Salam bertemu kembali...Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, dan Syawal pula bakal menghampiri kita..begitu cepat masa berlalu...hari2 yang dah kita lalui berapa banyak dah masa kita habiskan untuk beribadah..cuba kita hitung2 darab bahagi tolak tambah...berapa jam je sehari kita spend kan masa dengan kekasih no 1 kita ALLAH......Marilah sama2 kita muhasabah diri kita ...siapa kita...
Dengan harapan, Ramadhan yang masih berbaki ini marilah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Teruskan amal ibadat hingga ke hujung nyawa...Bulan Ramadhan,bulan tarbiyyah diri...
Berbalik tajuk entry kali ini. Ini satu lagi kisah kami , recreation committe punya aktiviti di syarikat tempat ibu bekerja iaitu Pra Jualan Hari Raya. Sebenarnya aktiviti ini telah berlangsung seingat 3 atau 4 hari sebelum menjelangnya Ramadhan...tapi tak berpeluang nak mengupdate cerita ni..
Suasana ditempat jualan Pra-Hari Raya. Aktiviti dijalankan dikafeteria syarikat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu rakan2 lain yang ingin menjual barang2 keperluan raya.
Ini adalah sebahagian contoh barang2 yang diniagakan oleh kami. Ada biskut raya, pakaian2..kerepek2..dan tak ketinggalan barang2 perhiasan diri dan alat2 solek.
Time rehat sahaja pekerja dibenarkan untuk membeli, dan ada juga yang membuat order untuk tempahan kuih raya. Seingat ibu inilah kali pertama diadakan aktiviti sebegini..setelah sekian lama tertubuhnya syarikat ini!!
0 ulasan:
Catat Ulasan