.... بسم الله الرحمن الرحيم....
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2012-02-12
Doa Hari Lahir.....12.02.2012
2012-02-02
Happy 39th Birthday

020212.... Selamat Hari Jadi buat suami tercinta
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T
Semoga menjadi suami yang terbaik
Semoga menjadi seorang suami yang tak lupa tanggungjawab
Semoga kita selalu bersama didalam susah ataupun senang
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat
Ingat diri ini selalu dan sayangi anak2

2012-01-18
Happy Birthday my 2nd hero..Ikmal
"Ya Allah, panjangkanlah umur anakku ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doaku ini, agar anakku menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin.
Semalam 17hb Januari 2012, genap sudah umur anakku Ikmal Afif yang ke-9 tahun. Doa dan harapan dari ibu dan ayah semoga Ikmal menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sayang sangat2...
2012-01-14
Happy Birthday abah..
Hari ni 13hb January ulang tahun abah yang ke 62th...
Ya Allah panjangkanlah umur abah, sihatkanlah tubuh badan abah, terangilah hati abah, tetapkanlah iman abah, perbaikkanlah amal abah, luaskanlah rezeki abah, dekatkanlah abah kepada kebaikan dan jauhkanlah abah dari kejahatan yang nyata dan tersembunyi, sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu...Amin
2012-01-03
Hai-Hai 2012..Bye-Bye 2011 & Jalan2 LakeTown
Salam kepada semua pengunjung, kepada yang masih sudi mengunjung diucapkan terima kasih. Macam2 nama ibu nampak tertera kat chat box tu, walaupun gamaknyer mengkome tak faham apa2 tentang isi cerita dalam blog ni kome belasah jer komen yang baik2 yer. Alhamdulillah...haha..
teruskan.. sudi2 datang lagi jangan malu2...
Hari ni dah masuk 03hb Jan, bermakna kita sudah pun berada 3 hari dalam tahun baru 2012. Cepatnyer 2011 meninggalkan kita. Ibu percaya mesti ada kenangan pahit dan manis dalam hidup masing2 sepanjang menempuh tahun 2011 kan. Mana yang OK2 jer kita ingat2kan dan mana2 yang KO jangan ingat2kan.....hidup perlu diteruskan!!
Dan selangkah lagi umur memasing yer. Dah masuk era pertengahan 30an dah ibu ni rupenyer...tak sangka anak pun dah besar panjang. Yang kecik pun dah masuk umur 9 bulan. Nanti tup-tup dah setahun...ishh..ishh cepatnyer. Kenakalan pun dah nampak. Pantang nampak benda yang dia rasa boleh pegang dan berdiri, bangga jer berdiri dengan sendirinya...hehe. Kalau nampak dari jauh cepat2 ibu jerit. Dia releks jer senyum dengan tangan sebelah jer berpaut kitala yang lari cepat2 dapatkan dia takut terlentang jatuh.
Bercerita tentang entry kali ni, kami jenjalan ke Bukit Merah Lake Town pada 26hb lepas. Bukan plan beria sajer jer pergi.. kitaorang ni bukan boleh beria2 plannyer...ikut pada keadaan dan kalau takde apa2 hal barula rasa boleh nak kemana2.. Aqil pun sangat maintain hari tu walaupun cuacanya yang agak panas dan tidak berangin.
Wajah2 Aqil ketika menunggu ayah dan abang2nyer sedang naik chair ride. Dari rasa mood yang OK hingga jadi KO. Lama sangat kot yer nak oii. Deme sakan main hari tu lupakan kita berdua!
Anak ibu yang sangat sporting bile bawak kemana ajer. Sayang dia...2011-12-23
IBS Badminton Championship 2011
Salam kepada semua yang masih sudi mengunjungi laman ini. Pejam celik dah nak masuk hujung tahun dan tahun baru bakal menjelma, begitu cepatnyer masa berlalu. Dan sekolah pun bakal bermula beberapa hari sajer lagi. Persiapan??? Emmm..takde apa2 sangat sebab tahun lepas punya masih elok dan boleh diguna lagi. Kalau nak belipun ade la sikit2 mana2 yang patut jer.
OKla berbalik citer entry kali ni, kisah yang dikira agak basi jugak..emmm kalau tak silap awal Disember baru ni. Kisah dua beradik ni masuk pertandingan badminton anjuran persatuan IBS sini. Ayah yang paling sibuk kalau dia tau ade mana2 tempat buat pertandingan mesti dia suruh bebudak dua beradik tu masuk. Sajer suka2 nak bagi deme rasa suasana pertandingan. Menang atau kalah itu belakang cerita, biasalah adat bertanding.
Chewah...tu adia!! tahniah anak2 ibu, dua2 jadi juara untuk kategori masing2..hehe..bolehla tu..sorang nak ikut macam Datuk Lee Chong Wei, sorang lagi nak jadi Lin Dan!! haha..dua beradik yang selalu berbalah dengan memasing punya idola..apa2 jerla.2011-12-06
Makan kenduri lagi...
Dah nama pun hujung tahun...memang tak lari dengan jemputan2 kawennyer..Kali ni jalan jauh sikit nun ke Bukit Mertajam. Rumah mak sedara ngawenkan anak perempuannyer. Tahun lepas ada datang jugak masa bertunang. Aqil pun dalam perut lagi masa tu. Kali ni merasa Aqil jalan jauh sikit..
Berlansungnyer bulan sudah pada 20hb Nov. Anak2 ku dan anak2 sedaraku. Tu jerla cucu mak pompuan sorang buat masa ni..yang lain semua hero2..Bertemakan kaler purple..ohhh sukanyer kaler ni.suka..suka..suka..tapi kita orang anak beranak takla pulak ngikut tema dorang ni walaupun dah bagitau awal2...huhu..(teruk betui..) pakai apa yang ade kat dalam almari ni jer..
Mak2 budak dan anak memasing pulak nak berposing. Masa ni tengah tenang tak ramai orang lagi, bolehla sakan duk depan pelamin.
Bersama dengan anakanda tercinta yang semakin lasak dan agresif. Umur dah pun masuk 8 bulan..banyak peel dan kekadang ragam2 yang ibu dia masih kurang jelas lagi..huhu..
Kepada pasangan pengantin AYU dan suami semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Minggu ni rombongan ke rumah lelaki di Johor. Semoga perjalanan kalian dipermudahkan Ameen..














Toyama Time
Ipoh Time













