-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2013-03-30

Selamat Hari Lahir mak...27.03.2013

Selamat Hari Lahir mak yang ke-58 pada 27hb lepas. Semoga mak diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala semua urusan...Ameen


Segala jasamu tak kan dapat kubalas, tapi paling tidak semoga kudapat sedikit membahagiakanmu..


Selamat Hari Lahir 20.03.2013...anakku Irfan Aqil

As-salam kembali bersiaran dialam maya...lama sungguh bercuti, jari jemari ni dah rindu nak menari2 diatas keyboard ni... menyimpan semua cerita untuk dijadikan kenangan dimasa akan datang..especially untuk anak2 tercinta. Bila dah besar nanti bolehlah kalian mengimbau masa kecik masing2.. dengan kenakalan dan gelagat yang pasti akan tersenyum lebar membacanyer..

Hari ini 30hb Mac...sudah lewat 10 hari dari tarikh sebenarnya. Walaupun lewat untuk dikongsi bersama namun yang pastinya ibu+ayah dan abang2nyer sudah pun mengucapkan selamat hari lahir buat anak ibu yang bongsu ni......yang sudah pun cukup 2 tahun umurnya pada 20hb Mac 2013 lepas.

Aqil, di hari kelahiran mu yang kedua ini, ibu mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang mengecap kenikmatan melahirkan dan membesarkan mu sayang.. terima kasih Allah kerana gelaran ibu yang amat bermakna untuk ku dan juga gelaran ayah itu untuk suami ku.. Masih terbayang2 pengalaman melahirkan anakanda....

Aqil, ibu hanya berharap agar Aqil membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak yang soleh kebanggaan ayah dan ibu, menjadi orang yang berguna suatu hari nanti... Ameen.

Aqil, aqil tahu tak ibu dah 2 tahun menyusukan aqil?? dua tahun tu sayang.. Alhamdulillah.. Panjang rezeki Aqil berbanding abang2nya.... Alhamdulillah...

2013-02-16

Geng bulan January...

As-salam bersiaran kembali...semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalankan kewajipan seharian kita..Ameen

Tajuk entry hari ni kisah geng bulan January. Ramai ahli2 family yang lahirnya bulan January...start dari atoknyer, anaknyer, anak buahnyer....bangga ler deme2 yang berada dalam bulan ni, sebab ramai konon... Tak payah susah2 senang citer kek seketul share sama2...jimat ongkosnye...hehe

Ada 4 orang sekali gus raikan bersama. Atoknyer lahir pada 13hb Jan, Ikmal 17hb, Balqis 19hb dan Haziq 31hb.


Masa ni buatla makan2 sikit bersama dengan ahli2 family jer. Buat pun dirumah adik. Ayah tumpang sekali tiup lilin sebab masa potong kek ni tarikhnya dibuat pada 03hb Feb. Ayah punyer birthday kan pada 02hb Feb. Join la sekali dalam grup ni...hehe


 Antara juadah kami hari tu ada mee kari, pulut kuning dengan rendang ayam (tempahan khas dari tangan ibuku!! yam..yam sangat sedap....sagu merah, agar2 santan dan serba sedikit jajan2 untuk budak2 ni. Simple dan seronok berkumpul makan2 macam gini.


 Budak kecik dengan muka ketensionannyer....macam muka tak puas hati je nak oiii!!



2013-02-02

Selamat Hari Lahir buat suami tercinta

Khas untuk suami tercinta..
Selamat hari jadi,
Semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki,
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T,
Semoga menjadi suami yang terbaik,
Semoga menjadi seorang suami yang tak lupa tanggungjawab,
Semoga kita selalu bersama didalam susah ataupun senang,
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat

2013-01-25

Happy Belated Birthday to my son..Ikmal Afif

Selamat Hari Lahir yg ke-10 buat anakku Nizarul Ikmal Afif, biarpun lewat untuk dikongsi disini tapi yang pastinyer setiap 17hb Jan pasti ibu dan ayah mengingatinyer....tapi selalunyer diri dia sendiri yang selalu ingatkan sebabnyer sibuk nak present dan kek...huhu

" Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.
Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin "

2013-01-12

Jalan-jalan cuti sekolah 2012

Salam bersiaran kembali... lama rasanyer tak update dalam blog ni, tahun baru 2013 pun dah menjelma. Anak2 kembali bersekolah dan selangkah lagi umur kita berganjak tahun ni.
Apapun semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk kita semua. Kalau ada azam yang tak lepas tahun lepas tahun ni masih boleh continue lagi yer...yang penting jangan putus asa. Hidup harus diteruskan.....
Entry yang dah agak lama untuk  dikongsi dan juga untuk tatapan masa hadapan, cuti sekolah tahun lepas kami sefamili jalan2 ke KL. 3 hari 2 malam berada disana, menginap dirumah bapa saudara en. suami di Ampang. Kami pergi ke KL dengan menaiki keretapi pada 24hb Dec lepas. Wah!! teruja sunggu anak teruna kecik ibu ni. Dalam perjalanan nak kesana sangat2 menguji ibu dan ayahnyer sebab dia tak mau duduk diam asyik nak turun minta dilepaskan. Bayangkanlah dalam keadaan keretapi yang sedang berjalan tu dia nak berdiri dilaluan jalan !!. Fuhhh sangat mendugakan OK....tambahan dengan mulutnya yang agak bising membuatkan ibu lagi rasa bersalah dengan penumpang2 yang lain...huhu...

Destinasi pertama ke Zoo Negara. Aqil dah pandai tengok binatang dan tentunyer dia akan teruja bila tengok binatang2 yang besar macam gajah, zirafah dan sebagainya. Cuaca yang sangat cantik pada hari tu agak selesa untuk kami berjalan.


Aqil yang sangat sporting..Langsung tak banyak ragam hari tu.

Binatang yang dia sangat teruja tengok adalah gajah!!, mungkin dia rasa pelik ada binatang sebesar itu kot. Kalau tengok binatang2 yang lain dia macam biasa jer...mungkin saiz binatang tu besar...hehe..

**************************************************************************


Destinasi ke-2 kami adalah pada keesokkannyer pula iaitu ke ICity Shah Alam, pergi pun hanya untuk melihat lampu2 neon yang dikatakan sangat cantik itu. Orang jangan kenang la sangatlah ramai yer..cuti sekolah la katakan.
Dia langsung tak heran rupanyer dengan lampu2 cantik tu. Takde perasaan OK...hanyer yang berperasaan adalah mak budak ni.


 **************************************************************************

Hari ketiga iaitu hari terakhir sebelum pulang ke Ipoh kami singgah pula ke Aquaria KLCC.


Meh kita layan gambar2 sekitar dalam Aquaria ni. Spesis ikan macam2 rupa..



 

Kami bertolak balik ke Ipoh 26hb Dec menaiki keretapi pukul 4ptg dan selamat sampai pada pukul 6.20ptg. Alahmdulillah semua berjalan lancar. TQ to my hubby yang sudi bawak kami jalan2 walaupun dirimu sangat2 sibuk dengan kerja dipejabat. Masa bersama yang sangat2 kami hargai. Terima kasih daun keladi nanti bawak kami jalan2 lagi...

2012-12-01

Selamat sudah abang long Mifzal..

Alhamdulillah syukur..bertarikh 30hb lepas (Jumaat jam 09.30am) anak ibu yang sulung, Mifzal Amin telah selamat "anunyer" dipotong. Sesuai dengan usia kata orang...berumur 11tahun...Ditemani dengan ayah dan atoknyer dalam bilik klinik masa aktiviti itu dijalankan. Ibu duk diluar aje..masa diambil lebih kurang  20 minit.

Seminggu sebelum bersunat ibu ada buat kenduri doa selamat sikit, buatpun di rumah mak di Siputeh. Si Ikmal nampaknyer belum bersedia nak potong anunyer..katanyer tahun depan pulak!. kata orang biar dengan hati yang rela bab2 nak potong ni jangan dipaksa!! kalau dipaksa tu yang jadi citer lain pulak.. Anak sedara maklong sorang ni sibuk jugak dia nak berbaju melayu+songkoknyer..



Jemputan baca doa sedang menikmati juadah makan petang. Syukur dengan cuaca yang sedikit panas hari tu, mujor tak hujan!


 Ni antara dua sahabat ibu yang hadir. Thanks Yanti and K.Azah yang sudi datang kemajlis pada hari itu. Ida sah2 tak dapat datangnyer....drebarnyer udah terbang jauh...hehe...takper ade rezeki boleh jumpa lain. Yang paling bestnyer nak temukan dua orang hero cilik kita tu!!

Lepas ni abang long Mifzal akan jadi "budak besar". Pesan dari ibu jadi anak yang dengar kata ibu ayah, jadi anak yang soleh dan boleh membanggakan ibu ayah tak kira dalam apa bidang pun! Ibu dan ayah tak paksa apa bidang pun...kalau dipaksa bukan jadi apapun janji berjaya dunia akhirat..dan yang penting 2013 nak ambik periksa UPSR...ingat tu!! Lagi satu...kena sentiasa jaga adik2...