-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-11-06

Tetamu dari MME

Terima kasih pada 2 sahabat dari Murata Malaysia (MME) ni, Mr.Lee dan Ms.Tang yang terpaksa curi2 masa untuk berjumpa dengan ibu dan anak2. Rabu lepas, diorang turun ke Toyama Murata atas urusan kerja. Banyak destinasi yang diorang kena pergi (area Jepun) dan pagi Khamis semalam diorang dah kena bergerak ke destinasi lain pulak.
Dengan ayah, memang dapat jumpa sebab diorang datang ke Toyama Murata. Ikutkan memang tak plan nak jumpa ibu ngan anak2 sebab kesuntukan masa tu.. Semalam Mr.Lee tu plan nak jumpa diluar aje sebab diorang ade dinner ngan staff yang lain termasuk la ayah. Cadangnyer selepas dinner tu depe berdua nak berjumpa la pulak ngan ibu dan anak2...nak tengok kami ni happy ke tak duk sini...hehe...gemuk ke kurus...hehe...
Dari kanan Mr.Lee, Ms.Tang (MME) dan chinese girl yg sebelah ayah tu dari (MES) Murata Singapore, tapi orang Ipoh. Kira satu negara la..berkhidmat aje kat Singapore. Under business trip yg sama.. Bergambar diluar 100¥ shop, sempat depe rembat barang2 100¥ nak bagi kat staff2 bila balik nanti!


Bersama kawan2 ayah masa dinner semalam....Mr.Lee kat tempat lain sebabnyer dia ni vegitarien..kira tak dapat geng la dalam kumpulan ni.


Jom tengok apa juadah dinner mereka...

Menarik aje rupa sashimi tu...itula menunyer...(刺身, sashimi) adalah makanan Jepun berupa makanan laut dengan kesegaran utama yang terus dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia dan wasabi, menu lain adalah udang putih salut tepung dan cheese goreng..


Selesai dinner diluar tu pukul 9.00mlm....pikir2 balik anak2 memang tido time tu nanti meragam pulak jadi ibu dan ayah discuss (discuss dlm phone..) suruh diorang datang rumah aje...
Apa nak bagi diorang makan ni???? Jam pukul 7.00malam...luar sana dah gelap pekat..nak tak nak kena kayuh basikal la gelap2 ni pegi supermarket jap. Blurrr....pikir nak bagi makan ringan2 aje la kot..sebab diorang pun tengah dinner kat luar sana. Terus nampak pisang......

Eemmmm....buat apam pisang ajela!!! hanyer itu je idea yang nampak..


Tambahan..beli kat supermarket. Nama kuih ni "mochi"..yang dibuat dari beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat kemudian dibentuk menjadi bulat. Kalau kat Malaysia adik beradik macam tepung gomak la. Rasa liat2 gitu...tapi inti dalam tu adalah inti kacang merah. Sedap!!! Saje bagi guest 2 orang ni rasa makanan jepun ni.

Seronok sangat dapat jumpa diorang ni...tak sangka nak jugak diorang datang rumah walau dalam keadaan kesuntukan masa tu..kalau duk sini sampai hujung minggu ni bolehla bawak diaorang ronda2 sini..tapi takde rezeki!!

2009-11-04

Mood Authum...

Masih lagi dalam mood nak tengok daun2 ni bertukar kaler, kebetulan semalam kat sini cuti, ambik peluang la nak round2 lagi sekitar bandar Toyama je..sebab hari tu frust tengok kat Taikoyama Land tu. Pada adik2 warga2 Toyama mintak maap ye semalam tak dapat nak join main volleyball tu...nanti tepek gambar dalam facebook ye akak nak tengok!!

Jom layan gambar...


Ade tak macam kumpulan Panca Sitara?? Cuma tkde pakai sunglass je...hehe



Sebenarnyer semalam kami singgah dimerata2 tempat...asal nampak suasana tu cantik...kami singgah bukan ape pun nak bergambar je...tahun depan dah tak dapat jumpa musim ni dah...tu yang sakan tu!!

Ayah buat spoil la pulak..pejam mata!!

Ni sebenarnyer gambar yang belum ready..sepatunyer ayah ade sekali dalam ni tapi entah kenapa silap setting kamera tu..jenuh posing ingat dah tangkap rupanyer belum lagi..bila pegi kat stand kamera tu tengok2 baru berkedip2 nak tangkap..apalagi ibu dan anak2 pun cepat2 la nak get ready konon tapi inilah hasilnyer!

Anak2 dah hilang pegi main kat taman ni, pantang nampak taman.. Dekat je taman ni..10 minit dari rumah. Ini lokasi lain pulak..yang gambar2 kat atas tu lokasi lain..

Cantik tak gunung tu?? Namanyer Gunung Tateyama...dah nampak salji kat gunung tu!. Kat taman ni nampak jelas sangat kecantikan gunung tu!!

Jelas kan bentuk gunung tu...putih aje diselaputi salji...cantik..cantik..

Belakang rumah aje ni...yang bangunan tu supermarket..itula tempat yang selalu ibu pergi sampai orang2 dalam supermarket tu dah boleh cam orang asing ni! Bukan nak fokuskan bangunan tu ye...nak fokuskan keindahan gunung ciptaan Allah SWT.

SubhanAllah...


Jenuh panggil bebudak berdua ni ambik gambar...asyik sesangat dapat main!!..dapat jugak ambik gambar satu famili berlatar belakangkan gunung ni.

2009-11-03

Authum di Taikoyama Land

Bertemu kembali tahun ini dimusim luruh...musim yang dikatakan agak best sebab cuacanyer yang nyaman dan sejuk. Tapi tahun ini di Toyama memang terasa sesangat kesejukan tu. Nak pulak hujan je dari hari Ahad lepas...cuma hari ni je baru nampak cahaya matahari...tapi panas matahari pun tak boleh lawan dengan kesejukan ni!!

Berbalik tajuk citer diatas, hari Ahad lepas ibu sefamili datang lagi ke sini untuk mengamit memori dimusim authum ni..ingat kan lagi ibu ada attach gambar2 kenangan last year 2008 dalam entry lepas? Tempat yang sama jugak iaitu di Taikoyama Land.

Berada di kawasan paking kerete..nampaknyer daun2 dah banyak yang gugur!! Dalam hati dah berdetik mesti yang kat dalam lagi banyak gugur agaknyer..

Kaler2 daun tak standardize la...ada yang masih kuning..ada yang dah merah...dah yang paling frust rupanyer dah banyak yang kering dan gugur ke bumi!


Kalau pokok yang dah memang langsung tak berdaun macam gini cantik jugak ye...nampak unit pulak ranting2 dan dahan2 tu!!

Nampak tu..kat unit pokok ni!!..

Ingat tak view ni?? Cuba compare dengan last year?? huhu....dah banyak yang gugur...daunyer tak semeriah tahun lepas!!..Tahun lepas kalau time2 gini jangan kenangla meriah dan merimbun lagi...berbeza pulak dengan tahun ini yang agak cepat pulak menyembah bumi!

Tahun lepas kami sewa basikal...disinila tempat kami bergambar...tapi kali ni tak sewa pun sebab tengok langit dah bertukar kaler...hujan mau turun ooo...

Hujan dah rintik2 ni..masih lagi sakan nak bergambar!!

Anak terpaksa...ibu memaksa...

Nasib ada payung yang disponsor oleh kawasan ni...bukan ambik terus ye...nak kuar kawasan ni kena la return balik..



2009-11-02

Jemputan Hari Jadi..

Sabtu lepas ibu sefamili diundang untuk bersama2 meraikan satu majlis hari jadi Azmi dan Adam (Toyama student). Apa yang diberitahu diaorang ni punyer tarikh lahir beza sehari je...terima kasih atas undangan ni...semua makanan sedap2 belaka!!

Ni buah tangan yang ibu buat untuk majlis ini..Kek kukus coklat lembab. Tertarik dengan Hana punyer resepi..mudah dan senang!!.terima kasih Hana.


Majlis diraikan di kaikan. Jom kita tengok sapa punyer decorationnyer ni..
*
*
*
*
*

Percaya atau tak si kecik ibu ni yang decoratenyer???.....teka lah???......
Gaya tu macam adela...cuma eksen je tu...hehe..bangganyer ibu kalau Ikmal yang buat. Yang sebetul tukang buatnyer ialah si PokNik. Sorry ye PokNik...

Ha..ini dia birthday boy!! Yang kanan tu namanyer Azmi dan kiri tu Adam. Tersipu2 je si Adam tu...hehe.

Yeahhh....kembung mulut tu penuh dengan kek!!..


Keasyikan Mifzal makan nasi beriani..best la Kashmir boleh buat services gini. Memang Mifzal suka makan beriani Kashmir ni!!..selera sungguh dia makan.

Semua rakan2 yang hadir bersama. Makan free memang kami tak tolak!!..haha..


Disebabkan ada masa lagi..apa lagi penganjur nak buat main kerusi beracun la pulak, pada yang menang no hadiah2...just for enjoy only!!...

Dah la tadi kenyang makan...sekarang ni kenyang gelak pulak..adoii sakit perut!!

Suka 2 beradik ni tengok permainan ni!! bukan budak2 je ada main, orang besar pun ada main tau anak..

Siap pusing pegang2 bahu...memang lawak betui korang!!

Ayah pun dipaksa untuk memeriahkan permainan...


Antara budak2 yang kena denda..macam2 yang kena buat..permintaan dari birthday boy!!..memang betui hari tu kenyang makan ngan kenyang gelak!!. ENJOY !!!