Perjumpaan yang tak dirancang betui2 ni, tapi memang best sangat2 sebab susah nak cukupkan forum kalau nak berjumpa dengan kawan2 seanak dara dulu2. Sempena cuti tahun baru cina baru2 ni, inilah masa yang dikira paling sesuai sangat2 nak berjumpa...cuti panjang memasing balik kampung...kalau nak plan jumpa hari raya janganlah harap....yelah kan masing2 mestilah nak beraya ngan famili dan sanak sedara! Ni tumpang cuti raya bangsa lain dapatlah nak berjumpa. Inilah kawan2 ibu dari zaman remaja lagi, ( Dari kiri: Aton, me, Ida, Yanti, Norzi and Zulita) kalau zaman masa bujang2 dulu ibarat tido sebantal...makan sepinggan..gelak sama2..nangis sama2..minat mamat tu ler...minat mamat ni ler.. adalah salah sorang kawan ibu ni ( ida ) sampai jadi posmen tukang ngantor surat nak ngorat en suami. Fuhhh semua dalam kenangan tu.. kata orang kalau dah jodoh tu tak kemana...kan..kan...thanks ida tolong jadi posmen dolu2..hehe.. Kali ni ibu ngan Ida masing2 bawak perut!! Due pun tak jauh beza. Kawan2 yang lain tolonglah doa2kan kami berdua senang nak beranak yer...
Riuh setaman kalau dapat berjumpa..lebih2 lagi Zulita yang paling kecoh!! Yang lain ngesah ngekor bontot anak2 tapi dia releks takyah susah2 nak ngekor, anak sorang dah besar panjang! Masing2 bawak juadah dari rumah. Orang ni bawak...orang tu bawak.. jadi penuh juadah atas meja! Memang cantik plan korang ni...kalau idak jenuh jugak...hehe...tapi itu small matter no problem!!! Kalau tahun depan buat lagi kami sudi jadi tuan rumah lagi!!..Janji korang bawak makanan....haha..
-----> About me

- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2011-02-23
Plan baik punya..
2011-02-14
Makan-makan birthday
Hari ni ambik cuti nak pergi checkup, sambil pagi2 ni tak buat apa bolehla nak ngadap PC ni kejap. Ayah masuk keje dan ambik early dismiss pukul 3 nanti nak bawak ibu pegi checkup nanti. So pepagi ni free jerla, si abang sekolah dan si adik ade kat rumah pengasuhnyer, siap2 sekolah dari sana macam biase..
Entry kali ni citer tertunggak yang tak sempat nak share. Jamuan makan2 kecil2lan untuk meraikan anak2 sedara, anak sendiri, tok dorang dan tumpang sekaki en suami sekali! yang lahir pada January lepas. (En.suami join la jugak sebabnyer jamuan makan2 tu pun kitaorang buat pada tarikh lahir en.suami, 02hb Feb lepas. 5 nama dalam satu kek!! Kreatif jugak mamat yang nulis nama2 kat atas kek ni. Cantik susun atur nama tu. Ada untungnyer kalau anak2 kita lahir bulan sama senang buat sekali yer tak. Ikmal lahir jatuh bulan yg sama dengan sepupu2nyer jadi bolehla nak buat sekali!


2011-02-11
Selangkah lagi..
12 Februari 2011 selangkah lagi usia meningkat, terasa begitu cepatnyer waktu berlalu..alhamdulillah diusia begini Allah telah mengizinkan untuk diri ini menambah lagi ahli baru dalam keluarga. Seronok bercampur risau pun ada sebabnyer gap yang terlampau kekadang terasa macam nak beranak mula2 balik pun ade. Doa2kan la semoga segala urusan dipermudahkan.
Ucapan tuk diri sendiri...huhu.. Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 34 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Syukur alhamdulillah hingga ke saat ni diberi olehNYA kesihatan yang sihat dan dapat menguruskan dua orang anak yang cukup lasak dan bakal bb yang akan keluar hujung Mac depan.

Jadi dibulan Feb ni dapatlah kami berdua hadiah dari tempat kami bekerja. Apa hadianyer tu??? Bekas minum yang kiut miut gitu!!


2011-02-02
Happy 38th Birthday
Lima minit berlalu...020211 tarikh hari ni genap sudah ulangtahun hari kelahiran buat suami tercinta..yang ke??? 38 tahun sudah..
Diwaktu dan ketika ini isterimu sanggup bersengkang mata...chewahhhh... nak nunggu jam 12malam semata2 nak ucapkan selamat hari lahir..walaupun dirimu sekarang ni sedang diulik mimpi indah..daku sanggup ngadap PC sorang2 nak nulis jugak...huhu...(padahalnyer esok cuti...yeye...)
Selamat hari lahir sayang...semoga panjang umur murah rezeki dan semoga bahtera yang dibina selama hampir 12 tahun ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..dirimu teramat bernilai dalam hidupku....ikhlas dari sudut hati ni..bukan rekaan semata2...hehe..