-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2012-03-30

Jamuan birthday Aqil

Kalau dah umur anak kita masuk setahun tak lengkap rasanyer kalau tak celebrate apa2...bukan nak beria2 sangat pun...rasa macam umur setahun tu tersangatlah comel dan specialnyer untuk diingat, walhal tuan badan heran pun idak. Bukan paham apa2 pun....cuma mak budak ni jer yang terlebih excitednyer.

Jamuan kecil makan petang ni telah disambut pada 25hb lepas, meraikan hero kecik ibu yang baru masuk setahun tu. Jemputan untuk family jer..
yang paling best dua-dua opah Aqil ade bersama dalam jamuan ni. Terima kasih luangkan masa untuk cucu sorang ni.
Frust nengok kek ni "bolen" tak berbaju...malas nak mention beli kat mana. Yang pastinyer tersangatlah JAHAT kedai itu!! Kalau ibu yang pergi sah2 kene tanye punya. Ni ayah yang pegi sorang2...haram tak perasannyer.
Sian Aqil potong kek "bolen"..hehe..

Langsung tak sporting birthday boy ni!!...Bersungguh2 dia nak tanggalkan topi yg kat atas kepala dia tu. Laju jer tangan dia nak ambik.


Dalam banyak2 gambar yang diambik, ni jerla yang kira nampak Aqil dalam keadaan baik dan tenangnyer....hehe...emmmm mujor ler tak pakai filem2 ni kalau idak kompem...sendiri mau ingat.



Ade ke gaya macam seorang pemain bola sepak tu? Tersangatlah teruja dengan bola yer. Kat tangan ada..kat kaki pun ada..dah macam rupa besor sangat2 dah anak ibu.

2012-03-20

Selamat Hari Lahir Yg Pertama...Nizarul Irfan Aqil

Permata hati ketiga kami, ibu namakan sebagai Nizarul Irfan Aqil.

Hari ni 20.03.2012 genap setahun usia Aqil.

Aqil membesar dengan sihat dan sempurna. Bijak Alhamdulillah. Sedikit nakal, lasak and suka nak cuba benda yang bukan–bukan. Satu jari kecil sentiasa nak masuk dalam mulut..berlelehan air liur yg keluar...haha.. pipi nak kene selalu dilap sebab penuh satu muka bau air liur dia..(time2 umur cenggini masih wangi lagi kalau kita cium. Takpe masih macho lagi. Vocab tak banyak sangat tapi bolehlah sikit – sikit. Dah boleh sebut boooaaa, bola la tu.., sebut ayah...dia sendiri tukar abah..dan yang paling best dah pandai sebut ba..ba..ba..maknenyer tu `BoboiBoy`...kartun animasi yang tengah top sekarang ni..hehe..Cukuplah tu kan. Cuma perkataan ibu tak sebut2 lagi ni...tu yang geram tu. Tersangat teruja dan terlebih exited dengan permainan bola. Baik dalam TV atau pun real2 tengok org2 bermain di padang. Alahai...si bapak sibuk nak anak2 berkecimpung dalam dunia badminton, nampaknyer si kecik ni lebih ke bola pulak. Sangat marah dan terus menangis kalau apa yang ada ditangannyer dirampas oleh orang lain. Jalan pun dah pantas sekarang ni. Kaki agak cepat dapat berbanding abang2 dia. Seawal umur 10 bulan nak masuk 11 bulan dah boleh berjalan dengan jayanyer..

Sekejap je masa berlalu. Macam baru semalam je ibu gigih berpantang. Rupanya dah setahun. Takde perkataan yang tepat untuk gambarkan betapa sayangnya ibu pada Aqil. Ibu dan ayah selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selalu... Ibu nak Aqil bangga ada ibu macam aku. Hehehh.


Aqil sayang,
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Ibu doakan Aqil sihat sentiasa dan dalam lindungan serta kasih sayang yang Maha Esa. Ibu dan ayah sayangkan Aqil sangat – sangat. Jadi anak yang soleh ye sayang. Yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. I love you sayang.


2012-03-10

Section Dinner@Sameer Al-Arabi

Ini kali kedua buat makan2 bersama dengan section tempat kerja. Kali ni pilihan tempat di Restoran Pak Arab. Restoran Sameer Al-Arabi. Lokasi di Station 18 berdekatan dengan rumah...hehe. Berlangsungnyer bulan lepas pada 17 Feb. Pilihan lokasi dipilih oleh diri sendiri. Sebelum ni dah pekena dengan famili dulu..anak2 amatlah suka dengan menu2 disini jadinya sajer la select sini pulak. Kalau tak dorang masih lagi nak select tempat yang sama masa buat makan mula2 dulu, kat Restoran Pakeeza tu. Macam tak best jer kalau nak buat kat situ lagi...

Lokasi berdekatan dengan Tesco Station 18.

Bersama dengan kawan2 dari jabatan ibu.


Sedang kusyuk makan tu...pekene menu Pak Arab.

Ni antara menu2nyer..paling sedap dan best desert yang diberi nama Labey Sehri. Suka sangat2..





Ni sebahagian yang hadir. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Bergambar bersama sebelum balik.
Terima kasih pada en suami yang bagi kebenaran untuk join dalam section dinner ni. TQ sebab jaga anak kita hero kecik tu yang semakin ligat sejak dah dapat kaki ni. Tak boleh lepa mesti kene perhati selalu. Paling aktif dibandingkan dengan abang2 nyer...Semoga anak ibu membesar bagai johan!!

2012-03-02

BFF a.k.a kawan2 selamanyer..

Punyalah lama...baru ada masa nk update citer ni.....
Pertemuan yg dirancang...memang best..Ini masuk tahun kedua kami berkumpul pada cuti CNY bulan January lepas.
sembang..gelak ketawa..mengingati kisah2 dulu...ada suka duka...
ni antara kawan2 ibu dari kecik....sekolah sama2...boleh kata...kawan 1 kepala..giler2 remaja...memang tiada pernah ada rahsia di antara kami...


Dah jadi satu kemestian pulak bila cuti CNY pasti kitaorang set nak gather2 lagi..inilah pun masa yang adenyer...kalau nak jumpa time raya rasanyer macam tak berpeluang jer...yerla memasing dah ade famili...raya rumah mak/pak mertua ...sanak sedara lagi..tup tup cuti raya pun habis. Haaa tengok gambar atas ni, meriahkan..ini kira tak lengkap lagi ni..sebab ade anak2 yang takde dalam ni..haha..
Memasing dengan hal sendiri...bukannyer heran budak2 nak ngadap kamera ni.

Seperti tahun sebelumnyer...memasing kenalah bawak makanan sejenis dua..haha. Memang best sesekali dapat jumpa. Riuh, kecoh udah rasa macam tak sedor umur dah era pertengahan 30an...huhu

Ibu ngan Ida jer ni ada handbag baru..tahun lepas kami sama2 jadi mak buyung. Tahun ni dah merasa budak kecik dua orang ni join.. (bukan paham pun ape bendenyer....)

Panjang umur, ade rezeki tahun depan pasti buat lagi..