-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-12-06

Makan kenduri lagi...

Dah nama pun hujung tahun...memang tak lari dengan jemputan2 kawennyer..Kali ni jalan jauh sikit nun ke Bukit Mertajam. Rumah mak sedara ngawenkan anak perempuannyer. Tahun lepas ada datang jugak masa bertunang. Aqil pun dalam perut lagi masa tu. Kali ni merasa Aqil jalan jauh sikit..
Berlansungnyer bulan sudah pada 20hb Nov.

Anak2 ku dan anak2 sedaraku. Tu jerla cucu mak pompuan sorang buat masa ni..yang lain semua hero2..Bertemakan kaler purple..ohhh sukanyer kaler ni.suka..suka..suka..tapi kita orang anak beranak takla pulak ngikut tema dorang ni walaupun dah bagitau awal2...huhu..(teruk betui..) pakai apa yang ade kat dalam almari ni jer..

Mak2 budak dan anak memasing pulak nak berposing. Masa ni tengah tenang tak ramai orang lagi, bolehla sakan duk depan pelamin.

Bersama dengan anakanda tercinta yang semakin lasak dan agresif. Umur dah pun masuk 8 bulan..banyak peel dan kekadang ragam2 yang ibu dia masih kurang jelas lagi..huhu..

Sukanyer saya dengan permaidani gebu ni!!!


Nilah dia hulubalang2 dan dayang2 "terpaksa"..tension Mifzal diadun macam ni..haha..dia susah sikit bab2 macam ni. Kurang sporting sikit. Tapi si Ikmal no hal ngikut jer..Kalau pakai baju kaler purple mesti lagi cantik dan kemas.

Chewahhh..nengokler tu..kepala nak nyambut mempelai


Bersama dengan mak dan bapak pengantin perempuan. Menantu pertama la ni..

Kalau bab bergambo serah kat mak budak ni..ambik peluang lagi nempek kat pelamin orang..

Kepada pasangan pengantin AYU dan suami semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Minggu ni rombongan ke rumah lelaki di Johor. Semoga perjalanan kalian dipermudahkan Ameen..

0 ulasan:

Catat Ulasan