-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-06-23

Annual Dinner yang ke-18

Salam bersiaran kembali kepada semua yang masih sudi mengunjungi laman ini. Lebih kurang sebulan lagi nampaknyer kita akan menjalani ibadah berpuasa, kepada yang masih ade lagi hutangnyer nak ganti pose, elok2lah percepatkan....sekarang ni kejap jer masa berlalu nanti tak sempat nak ganti dah jelma ramadhan.... [ ingatan tuk diri sendiri jugak...huhu...]

OKlah berbalik dengan tajuk entry kali ni...emmmm.. ni pun story yang dah berlalu sebenarnya...agak2nyer ade nak masuk sebulan kot....haha...tapi demi nak jadikan kenangan tetap akan dishare bersama.....huhu....

Bertemakan kaler purple yang ke-18 tahun ini, jamuan makan malam anjuran tempat ibu dan ayah bekerja telah berlangsung dengan jayanyer pada hujung bulan May lepas. Lokasinya adalah di Syuen Hotel, Ipoh. (Kalau ade anak umor cenggini mesti dah besarkan...)

 Cedok dari FB Syafiq gambar ni..thanks Shafiq!! Bersama dengan kawan sekerja.. dan tahun nilah kira first time ibu bawak balik hadiah lucky draw....setelah sekian lama berkhidmat kat sini....huhu..nak tau apa hadiah yang bertuah tu????? haha....hair dryer!!!!. gembira la jugak walaupun hadiah macam tu sebabnyer sebelum2 ni no. pekerja tak pernah naik2......tahun ni pulak naiknyer...kira bertuah la jugak!...haha

En.suami dan rakan sejawat.. (baju batik purple yang dah 10tahun duk terperap dalam almari...huhu)

Antara menu-menu yang disajikan..

Barisan model2 baju.....yang terpilih dalam pemilihan best dress. Sorang lelaki dan sorang perempuan...dapat duit RM150.


Yang ni pulak persembahan dari section masing2...ada yang buat tarian...lakonan..lawak jenaka dan macam2 lagi...tahun ni manager2 terlepas dari membuat persembahan. Lain dari tahun yang sebelum2nyer...

OK enjoy....kalau dikenang2 kembali sejarah annual dinner tahun lepas....masa tu sedang sarat bawak Aqil dalam perut...malam tu jugak selamat melahirkan Aqil...sayang dia!!!! Memang hari itu dalam sejarah!!! Memang bagi can betul2 ibu dia merasa makan dinner.

0 ulasan:

Catat Ulasan