-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2012-03-02

BFF a.k.a kawan2 selamanyer..

Punyalah lama...baru ada masa nk update citer ni.....
Pertemuan yg dirancang...memang best..Ini masuk tahun kedua kami berkumpul pada cuti CNY bulan January lepas.
sembang..gelak ketawa..mengingati kisah2 dulu...ada suka duka...
ni antara kawan2 ibu dari kecik....sekolah sama2...boleh kata...kawan 1 kepala..giler2 remaja...memang tiada pernah ada rahsia di antara kami...


Dah jadi satu kemestian pulak bila cuti CNY pasti kitaorang set nak gather2 lagi..inilah pun masa yang adenyer...kalau nak jumpa time raya rasanyer macam tak berpeluang jer...yerla memasing dah ade famili...raya rumah mak/pak mertua ...sanak sedara lagi..tup tup cuti raya pun habis. Haaa tengok gambar atas ni, meriahkan..ini kira tak lengkap lagi ni..sebab ade anak2 yang takde dalam ni..haha..
Memasing dengan hal sendiri...bukannyer heran budak2 nak ngadap kamera ni.

Seperti tahun sebelumnyer...memasing kenalah bawak makanan sejenis dua..haha. Memang best sesekali dapat jumpa. Riuh, kecoh udah rasa macam tak sedor umur dah era pertengahan 30an...huhu

Ibu ngan Ida jer ni ada handbag baru..tahun lepas kami sama2 jadi mak buyung. Tahun ni dah merasa budak kecik dua orang ni join.. (bukan paham pun ape bendenyer....)

Panjang umur, ade rezeki tahun depan pasti buat lagi..


2012-02-20

Setelah hampir 2 tahun lamanyer

Salam bersiaran kembali. Minggu ni ramalan cuaca mengatakan hampir setiap malam akan turun hujan. Pagi Ahad dah start hujan dengan lebatnyer dikawasan tempat ibu ni..moga dijauhkan dari segala kesulitan dan bencana...Amin...
Tengok berita tadi rupanyer kat area Manjoi dah kena banjir. Betapa besarnya kuasa Allah daripada panas yg terik minggu2 lepasnya alih2 secara tiba2 pulak jadi banjirnya...semoga keluarga dan anak2 kita dilindungi olehNya...

Nilah nak kongsi citer entry kali ni. Bunyi macam semacam dua macam jer..hehe..Apa yang hampir dua tahun tu? Alkisahnyer ibu ni terasa teringin sangat nak pekena sushi, bulan Mac ni cukup sudah dua tahun berada di tanah air. Ni kira first time berada disini makan sushinya...lokasi dimana tu??? Mana lagi kalau bukan Jusco Ipoh ni la..
Psssttt nak bagitau nanti Jusco Ipoh akan bepindah ke Jusco Station 18 ni...fuhhh bestnyer sebab apa tau dekat dengan rumah!!. Dengarnya antara yang terbesar di Malaysia. Bangunan pun dah cat dah nak beroperasi dalam waktu terdekat ni. Kalau sapa2 yang menggangur tu boleh ler cuba2 kat Jusco baru ni.10 min dah sampai dari rumah ibu...alamatnyer tiap2 minggu ler kesitunyer...hehe

Nengok jap ni pun rasa terliur lagi.. huhu..nak kata sedap tu..taklah se-freash masa berada di Jepun nun..rasa boleh dikatakan so so la...hilangla jugak rasa rindu nak makan.


Rindunya kat suasana Jepun nun...kenikmatan yang tak terhingga. Ni kononnyer makan untuk raikan birthday ibu dengan ayah la ni. Memasing dalam bulan Feb ni..kononnyer..huhu


Dua beradik ni pun rupanyer masih boleh menerima makanan Jepun ni. Suka sangat ibu!!..dah makan susuhi tadi siap request nak makan mee soba pulak.

Makan dengan sungguh anak2 ibu ni!!. Tahniah tekak kalian masih boleh menerimanya...hehe...

Saya budak kecik yang pertama kalinya masuk restoran makanan2 Jepun..tapi saya bukan made in Japan...saya made in Malaysia...hehe..
Opsss lagi satu saya nak bagitau hari ni 20hb umur saya cukup 11 bulan...bulan depan umur saya dah masuk angka 1!!!! Sayang anak ibu..

2012-02-12

Doa Hari Lahir.....12.02.2012


.... بسم الله الرحمن الرحيم....
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.



2012-02-02

Happy 39th Birthday


020212.... Selamat Hari Jadi buat suami tercinta

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T
Semoga menjadi suami yang terbaik
Semoga menjadi seorang suami yang tak lupa tanggungjawab
Semoga kita selalu bersama didalam susah ataupun senang
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat
Ingat diri ini selalu dan sayangi anak2



2012-01-18

Happy Birthday my 2nd hero..Ikmal

"Ya Allah, panjangkanlah umur anakku ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doaku ini, agar anakku menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin.

Semalam 17hb Januari 2012, genap sudah umur anakku Ikmal Afif yang ke-9 tahun. Doa dan harapan dari ibu dan ayah semoga Ikmal menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sayang sangat2...


Birthday Boy


2012-01-14

Happy Birthday abah..

Hari ni 13hb January ulang tahun abah yang ke 62th...
Ya Allah panjangkanlah umur abah, sihatkanlah tubuh badan abah, terangilah hati abah, tetapkanlah iman abah, perbaikkanlah amal abah, luaskanlah rezeki abah, dekatkanlah abah kepada kebaikan dan jauhkanlah abah dari kejahatan yang nyata dan tersembunyi, sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu...Amin




2012-01-03

Hai-Hai 2012..Bye-Bye 2011 & Jalan2 LakeTown

Salam kepada semua pengunjung, kepada yang masih sudi mengunjung diucapkan terima kasih. Macam2 nama ibu nampak tertera kat chat box tu, walaupun gamaknyer mengkome tak faham apa2 tentang isi cerita dalam blog ni kome belasah jer komen yang baik2 yer. Alhamdulillah...haha..
teruskan.. sudi2 datang lagi jangan malu2...

Hari ni dah masuk 03hb Jan, bermakna kita sudah pun berada 3 hari dalam tahun baru 2012. Cepatnyer 2011 meninggalkan kita. Ibu percaya mesti ada kenangan pahit dan manis dalam hidup masing2 sepanjang menempuh tahun 2011 kan. Mana yang OK2 jer kita ingat2kan dan mana2 yang KO jangan ingat2kan.....hidup perlu diteruskan!!
Dan selangkah lagi umur memasing yer. Dah masuk era pertengahan 30an dah ibu ni rupenyer...tak sangka anak pun dah besar panjang. Yang kecik pun dah masuk umur 9 bulan. Nanti tup-tup dah setahun...ishh..ishh cepatnyer. Kenakalan pun dah nampak. Pantang nampak benda yang dia rasa boleh pegang dan berdiri, bangga jer berdiri dengan sendirinya...hehe. Kalau nampak dari jauh cepat2 ibu jerit. Dia releks jer senyum dengan tangan sebelah jer berpaut kitala yang lari cepat2 dapatkan dia takut terlentang jatuh.

Bercerita tentang entry kali ni, kami jenjalan ke Bukit Merah Lake Town pada 26hb lepas. Bukan plan beria sajer jer pergi.. kitaorang ni bukan boleh beria2 plannyer...ikut pada keadaan dan kalau takde apa2 hal barula rasa boleh nak kemana2..

Aqil pun sangat maintain hari tu walaupun cuacanya yang agak panas dan tidak berangin.

Abang long dan abang ngah dengan kete langgarnyer.

Bersama ayah dengan "sky cycle".

Yang ni pulak naik "chair ride". Sakan deme anak beranak hari tu. Ibu jadi tukang nunggu dan nengok jer ler...

Wajah2 Aqil ketika menunggu ayah dan abang2nyer sedang naik chair ride. Dari rasa mood yang OK hingga jadi KO. Lama sangat kot yer nak oii. Deme sakan main hari tu lupakan kita berdua!

Anak ibu yang sangat sporting bile bawak kemana ajer. Sayang dia...

Ambik kenangan bergambar dalam frame eco park ni. Kami dah nak balik ni. Dah petang pun...bye-bye..