-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-05-19

Lin n Yusry wedding

As-salam semua....salam bersiaran kembali...
Entry hari ni nak share suasana majlis perkahwinan sepupu ibu sorang ni...Yusry. Kalau ada yang perasan agaknya pengantin perempuan tu sapa le yer?...ingat lagi tak entry lepas kisah ibu dan kawan2 sekerja buat makan2 kecik2 di kafeteria tempat ibu keje tu....
haahhh nak tau betapa keciknya dunia ni....dari seorang sahabat sekerja akhirnya telah menjadi salah seorang dari ahli saudara ibu yang terdekat!...Tu lah yang dinamakan jodoh ye tak.

Pengantin perempuan yang dimaksudkan tu adalah Lin. Ini gambar masa diaorang nikah. Nikahnya last December 31hb. Memang tak sangka dalam diam2 rupenyer dorang ehem-ehem...pandai betul diaorang berlakon sampai kami yang kawan2 dia pun tak tau rupenyer Lin menjalinkan hubungan dengan sepupu ibu ni. Satu tempat keje pun....

Ni majlis langsungnya kenduri dirumah pengantin perempuan pada 29 April lepas. Ikutkan cerita sebenarnya, Yusry ni bekerja sementara di Jepun nun....( macam program en.suami dulu tu...) balik cuti seminggu untuk langsungkan kenduri....amatlah letih kan....Lepas tu diorang terbang balik ke Jepun. Bersama dalam gambar adalah famili Yusry.
Ni pulak kenduri rumah laki-laki pada 01 May lepas. 04 May lepas pasangan pengantin ni dah pun terbang ke negara matahari terbit nun...merasa la hidup di tempat orang. Paling best hadiah istimewa bulan madu ke sana....

Bertemakan kaler purple dirumah pengantin lelaki. Bergambar kenangan bersama Yusry dan Lin. Semoga kalian berbahagia selamanya...

Bersama dengan Kak Azah. Hilang satu kepala dalam grup kami....Lin dah terbang ke Jepun.

Warga2 jepun pun meluangkan masa datang ke majlis ni.

0 ulasan:

Catat Ulasan