-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2013-04-19

Pertandingan Badminton

As-salam bersiran kembali kita dialam maya. Semoga diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalankan kerja harian sebagai seorang isteri, ibu dengan sempurna.. Ameen.
Hari ni 19hb April adalah hari Keputeraan Sultan Perak. Kami yang berada di negeri Perak semua cuti umum hari ni. Sambung pulak dengan Sabtu dan Ahad...dapatlah 3 hari cuti...seronok dapat berehat dari bekerja dan dapat bersama2 dengan famili!

Entry hari ini nak kongsi cerita disekitar pertandingan badminton 2 beradik ni. Berlangsung bulan lepas bertarikh 14,15,16 dan 17hb Mac.


Dua beradik ni Mifzal masuk under 12 tahun dan Ikmal pulak under 10 tahun. Ibu tak tengok pun, diorang ditemani ayahnyer a.k.a coach kepada dua beradik tu..

Berupa hadiah wang tunai, medal dan sebuah beg berjenama YONEX (beg hanyer untuk yang johan sahaja). Agak lumayan hadiah2 tu.. kalau bagi budak2 umur macam dioarang ni dah rasa tinggi nilai tu.

Inilah antara pemenang2 kategory umur bawah 15tahun,12tahun dan 10tahun. Ade ke agaknyer muka2 dua beradik tu? 


Tahniah anak ibu Ikmal Afif yang mendapat tempat kedua naib johan. Dapat RM150 beserta dengan medal!

Tahniah juga kepada Mifzal Amin yang mendapat tempat pertama johan. Dapatla dia duit RM200, medal dan jugak beg YONEX. Tahniah kedua2 anak ibu! Nampak ada hasil selama 2 tahun berlatih. Berlatih pun setiap Sabtu dan Ahad jer. Dua hari seminggu dah memadai!! Yang penting pelajaran mesti diutamakan, sambil tu boleh selit dengan kemahiran2 yang lain.

Hasil dari duit yang dapat ni diorang dah selamat menabung dalam tabung haji. Alhamdulillah...diaorang sendiri yang request untuk simpan duit tu.

 Ayah yang menjadi teman setia kemana sahaja anaknyer pergi. Mifzal jugak menjadi wakil sekolah dan terpilih wakil dari daerah Perak Selatan, baru2 ni dia bertanding disekolah Chinese Girl School di Kampar dan memperolehi tempat ke-3. Seterusnya dia telah dipilih untuk bertanding ke Pengkalan Hulu, Perak pada 05hb April lepas.. nak tau menang ke atau sebaliknyer nanti ibu share kemudian.

Tahniah kepada semua pemenang! Badan cergas minda cerdas! Belajar pun mesti pantas..sepantas pukulan bulu tangkis... apa kata ayah?? Fokus..mesti fokus.. baik dalam badminton jugak dalam pelajaran!



0 ulasan:

Catat Ulasan