-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-10-17

Sambutan Hari Kanak2 & Colorthon 2010

Sabtu lepas telah diadakan sambutan hari kanak2 dan pertandingan mewarna disekolah dua beradik ni. Ibu dan ayahnyer datang jugak walaupun dengar dari mulut dua beradik ni berbunyi cenggini " cikgu cakap nak datang boleh tak nak datang pun boleh..." ngenangkan memang cuti tu yang sajer suka2 nak join aktiviti anak2 ni. Memang ternyata ramai parents yang tak datang!! Rasa macam boleh kira berapa kerat jer.....ish..ish..berbeza sungguh kalau masa di Jepun dulu..kalau bab2 aktiviti anak2 disekolah mesti penuh famili walhal budak2 sekolah taklah ramai mana!! Macam tak support pulak mak2 dan bapak2 disini...

Colorthon 2010 ni adalah salah satu projek PIBG sekolah iaitu mengadakan satu kutipan derma bagi membantu untuk membangunkan sekolah ini. Projek kutipan derma tu telah berjalan sebelum bulan Ramadhan lagi..

Kekusyukan Ikmal menonyoh kaler diatas kertas lukisan!! Murid2 tahun satu mewarna di kantin sekolah manakala murid2 kelas 2 dan keatas mewarna dikelas masing2..yang tak best syaratnyer mak2 dan bapak2 tidak dibenarkan untuk melihat kalau anak2 mereka mewarna dikelas!!! ( Patut ke cenggitu?????...) Jadinya ibu dan ayah hanya dapat tengok Ikmal jerla, si abangnyer tak dapat tengok!!

Suasana ditempat mewarna untuk tahun satu!!


Selepas habis pertandingan mewarna semua murid2 kedewan pulak untuk melihat beberapa show yang diadakan oleh anak2 disitu...anak2 pra sekolah jugak tidak ketinggalan membuat persembahan.

Dalam pada ramai2 murid yang duk dalam dewan tu tak sangka pulak ibu dan ayah dapat duduk betul2 dekat anak teruna sulung ni..sedang sibuk tercari2 mana si abangnyer tup2 rupanyer depan mata jer..hehe

Jeng..jeng..ini antara hadiah2 nyer....anak2 yang telah menang dalam????? Mewarna????? Wahhhh dasyat sungguh hadiah2nyer tu!!! Tahniah..tahniah.. sangat2 berbaloi yer...bayangkanlah hadiah berupa peti tv, mesin basuh, basikal, kipas angin.. Clas gitu!!
Tapi tu bukan hadiah untuk pertandingan mewarna daa...yang sebetulnya itu adalah hadiah untuk kutipan derma yang terbanyak. Mana murid2 yang dapat kutip derma terbanyak akan mendapat hadiah2 yg lumayan itu..rasa macam kesian pulak kalaulah ibu dan ayah sungguh2 membantu anak2 dalam projek derma ni mesti sangkut agaknyer salah satu hadiah2 tu....huhu.. sebab tengokkan jumlah kutipan tu rasa macam tak musahil kalau dapat tolong anak2...tu pun kami kutip masa raya baru2 ni...hehe..harapkan kat sedara mara yang balik kg jer la....
Harap2 tahun depan ada lagi projek colorthon ni lagi...hehe...
Dan paling bestnyer kelas Mifzal iaitu 3 suksess adalah kelas yang paling banyak membuat kutipan derma ni....dan sebagai menghargai murid2 kelas ni pihak sekolah telah mengadakan satu rombongan ke.......ZOO TAIPING...hehe..
Tahniah kepada semua anak2 ditahun 3S.....

Ini barulah hadiah2 untuk pertandingan mewarna..berupa sebuah hamper. Tapi kedua2 anak2 ibu tak dapat bawak balik pun hadiah2 ni..
Takperla yang pasti anak2 ibu dah buat yang terbaik ok...

0 ulasan:

Catat Ulasan