Hari ni 28 May,genap sudah usia perkahwinan ibu dan ayah yang ke 12 tahun. Sangat bermakna tahun ni sebab ahli famili sudah bertambah dari berempat kini berlima.
Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat, walau kadang2 berlaku jugak perselisihan paham..tabahkan hati..sayang selalu.. Cahayamata hati ibu dan ayah..kini dah berusia dua bulan lebih. Dah pandai nak ngajak nyembang dan senyum...
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2011-05-28
28 May ulangtahun kami
2011-05-16
Kek Hari Ibu
Sempena hari ibu baru2 ni plan nak beli kek untuk mak. Kebetulan hari tu pulak adik masuk rumah baru. Jadi ajak mak potong kek kat rumah baru adik jer..terasa sungguh bermakna pulak bila tarikh "hari ibu" tu mak dapat potong kek kat rumah baru anak dia.
2011-05-07
Kasihnya ibu membawa ke syurga...
Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...
Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu Pn Latipah bt Pandak Zainudin (gambar yg paling atas) dan ibu mertua Pn Zahuriah bt Hj Ismail (gambar dibawahnya). Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati. Sayang mak....
2011-05-04
Kini bebas dialam itu..
Menghitung hari detik demi detik...kini diri ini sudah bebas di alam pantang..yihaa kini berada di zon bebas..sampai jugak waktu itu!!
Lokasi pertama setelah bebas dialam pantang pergi jenjalan ke rumah teman baik ibu, Ida nun di Manjung. Pada awalnyer ibu sama2 dialam pantang dengan Ida tapi dia lewat sikit keluar babynyer..masa melawat dia hari tu katanyer dah masuk 19 hari. Tak lepas peluang mesti nak bergambar jugak. Masing2 baby tengah tidor. Waktu usia bb cenggini kejenyer kenyang tido..kenyang tido..kalau meragam nangis jer ada ler bende lain yang tak kena kan. Senyum melerek jer orang dalam pantang tu..
Ini dia baby Ekhwan. Masa melawat hari tu dah sama besar jer dengan bb Irfan. Jadinyer pun besar 3.6kg sedangkan Irfan 2.75kg jer.
Ini shoot yang paling best..bb Irfan tengah nganga tido. Tak tau pun ada gambar ni, masa nak upload gambar to PC tengok2 ade terselit. Tak lain tak bukan kerja abang dia ler ni si Ikmal yang nangkapnyer...
Ada rezeki nanti kita jumpa lain yer..thanks to Yanti sefamili juga yang sudi jenguk ibu and bb last two weeks kalau tak silap..
2011-04-30
Doa amalan untuk ibu yang menyusukan anak
Kepada ibu-ibu ang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dengan amalan yang tersebut di atas....
2011-04-21
Genap sebulan sudah..
Semalam 20hb April genap sudah umur bb Irfan Aqil sebulan. Pejam celik..pejam celik sungguh cepat masa berlalu, tapi ibu2 yang menghitung hari dalam pantangnyer terasalah teramat lamanyer kan..samalah dengan diri ini.. huhu..
Semalam juga bawak Irfan pegi klinik untuk dapatkan rawatan imunisasi untuk cucuk sebulan. Kesiannyer anak ibu semacam kasar jer misi tu cucuk!!...Sebelum nak cucuk tu Irfan tengah nganga2 lapar susu..yang misi tu tak jugak start2 nak nyucuknyer..sembang jer kojenyer..jenuh ibu cuba control supaya irfan jangan nangis sebab lapar susu. Ternganga2 mencari "bende tu"..sian nengoknyer...sabor jer waktu tu!! eeee..dalam hati nak jer mencelah suruh misi tu stop bercakap!
Mak budak ni nak emosi kejap....masa bb tengah ternganga2..nyenget2 kepala nak cari "bende tu" kan maka bermulalah operasi menyujuk vaksin ke paha irfan. Uwaaaaa......keluarlah suara laki2 irfan tu menyelap sekejap dia. Kesian bb dalam tengah lapar tu bukan susu yang dapat tapi sakit yang dapat!!! Shahdu sungguh ibu nengoknyer...kesian sangat..tu yang emosi kejap, cepat2 pujuk2 dia. Lepas dah selesai tu cepat2 keluar masuk dalam kete terus bagi susu. Bergenang air mata bb..

Sekarang berat bb dah 3.9kg. Checkup semalam ibu dan bb Irfan sihat alhamdulillah..next appointment kene cucuk tuk 2 bulan pulak.. sihat sentiasa yer sayang..
2011-04-18
Memori itu...
Kalau waktu sekarang musim cenggini kat bumi sakura tu mesti dah penuh bunga2 sakura mekar...oohhh sungguh indah memori lalu..suasana musim yang sangat best..dingin jer..
Secara tiba2 teringat balik kenangan diwaktu itu....
Terima kasih pada keluarga Nakaichi yang sudi mengirimkan beberapa foto untuk tatapan kami disini..especially tuk anak2 kami. Jom kita tengok sakura ditahun 2011 ni.
Bunga sakura yang sedang mekar. Lokasi ditaman berhampiran rumah waktu itu, yang biasa anak2 bermain satu ketika dulu.
Inilah kawan2 baik Mifzal..semua dah besar2 belaka. Dari kanan Saitou, Arata, Fujita dan Kazuki Nakamura. Ibu harap sangat2 satu hari nanti dorang dapat berjumpa lagi dengan Mifzal.
Selamat maju jaya buat Arata. Semoga persahabatan dengan Mifzal akan terus berkekalan.
*************************************************************************


















Toyama Time
Ipoh Time













