-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2012-06-09

Cuti2 Bukit Merah Lake Town

As-salam, bertemu kembali kita..nampaknyer ni minggu terakhir untuk para2 ibu menikmati cuti "berehat"..huhu. Hari Isnin ni bermulalah kembali operasi anak2 kita kembali ke sekolah setelah menikmati cuti pertengahan tahun 2 minggu. Pejam celik rupanyer dah masuk pertengah tahun yer...cepat betul masa berlalu.

Jomlah nak share cuti2 kami anak beranak di Bukit Merah ni.. kata opah budak2 ni ngape asyik2 cuti jer pegi Bukit Merah?? haha....entahla yang pastinyer mak bapak budak2 ni tak tau mana nak plan bawak tempat2 yang menyeronokkan ni. Dah deme pun request nak mandi2...ate ape lagi sini jerla kot..huhu..


Cer tengok..cer tengok....idak ke si bongsu ibu ni excited dengan air jugak, walhal firts time ni jumpa kolam. Ingat dia takut rupanyer terover la pulak dia. Udah nak nangkap air!!!


Kami pegi hari Isnin lepas, bertarikh 04 June. Ingat orang tak ramai sebab hari bekerja rupanyer sama jer ramainyer macam hujung2 minggu. Nama lagi cuti sekolah yer tak..plat kete pun banyak yang datang dari luar Perak.

En suami melayan kerenah si hero kecik ni. Kata ayah, dia pun udah nak menyelam bila nengok gaya abang2nyer mandi. Dah rasa besor benor le tu. Macam dah handal sangat jer..nampak ombak laju nak pegi lebih dekat. Sangat aktif!!


Saya sangat2 teruja dengan air kolam ini okey!!!! Sayang dia.....

Dapat mandi2 gini memang teruna2 ibu ni habis hati. Ikut ajerla mana yang diaorang suka dan seronok. Kalau ikutkan hati ibu ni.....tolongla jawabkan.

Eksen jer tu...tak gerak pun!!! hehe..sebelum berangkat nak balik ni..

TQ ibu n ayah bawak kami adik beradik ke sini...cuti sekolah nanti bawakla lagi!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan