Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dapat lagi bersama2 dengan ahli2 keluarga, adik beradik dan sanak saudara ditahun ini meraikan hari yang penuh kegembiraan Hari Raya.
Pengalaman tahun lepas masih lagi segar dalam memori kami dimana masa tu dapat merasa suasana beraya di perantauan. Memang pengalaman yang tak akan kami lupakan sampai bila2.
Kita buat imbasan kejap yer....hehe...tahun pertama di perantauan terpaksa raya sorang2 dengan anak2 jer sebab en asben kerja, dan masuk tahun kedua ibu dapat merasa beraya di embassy, tu pun sebab kebetulan bertembung dengan cuti panjang kalendar jepun ni..tu yang paling BEST!!! Hampir seminggu cuti memang cuti raya sakan time tu!! Kenangan mengulang toilet pada keesokan harinyer...haha...perut meragam tak tau apa yang kami makan masa kat embassy tu!! Paling lawak nak pegi jenjalan sekitar bandar Tokyo terpaksa bawak botol yang berisi air!! Bila perut menjerit laju cari toilet...hehe...
OKla raya tahun ni memanglah sangat seronok sebab dapat berkumpul bersama dengan ahli famili dan sanak saudara, tahun ni turn sebelah en asben. Kami balik beraya di Parit pada malam raya dan hari raya kedua kami balik ke Kuala Kangsar pulak.
Tiada persediaan awal dalam memilih tema raya tahun ini. Sampai baju ayah pun cina kedai tak nak layan sebab lewat ngantor!! Nasib baju ibu dan anak2 mak sedara sendiri yang jahitkan!! Nak tak nak terpaksa terima jugak la permintaan dari anak sedara dia ni. Small matter pada orang laki2 dan big matter pada orang yang pesen macam ibu ni yang selalu ngada2 nak pakaian sedondon!!
Inilah famili adik beradik side sebelah en asben, bersama2 dengan mak mertua dan biras2 ( kesemua perempuan).
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan