-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-09-19

Raya tahun ini..

Assalamualaikum kepada semua yang masih setia sudi mengunjung kesini....Masih lagi dalam mood raya?? Tinggal beberapa hari sajer lagi Syawal akan meninggalkan kita.. Tahun ni tak banyak beza dengan tahun2 lepas sama jer, tapi yang frustnyer terlupa sangat2 nak berposing dengan baju raya especially si kenik ibu. Tahun ni tahun pertama Aqil sambut raya dalam usia 5 bulan. Bukan reti ape pun..pagi2 kenakan baju melayu kaler pic, petang sikit terpaksalah tukar dengan baju biase balik sebabnyer member dah tak tentu hala panas..serba tak kena..ajer kejam punya mak! nak kan anak teruna kecik bergaya dengan baju melayu la konon sampai orang lain yang tegur suruh tukar baju sebab tengok Aqil serba tak kena...hehe..
So tahun ni takde la gambar famili dengan baju raya yer....kalau rajin nanti kami anak beranak sarongla jugak untuk kenangan masa depan.

Jom nak share sikit gambar2 masa pegi rumah dua sahabat baik ibu ni. Sahabat dibawah ni kenal dari usia 6 tahun tau..
Tak janji pun dengan Ida nak pegi rumah dia ke Sri Manjung nun...dalam perjalanan baru call dia kata nak datang! Antara percaya dengan tak jer member..masing2 dengan baby baru..Ekhwan umur sebulan lewat dari Aqil. Badannyer eemm..boleh tahan hantapnyer..Sok sekolah sama2 yer..jadi anak yang membanggakan ibu dan ayah yer sayang!!

Amboi bulat sungguh mata anak ibu tu!!..terkejut tengok kamera ka ape??

Ni gambar keesokkan harinyer pulak, rumah sahabat baik ibu Yanti nun di Batu Gajah. Dia ada buat open house sikit. Thanks atas jemputan. Tangan Aqil yang sangat suka merayap pegang tangan Ekhwan. Hampir setiap gambar mesti ada tangan dia yang merayap..hehe

Tak caya tengok lagi...sampai tunduk2 nak pegang...kawan satu geng yer sayang..

Bersama dengan anak2 masing..tapi anak teruna besar ibu tu dah tak nak join sekali..dah malu.

Haa...baru ada gambar dorang dua beradik ni. Ambik asing2 takper..

Gambar sefamili pulak..

Alamak Aqil dah boring nak nangis..dah tak sporting dah..tension asyik gambar..gambar..gambar..

OK jumpa lagi dilain masa...wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan