banyakler...hehe.. tapi kat Malaysia ni terbalik...basikal tu biasenyer atau selalu yang gunakannyer adalah orang2 bangla, myanmar..vietnam...hehe.. tapi kalau motor tu memang berlambak kat jalan raya tu kan..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2010-12-12
Jenjalan Penang
Alang2 dah sampai kat rumah makcik di Bukit Mertajam masa kenduri tunang anaknyer tu, keesokkan harinyer kami sefamili dan famili makcik ke Penang. Memang bukan plan asal pun nak kesana sebab masa yang suntuk dan hari seninnyer dah nak berkeje balik curi2 masa jer jalan ke Penang bawak budak2 ni. Kalau ambik cuti awal2 bolehlah langkah panjang lagi....tapi memang tak boleh pun ambik cuti hari senin tu sebabnyer ayah dah nak ke Shah Alam atas urusan keje pulak. Kesian ayah terpaksa memandu jauh lagi....
Lihatlah pemandangan yang sangat cantik dan tenang, suasana dilaut ketika kami diatas feri nak menuju ke Penang. Anak2 teruja dapat naik feri buat kali pertamanyer...macam2 soalan yang keluar dari mulut Ikmal. Tak terjawab nak menjawabnyer..
2010-12-05
Majlis Bertunang
Pejam celik..pejam celik dah nak masuk hujung tahun..kejap jer masa berlalu 2010 dah nak tinggalkan kita..begitulah jugak selangkah lagi menjangkaunyer umur masing2..
Perut semakin membesar..alhamdulillah dah nak masuk 24 minggu dah..baru2 ni checkup baby sihat dan dah nampak jantinanyer....sebetulnyer masa kandungan masuk 3 bulan dulu doktor kata dah nampak...jeng..jeng..jeng...nampaknyer ibu boleh tubuhkan grup KRU!!! Rezeki nampak ke boy jugak kali ni...tapi ibu tetap syukur sebab hajat yang utama ialah memang nak nambah ahli keluarga...tak kirala apa yang Allah bagi...syukur tetap syukur..
OKlah berbalik kita ke tajuk entry kali ni..20hb Nov lepas ibu dan famili ke Bukit Mertajam untuk meraikan sepupu sorang ni bertunang..nama tuan badan Farahidayu..
Dah lama sesangat tak kerumah makcik di Bukit Mertajam ni...sesekali pergi teringat zaman remaja2 dulu ade kesini dengan kawan baik ibu..si Zulita tu...Bersama dengan Ayu, selamat dah sarung cincin bertunang..khabarnyer dengan orang selatan nun...Johor.
2010-11-27
Party @ DKita Garden
Kawasan yang dikira paling dekat dan menepati selera sesiapa yang mencubanya...mana lagi kalau bukan salah sebuah restoran sekitar dekat dengan kawasan rumah ni...DKita Garden.
Meraikan salah seorang rakan yang akan terbang jauh nun......mana lagi kalau bukan di bumi sakura!! Makan2 sempena meraikan kawan yang akan meninggalkan bumi Malaysia untuk beberapa bulan sahaja.
2010-11-16
Salam AidilAdha
2010-11-14
Khasiat Buah Delima
Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Ibu dapat search dari blog orang & laman2 web yang berkaitan, katanyer.... BUAH DELIMA ni....
- Orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah
- Orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit! hihi tapi anak sulong ibu tu tak makan dulu pun ada sikit lesung pipit..tapi tak lah menyerlah sangat sebab mak bapaknyer memang tak berlesung pipit pun..
- Orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya... hmm.. ok la.. sapa yang taknak mata anak cantik dan bercahaya yer tak??...
- Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
- Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
- Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...i like perumpamaan ni..
- Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sikit arr.
- Ada jugak ibu dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...
- Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah...
- Diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
- A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
- Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
- Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
- Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
- Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
- Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
- Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
- Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
- Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
- Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
- Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan. - Boleh mengurangkan berat badan.
- Elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
- Mencegah dr nyanyuk.
- Mencantikkan kulit.
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
- Even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Well, to all preggy mommies out there, jomla kita makan buah delima !!!
Kekadang pada pendapat ibu, anak yg bijak tu kurniaan dari Allah kita hanya perlu berdoa dan banyak2 membaca Al-Quran.
Anyway dalam Al-Quran pun ade tulis pasal buah delima ni, so ibu yakinlah..buah delima ni banyak khasiat dia yang bagus2.














Toyama Time
Ipoh Time













