-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-10-24

Bowling Taikai

Pada hari Ahad lepas (17hb Oct), telah diadakan pertandingan bowling yang dianjurkan oleh tempat kerja ibu dan ayah. Niat hati memang nak join sekali tapi dalam keadaan macam ni rasa macam tak sesuai pulak nak ngangkat bola berat berkilo2 tu!!
Boleh dikatakan ramai jugak rakan2 sekerja yang menyertai pertandingan ni

Bertempat di Ipoh Parade, seawal jam 9.30am telah bermulanyer pendaftaran.

Suasana di tempat bermain, sangat meriah dan macam2 ragam orang!!

Ada can ke boleh menang ni???

Bersama dengan Mimi dan Huda..

Inilah antara pemenang2 yang telah memenangi dalam pertandingan ini...
Dan juga termasuklah.....jeng..jeng..jeng..

*
*
*
*
*

Yeahhh!!! en.suami jugak tersenarai!! Tahniah!! tahniah!!..


2010-10-17

Sambutan Hari Kanak2 & Colorthon 2010

Sabtu lepas telah diadakan sambutan hari kanak2 dan pertandingan mewarna disekolah dua beradik ni. Ibu dan ayahnyer datang jugak walaupun dengar dari mulut dua beradik ni berbunyi cenggini " cikgu cakap nak datang boleh tak nak datang pun boleh..." ngenangkan memang cuti tu yang sajer suka2 nak join aktiviti anak2 ni. Memang ternyata ramai parents yang tak datang!! Rasa macam boleh kira berapa kerat jer.....ish..ish..berbeza sungguh kalau masa di Jepun dulu..kalau bab2 aktiviti anak2 disekolah mesti penuh famili walhal budak2 sekolah taklah ramai mana!! Macam tak support pulak mak2 dan bapak2 disini...

Colorthon 2010 ni adalah salah satu projek PIBG sekolah iaitu mengadakan satu kutipan derma bagi membantu untuk membangunkan sekolah ini. Projek kutipan derma tu telah berjalan sebelum bulan Ramadhan lagi..

Kekusyukan Ikmal menonyoh kaler diatas kertas lukisan!! Murid2 tahun satu mewarna di kantin sekolah manakala murid2 kelas 2 dan keatas mewarna dikelas masing2..yang tak best syaratnyer mak2 dan bapak2 tidak dibenarkan untuk melihat kalau anak2 mereka mewarna dikelas!!! ( Patut ke cenggitu?????...) Jadinya ibu dan ayah hanya dapat tengok Ikmal jerla, si abangnyer tak dapat tengok!!

Suasana ditempat mewarna untuk tahun satu!!


Selepas habis pertandingan mewarna semua murid2 kedewan pulak untuk melihat beberapa show yang diadakan oleh anak2 disitu...anak2 pra sekolah jugak tidak ketinggalan membuat persembahan.

Dalam pada ramai2 murid yang duk dalam dewan tu tak sangka pulak ibu dan ayah dapat duduk betul2 dekat anak teruna sulung ni..sedang sibuk tercari2 mana si abangnyer tup2 rupanyer depan mata jer..hehe

Jeng..jeng..ini antara hadiah2 nyer....anak2 yang telah menang dalam????? Mewarna????? Wahhhh dasyat sungguh hadiah2nyer tu!!! Tahniah..tahniah.. sangat2 berbaloi yer...bayangkanlah hadiah berupa peti tv, mesin basuh, basikal, kipas angin.. Clas gitu!!
Tapi tu bukan hadiah untuk pertandingan mewarna daa...yang sebetulnya itu adalah hadiah untuk kutipan derma yang terbanyak. Mana murid2 yang dapat kutip derma terbanyak akan mendapat hadiah2 yg lumayan itu..rasa macam kesian pulak kalaulah ibu dan ayah sungguh2 membantu anak2 dalam projek derma ni mesti sangkut agaknyer salah satu hadiah2 tu....huhu.. sebab tengokkan jumlah kutipan tu rasa macam tak musahil kalau dapat tolong anak2...tu pun kami kutip masa raya baru2 ni...hehe..harapkan kat sedara mara yang balik kg jer la....
Harap2 tahun depan ada lagi projek colorthon ni lagi...hehe...
Dan paling bestnyer kelas Mifzal iaitu 3 suksess adalah kelas yang paling banyak membuat kutipan derma ni....dan sebagai menghargai murid2 kelas ni pihak sekolah telah mengadakan satu rombongan ke.......ZOO TAIPING...hehe..
Tahniah kepada semua anak2 ditahun 3S.....

Ini barulah hadiah2 untuk pertandingan mewarna..berupa sebuah hamper. Tapi kedua2 anak2 ibu tak dapat bawak balik pun hadiah2 ni..
Takperla yang pasti anak2 ibu dah buat yang terbaik ok...

2010-10-06

Hari Raya Party@Open House

Syawal semakin meninggalkan kita, waktu yang berlalu sungguh pantas..Tahun ni raya boleh dikatakan setiap minggu ada jer undangan rumah2 terbuka dari kawan2. Terima kasih kepada semua yang mengundang!! Setiap minggu dapat makan free!! Tu memang tak tolak...dari tengah hari sampai petang...Itulah salah satu keseronokan bila beraya ditanah air sendiri. Selagi Syawal tak habis selagi itulah raya pada kami!!

Nak share citer pada hujung minggu lepas, 26hb Sept hari Ahad kami telah mengadakan sedikit jamuan hari raya "rumah terbuka". Ramai rakan2 staff, rakan2 lama dan saudara mara yang terdekat yang datang..seronok yang teramat sangat!! Dan paling tak sangka semua japanese ditempat kerja turut sama dalam jamuan hari raya ni. Walaupun letih dalam keadaan berbadan dua tapi enjoy tetap enjoy sebab utamanya boleh dikatakan jemputan yang dijemput semua dapat hadir!! Yang tak dapat datang pun ada sebab2 tertentu. Thanks a lot to all member, adik beradik dan sedara mara yg sudi datang!!

Suasana ditempat juadah dihidangkan. Menu2 adalah sate, lemang and rendang,nasi impit,laksa, mee rebus, kuih tepung talam and kek dan pencuci mulut dadih.

Dua orang adik2 sedang melayan para tetamu..( yg sebenornyer nak control sate!!!...haha..)


Antara rakan2 yang hadir..Zahar n famili, Jamarul dan terselit dalam tu mamat jepun sorang!

Rakan2 berbangsa cina juga tidak dilupakan dalam undangan jamuan ini. Termasuk juga big2 boss..

Makcik Lina yang paling kuat riuh!!.. Memang makcik yang best dan sporting!!

Putri pun ada..( berbaju merah) baru join dalam bidang industri ni. Hampir 11 tahun tak pernah berjumpa setelah keluar dari sekolah.

Tak muat khemah diluar, dalam rumah pun jadi!! Kelihatan warga2 jepun sedang menikmati juadah..

En.suami bersama dengan mr.director.


Best fren sejak dari zaman tadika..1983..Ida dan juga Norzi. Thanks Ida dapat datang jugak walau tengah alah teruk.

Ini juga best fren ibu, Yanti.. sejak dari form 1 hingga kini..inilah tetamu pertama yang datang pada hari tu!!..hehe..juadah pun belum ready lagi pada masa tu..

Bersama mamat2 jepun sekerja..

Gadis2 dan mak dara yang bertemakan hijau pada hari itu. Sama dengan kaler back ground sofa!! Class gitu!!

Dua orang rakan sekerja...gediksss...and gegedsss...memang maut kalau melaram!!


Thanks kalian yang datang!!! Jamuan selesai hingga ke malam!!..