Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali....
Alfatihah buat arwah maksu ku NORAIDAH BT PANDAK ZAINUDIN yang telah pergi buat selama-lamanyer pada hari Ahad lepas 22hb Ogos. Dalam usia yang dikira agak muda 40tahun maksu pergi meningglkan orang2 tersayang.....
Maksu adalah adik mak yang bongsu, paling rapat dengan famili. Akhir jumpa pada bulan May lepas masa kenduri anak sedara naik buai dikediaman rumah mak di Siputeh.
Meninggal dikatakan serangan jantung. Rezeki maksu meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah walaupun anak2 masih kecil. Anak2 yang berumur antara 10tahun-14tahun yang tak henti2 membaca ayat2 al-quran masa maksu meninggal. Mak adalah antara kakak yang paling rapat dengan maksu...hingga kehari ni masih bersedih..
-----> About me

- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-08-28
Pergi tak kembali...
2010-08-15
Ahli rekreasi punyer aktiviti...
Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah penawarnya, jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya, sambutlah gerbang ramadhan dengan penuh kesucian hati...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..
Syukran2.....syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, pejam celik hampir nak seminggu kita sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa, semoga tahun ini akan memberi keberkatan buat kita semua yer..hayati kemuliannya dengan penuh keinsafan.
OKla nak share serba sedikit aktiviti ibu sebagai ahli rekreasi di tempat kerja ni, sempena Ramadhan kali ni kami ahli2 rekreasi telah membuat satu aktiviti iaitu memberi free meal kepada para pekerja2. Pada hari pertama puasa baru2 ni bermulalah operasi mengagihkan makanan2 kepada para pekerja didalam tu. Aktiviti ini diadakan setiap minggu sehingga berakhirnya Ramadhan. Maknanya 4 kalilah pekerja2 mendapat makanan percuma ni yer!!
2010-08-08
Otanjoubi Omedetou 08.08.
Hari ni 08 August adalah hari kelahiran sahabat jepun ibu yang sorang ni...
Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Yoko san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....
2010-08-06
Sekitar kisah nun disana....
Bertarikh 10 July lepas en suami ke bumi sakura bersama dengan seorang kawan sekerja. Berada selama 2 minggu disana atas urusan kerja. Sebelum ni tak sempat nak update gambar2 disana, mentelah ade di rumah cuti seminggu ni bolehla nak ngadap pc ni!! Cuti atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan... Ahli2 staff dari satu company yang sama, pelbagai negara @ branch yang turun sekali dalam training lepas.
Big..big..boss. Bergambar bersama company president. Sebelah kanan adalah rakan sekerja ayah yang sama2 dalam bussiness trip ni, Azmani Fairus.
Mat2 saleh dari salah satu branch di company yang sama turut serta dalam training ini.
Dan paling best ayah dapat berjumpa dengan Mr.Ashraf yang sama programme macam kami dulu ( ni yang 2nd programme). Famili dia akan turun kesana hujung tahun ni kalau tak silap...
Boleh dikatakan hari2 ade jer makan2 yang orang2 sana buat untuk ayah dan member sorang tu. Sampai naik segan dengan kebaikan yang dorang buat!! Rasanyer kita pun tak mampu nak ngesahkan benda2 macam ni kalau orang2 sana turun ke sini. Tapi itulah kenyataannyer....cara orang2 jepun melayan orang luar memang sangat2 class!! Sebab itulah hingga kehari ni ibu sangat2 rindu dengan kawan2 disana....huhu..
2010-08-04
Cerita-ceriti potong kek
Tahun ni Mifzal dapat dua biji kek sempena hari kelahirannyer baru2 ni. Satu dari maksunyer dan satu lagi dari ibu dan ayahnyer.. Yang dari maksunyer kitaorang potong awal sehari dari tarikh sebenar besday tu sebab masa tu hari Jumaat (hari sekolah,kerja) so senang semua sekali ade kat rumah mak.. Kek coklat yang maksunyer tempah dari kawan satu tempat kerja. Memang sedap dan best!! Terima kasih Imah, ingat kat anak sedara sulungnyer tu.
Inilah dia cucu2 mak!! Semua ade sekali dalam rumah tu..yang si kecik tak tau apa pun leboh sekali dengan toknyer! Anak2 ni kalau ada kek jer pun dah suka sangat..kalau kita buat party lagiler bertambah suka ye tak..tapi sorylah sayang ibu tak larat nak mengelolakan party2 ni..insyAllah ade rezeki lain tahun kita buat.
1..2..3..tiup!!!! Suka tengok muka budak yang paling kecik tu dengan penuh penghayatan tengok abang2 sedaranyer tiup lilin.
2010-08-01
Birthday Boy
Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan anakku Nizarul Mifzal Amin...Allah selamatkan kamu....
Syukran..syukran..bertarikh 31hb July genaplah sudah umur anak sulungku yang ke-9 tahun. Pejam celik..pejam celik..dah besar panjang dah...dah nak sama paras kat bahu ibu dia..
Harapan ibu semoga Mifzal menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan akhirat, jadi contoh yang baik pada adik2, taat pada Allah, ayah dan ibu dan membesar bagai JOHAN!!!