-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2013-02-16

Geng bulan January...

As-salam bersiaran kembali...semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalankan kewajipan seharian kita..Ameen

Tajuk entry hari ni kisah geng bulan January. Ramai ahli2 family yang lahirnya bulan January...start dari atoknyer, anaknyer, anak buahnyer....bangga ler deme2 yang berada dalam bulan ni, sebab ramai konon... Tak payah susah2 senang citer kek seketul share sama2...jimat ongkosnye...hehe

Ada 4 orang sekali gus raikan bersama. Atoknyer lahir pada 13hb Jan, Ikmal 17hb, Balqis 19hb dan Haziq 31hb.


Masa ni buatla makan2 sikit bersama dengan ahli2 family jer. Buat pun dirumah adik. Ayah tumpang sekali tiup lilin sebab masa potong kek ni tarikhnya dibuat pada 03hb Feb. Ayah punyer birthday kan pada 02hb Feb. Join la sekali dalam grup ni...hehe


 Antara juadah kami hari tu ada mee kari, pulut kuning dengan rendang ayam (tempahan khas dari tangan ibuku!! yam..yam sangat sedap....sagu merah, agar2 santan dan serba sedikit jajan2 untuk budak2 ni. Simple dan seronok berkumpul makan2 macam gini.


 Budak kecik dengan muka ketensionannyer....macam muka tak puas hati je nak oiii!!



0 ulasan:

Catat Ulasan