Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah penawarnya, jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya, sambutlah gerbang ramadhan dengan penuh kesucian hati...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..
Syukran2.....syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, pejam celik hampir nak seminggu kita sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa, semoga tahun ini akan memberi keberkatan buat kita semua yer..hayati kemuliannya dengan penuh keinsafan.
OKla nak share serba sedikit aktiviti ibu sebagai ahli rekreasi di tempat kerja ni, sempena Ramadhan kali ni kami ahli2 rekreasi telah membuat satu aktiviti iaitu memberi free meal kepada para pekerja2. Pada hari pertama puasa baru2 ni bermulalah operasi mengagihkan makanan2 kepada para pekerja didalam tu. Aktiviti ini diadakan setiap minggu sehingga berakhirnya Ramadhan. Maknanya 4 kalilah pekerja2 mendapat makanan percuma ni yer!!
Menu untuk minggu pertama ni adalah nasi ayam. Ini sebahagian dari rakan staff yang bertungkus lumus paking mempaking ratusan nasi ayam!!
Big lady yang mengincharge untuk aktiviti ini. Paling awal turun untuk membantu pihak cafeteria untuk menyiapkan bungkusan nasi ayam. Risau katanyer takut tak cukup masa dan takut lauk tak cukup!!..Untuk minggu pertama ni kami memilih pihak cafeteria didalam syarikat jer untuk membuat menu ni, next kena ikut kata survey samada nak mencuba katering luar pulak!!
Hampir siap mempaking, bergambar dengan sebahagian rakan2 staff yang bersama2 dalam committe ini. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan pada hari itu!!
0 ulasan:
Catat Ulasan