-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-01-03

Hai-Hai 2012..Bye-Bye 2011 & Jalan2 LakeTown

Salam kepada semua pengunjung, kepada yang masih sudi mengunjung diucapkan terima kasih. Macam2 nama ibu nampak tertera kat chat box tu, walaupun gamaknyer mengkome tak faham apa2 tentang isi cerita dalam blog ni kome belasah jer komen yang baik2 yer. Alhamdulillah...haha..
teruskan.. sudi2 datang lagi jangan malu2...

Hari ni dah masuk 03hb Jan, bermakna kita sudah pun berada 3 hari dalam tahun baru 2012. Cepatnyer 2011 meninggalkan kita. Ibu percaya mesti ada kenangan pahit dan manis dalam hidup masing2 sepanjang menempuh tahun 2011 kan. Mana yang OK2 jer kita ingat2kan dan mana2 yang KO jangan ingat2kan.....hidup perlu diteruskan!!
Dan selangkah lagi umur memasing yer. Dah masuk era pertengahan 30an dah ibu ni rupenyer...tak sangka anak pun dah besar panjang. Yang kecik pun dah masuk umur 9 bulan. Nanti tup-tup dah setahun...ishh..ishh cepatnyer. Kenakalan pun dah nampak. Pantang nampak benda yang dia rasa boleh pegang dan berdiri, bangga jer berdiri dengan sendirinya...hehe. Kalau nampak dari jauh cepat2 ibu jerit. Dia releks jer senyum dengan tangan sebelah jer berpaut kitala yang lari cepat2 dapatkan dia takut terlentang jatuh.

Bercerita tentang entry kali ni, kami jenjalan ke Bukit Merah Lake Town pada 26hb lepas. Bukan plan beria sajer jer pergi.. kitaorang ni bukan boleh beria2 plannyer...ikut pada keadaan dan kalau takde apa2 hal barula rasa boleh nak kemana2..

Aqil pun sangat maintain hari tu walaupun cuacanya yang agak panas dan tidak berangin.

Abang long dan abang ngah dengan kete langgarnyer.

Bersama ayah dengan "sky cycle".

Yang ni pulak naik "chair ride". Sakan deme anak beranak hari tu. Ibu jadi tukang nunggu dan nengok jer ler...

Wajah2 Aqil ketika menunggu ayah dan abang2nyer sedang naik chair ride. Dari rasa mood yang OK hingga jadi KO. Lama sangat kot yer nak oii. Deme sakan main hari tu lupakan kita berdua!

Anak ibu yang sangat sporting bile bawak kemana ajer. Sayang dia...

Ambik kenangan bergambar dalam frame eco park ni. Kami dah nak balik ni. Dah petang pun...bye-bye..


0 ulasan:

Catat Ulasan