-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-08-20

Anak sulung jangan dipinggirkan

" Abang jangan usik adik. Cubalah beralah sikit, abang dah besar!"

Itulah antara perkataan yang sering kali meniti dibibir seorang ibu atau ayah jika berlaku salah faham diantara anak2. Yang pasti dipersalahkan ialah yang lebih tua. Perkara yang menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, yg lebih tua pasti lebih matang dan perlu memberi laluan kepada yang lebih kecil.
Walaupun dia lebih besar dari segi usianya daripada adik2 yang lebih kecil, dia masih memerlukan kasih sayang dan sentuhan manja ibu bapanya. Jika anak ini tidak dapat apa yg dikehendaki daripada ibu bapanya dia akan membina perpepsi bahawa ibu ayahnya sudah tidak sayang kepadanya, dan mula membenci adiknya. Perpepsi ini boleh menimbulkan dendam akibat cemburu yang kritikal.

Jangan selalu menyalahkan yang sulung jika sesuatu perkara berlaku. Siasat terlebih dahulu. Tegur kedua-dua pihak. Berikan hukuman yang sama. Jangan pula hanya menghukum yang sulung tetapi memberi keringanan kepada adik. Elemen2 ini akan menjadi titik permusuhan dalam famili dan membuat anak merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Berilah peluang dan ruang kepada anak sulung kita. Jangan ketepikan dirinya. Walaupun pada dasarnya ibu bapa merasakan apa yang dilakukan sesuatu yg menjadi kebiasaan dan betul, anak perlu diberitahu dan diberi ruang untuk memahami sesutau yang baru berlaku dalam sekolah kehidupanya.

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..

How to make a gif



0 ulasan:

Catat Ulasan