-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-07-07

Sukan Tahunan Sekolah 2012

As-salam, terima kasih kepada semua yang masih lagi sudi menjenguk kemari. (Ade ke pun...huhu..)  Entry kali ni nak kongsi cerita sukan sekolah anak-anak teruna ibu ni. Mereka dua beradik ni memang tersangatlah teruja dengan sukan2 ni. Dalam rumah ni chanel sport semedang keudara...memang takde can la ibu dia nak tengok drama2 ni. Itu le dia penangan kalau hero2 jer semuanya dalam rumah...geng masak2 ke...deco2 ke ...no no no...


Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari tu...opppsss lupa pulak nak bagitau bila langsungnyer yer..biasalah ibu ni kalau update memang citer yang dah lepas2...huhu...buzyla katakan... Sukannyer telah berlangsung pada 26hb June lepas, hari Ahad. Dapatlah mak2..bapak2..hadir untuk menyaksikan anak2 memasing lumba lari.

Haaaa tua dia..anak sapa la ni??? haha....sape lagi kalau bukan si Ikmal ni. Tahun ni dia terpilih dalam dua acara.. Satu acara larian 100m dan lagi satu acara larian 4x100m. Ni tengah ngambik hadiah untuk larian 4x100m. Juara dapat pingat emas tu!!...Suka bebenor dia.

 Yang ni pulak menang dalam acara larian 100m. Dapat tempat kedua. Pingat perak!!. Yang pertama jatuh pada anak rumah kuning tu. Tahniah anak2 semua yer..
Inilah acara 100m. Kelihatan Ikmal berada ditempat kedua. Ibu dia yang excited menjerit bila anak berlari...lupa diri jap waktu tu!!..haha..

 OK, ni kisah si abangnyer pulak. Tahun ni dia terpilih dalam acara lompat tinggi, larian 200m dan larian 4x100m. Gambar ni bersama dengan team kumpulan rumah hijau dalam acara 4x100m (Dua beradik sama rumah hijau..). Team dia hanya dapat tempat ke-3. Pingat gangsa.. apapun tahniah anak2 semua yer atas semangat sungguh2 tu. Ikutkan dioarang boleh dapat tempat pertama tapi disebabkan pelari ketiga telah menjatuhkan baton tu yang buat Mifzal dalam keberonan hari tu..haha..sebabnyer dia adalah pelari yang terakhir untuk team ni.


Tahniah lagi sekali untuk Mifzal yang telah mendapat juara pingat emas dalam acara lompat tinggi. Acara ni berlangsung awal seminggu, jadinya ibu tak dapat nengok pun..tau2 dia bawak balik medal jer.. Akhir kata dari ibu untuk anak2 "Majulah Sukan Untuk Negara"hehe.... badan sihat minda cerdas!







0 ulasan:

Catat Ulasan