Hari ni masuk tahun kedua ibu sefamili merasa berpuasa di perantauan..jangan kenangle sedih memang sedih..tak dapat nak berbuka dengan famili di kampung, rindunyer dengan masakan mak/mak mertua dikampung dan rindunyer dengan suasana bazar ramadhan...uhu..uhu..tapi takpe tahun depan ibu dapat sambut Ramadhan kat Malaysia dah..kata orang semua ni adalah pengalaman...
Oklah jom layan menu berbuka untuk hari ni.
IKAN PERCIK
PECAL
AYAM GORENG
KUIH TALAM JAGUNG
BUAH TAMAR
Nasib ada jual kat online..dibulan puasa ni rasa tak sempurna kalau takde buah tamar.
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2009-08-22
Menu berbuka 01 Ramadhan
Happy Birthday "August" friend..
22 August...sorang lagi kawan baik ibu menyambut ulangtahun yg ke...hehe..takyah lah kita sebut kat sini ye...Udah tuoo...tapi hati tetap mudo...wahh seronokla ye kena pulak time first day sambut Ramadhan..Itula dia Zulita kawan baik ibu sejak dari sekolah lagi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapan ibu semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanyer...sudi2kanlah jamah cupcake kat bawah ni ye...special dari matahari terbit ni...hehe
Lupa plk nak kongsi cerita pada 8 August lepas pun kawan baik ibu (nihonjin) punyer birthday, Yoko san namanyer. Tanjobi omedetou gozaimasu..actually ibu dah wish kat dia on that day dan dah bagi hadiah pun kat Yoko share duit ngan Sachiyo san..hehe..yang murah2 aje...saje lah ibu nak masukkan jugak dalam entry hari ni.
Dan esok pulak 23 August..kawan baik Mifzal, si Arata kun punyer birthday...Happy Birthday Arata...dan kalau nak tau family diaorang dah pandai ucap perkataan "Selamat Hari jadi"..memang terkejut sebab last month masa Mifzal punyer birthday satu family tu ting tong kat rumah peh tu ucap Selamat Hari Jadi..semangat nak belajar Bahasa Malaysia..jangan tak tau...siap dah beli buku yg ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia lagi..nak belajar...pikir2 balik baikla dorang tu belajar bahasa inggeris kan..tu yg sebaik2nyer...emmm takpela...kata ayah mungkin salah satu sebab depe nak baca blog ibu ni. Memang hari2 kawan nihonjin tu masuk nak tengok..tapi katanyer setakat tengok gambar tapi tak tau apa citer dalam blog...kesian..kesian..kesian..
To Arata kun : Tanjobi omedetou gozaimasu. This is birthday card to you. Please enjoy on your birthday.
From Mifuzaru.

2009-08-21
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga selamat menjalankan ibadah puasa dan mendapat keberkatan dariNya..
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA, TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'. Ampun Maaf Dipinta dari saya sekeluarga, amiiiiinnn:-).....


2009-08-19
Taikoyama Land lagi....
Ahad lepas (16hb) ibu sefamili sekali lagi ke Taikoyama Land tapi kali ni special sikit sebab musim panas ni tempat mandi di buka disitu. Ramai yang mengambil peluang nak bawak anak2 mandi disitu sempena cuti sekolah ni. Bermula operasinyer pada 25 July hingga 31 August ni. Start open pukul 10pg hingga 5.30ptg. Ibu bertolak dari rumah pukul 12.30tgh, sesampai aje disana tempat parking kete pun penuh..terpaksa parking ditempat yang jauh.
Ibu pergi sekali ngan kawan2 jepun ibu tu. Jangan kenanglah meriahnyer..para2 ibu tak mandi cuma anak2 dan para2 ayah aje yang mandi...Panas pada hari tu jangan kenangle...teramat2 peritnyer..para2 ibu le yang hangat pijo (bak kata org perak..) nunggu diaorang bermandi2an..
Suasana ditempat mandi tu. Seronoknyer diorang berendam dalam tu..dalam keadaan panas macam ni mesti nyaman dan sejuk..
Mifzal and the geng bersama Ikmal dan ayah. Habis buat satu pusingan berehat kejap..
3 orang anak teruna..Mifzal bersama kawan2 sekelas, Arata kun dan Nakamura kun.
Amboi kemain seronok lagi berendam dalam air tu ye..ibu jugak yang hangat pijo jadi camera women pulak..kesian anak2 ibu lupa sangat2 nak bawak pelampung dari rumah. Benda ada bukan takde...nasib Arata kun ada bawak extra satu..terpaksalah ayah take care betul2..
JOM layan video ni

Tempat para2 ibu melepak, anak2 berehat sekejap perut lapar berendam dalam air..mari makan dulu...
Perut dah kenyang sikit..sambung berendam lagi!!!
Seronoknyer anak2 ibu main air..memang depe berdua tu teramatlah suka mandi2 di kolam macam gini. Mana2 budak pun kalau dapat aktiviti macam ni memang dah paham sangat..yang jenuh nak panggil balik pun ada.
Para2 ibu nak posing jap ambik gambar..dapat masukkan kaki dalam air pun dah kira best...sejuk dan nyaman...
Bila staff si situ tiup wisel semua orang yang mandi disitu kena naik ke darat. Rupanyer kena buat senaman ringkas..inilah aksi2nyer!!
Posing lagi...
Times up!! Rombongan cik kiah dah nak balik, semua dah tak seksi lagi!!
Anak2 teruna berposing sementara nak keluar taman ni. Sayonara....
2009-08-17
Cuti-cuti Jepun...Kurobe,Toyama
Makan angin lagi..itulah peluang bila ayah dapat cuti panjang tambahan anak2 sedang cuti sekolah. Sebenarnyer tumpang tuah si Athari tu....he..he..Selepas pergi ke Gokayama hari tu, next day (14hb) tu pulak ibu sefamili serta Athari pergi ke Kurobe. Masih lagi dalam negeri Toyama, kami pegi pun naik densha (keretapi)..ambik masa dalam 1jam 30min. Welcome to Kurobe...
Walaupun hari panas terik yang teramat2...tapi manusia tetap ramai jugak pada hari tu. Punyele sesak kat kaunter nak beli tiket. Sampai ke luar bangunan beratur..
Tiket ni dibeli untuk membolehkan kami naik keretapi "khas" untuk sampai ke destinasi yg dituju. Perjalanannya melalui lereng-lereng gunung yang curam. Tambahan pulak..ketapi tu tak berpagar cuma ada rantai besi jea yang jadi penghadang. Memang best!!! Sekarang ibu sefamili sedang berada dalam keretapi "khas" tu. Seronok campur kecut perut jugak ni...
Salah satu laluan keretapi..bila tengok kebawah memang kecut perut...tapi SubhanaAllah cantik sungguh pemandangan disitu.
Masa ibu berada dalam keretapi tu nampak ada org berenti kat jambatan merah tu dan ambik gambar..memang cantik kalau dapat bergambar diatas jambatan tu. Tapi bila ingatkan ketinggian disitu rasa gerun pulak..
Pemandangan bukit2 yang begitu indah sekali...memang tenang sekali dengan air yang kebiru2an nak kehijauan...Dapat jugak snap cepat2 masa berada dalam keretapi. Kalau pergi time musim aunthum lagi cantik sebab kata org2 jepun semua color2 daun tu akan bertukar kepada kuning kemerah2an..
Dah sampai destinasi..sebenarnyer ada 2 pilihan destinasi...yg ibu pegi ni rege yg murah sikit dalam 570¥. Yang destinasi lagi satu rege mahal sikit dalam 1,700¥。Kepada pengunjung yang sama destinasi semua turun disini dan keretapi tu akan meneruskan perjalanan untuk ke destinasi lagi satu. OK sekarang kami nak panjat bukit!!
Berhenti sekejap..nak posing ambik gambar sebelum nak ke tempat yg dituju. Naik bukit..turun bukit..naik bukit..turun bukit..
Tingginyer ni....jangan tengok bawah!! apa2 pun ambik gambar jugak..eeee...ngerinyer kalau ingatkan...
Ok kami dah sampai kat tempat nak berehat. Dah sampai destinasinyer!!!
Ada orang Jepun berendam air panasle.. batu2 disitu semua panas..piioo punyer panas!!
nasib air disitu sejuk.
Anak2 punyer koje..ditangkapnyer gambar ibu ngan ayah tengah solat..depe pun sibuk nak ikut abg Atharinyer solat..Ya Allah Ya Tuhanku Semoga mereka membesar menjadi orang yang beriman dan beramal soleh...
Kami semua dah nak berangkat balik....bye2 Kurobe...ada rezeki kita jumpa dimusim aunthum pulak....ye ke????










Toyama Time
Ipoh Time













