-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2011-05-28

28 May ulangtahun kami

Hari ni 28 May,genap sudah usia perkahwinan ibu dan ayah yang ke 12 tahun. Sangat bermakna tahun ni sebab ahli famili sudah bertambah dari berempat kini berlima.

Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat, walau kadang2 berlaku jugak perselisihan paham..tabahkan hati..sayang selalu..



Cahayamata hati ibu dan ayah..kini dah berusia dua bulan lebih. Dah pandai nak ngajak nyembang dan senyum...


2011-05-16

Kek Hari Ibu

Sempena hari ibu baru2 ni plan nak beli kek untuk mak. Kebetulan hari tu pulak adik masuk rumah baru. Jadi ajak mak potong kek kat rumah baru adik jer..terasa sungguh bermakna pulak bila tarikh "hari ibu" tu mak dapat potong kek kat rumah baru anak dia.


Kek tunjuk..meriah dengan kaler pink.


Dua orang cucu mak yang cukup berkenan kalau bab2 potong memotong kek ni.

Sama tak kami?? Director en.suami yang suruh menggayakan gaya tido nyenget macam baby irfan. Pada hari tu baby irfan tersangatlah baik perilakunyer...tak meragam rumah orang walaupun takde endui dia tetap maintain. Good boy..


2011-05-07

Kasihnya ibu membawa ke syurga...


Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...

Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu Pn Latipah bt Pandak Zainudin (gambar yg paling atas) dan ibu mertua Pn Zahuriah bt Hj Ismail (gambar dibawahnya). Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati. Sayang mak....




2011-05-04

Kini bebas dialam itu..

Menghitung hari detik demi detik...kini diri ini sudah bebas di alam pantang..yihaa kini berada di zon bebas..sampai jugak waktu itu!!
Lokasi pertama setelah bebas dialam pantang pergi jenjalan ke rumah teman baik ibu, Ida nun di Manjung. Pada awalnyer ibu sama2 dialam pantang dengan Ida tapi dia lewat sikit keluar babynyer..masa melawat dia hari tu katanyer dah masuk 19 hari.

Tak lepas peluang mesti nak bergambar jugak. Masing2 baby tengah tidor. Waktu usia bb cenggini kejenyer kenyang tido..kenyang tido..kalau meragam nangis jer ada ler bende lain yang tak kena kan. Senyum melerek jer orang dalam pantang tu..

Ini dia baby Ekhwan. Masa melawat hari tu dah sama besar jer dengan bb Irfan. Jadinyer pun besar 3.6kg sedangkan Irfan 2.75kg jer.

Ini shoot yang paling best..bb Irfan tengah nganga tido. Tak tau pun ada gambar ni, masa nak upload gambar to PC tengok2 ade terselit. Tak lain tak bukan kerja abang dia ler ni si Ikmal yang nangkapnyer...

Ada rezeki nanti kita jumpa lain yer..thanks to Yanti sefamili juga yang sudi jenguk ibu and bb last two weeks kalau tak silap..