-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-10-24

Culture Day

Salam kepada semua yang masih sudi menjenguk kesini. Baby Aqil sudahpun sihat sepenuhnyer, tak nak dah sakit2 lagi..campak jauh2 kat luar!!
Entry kali ni dah agak basi jugak sebabnyer programe ni lebih awal dari tarikh Aqil tak sihat hari tu. Programe anjuran tempat keje ibu ngan ayah yang dinamakan "Culture Day". Telah berlangsung pada 01 Oct lepas. Dah nak masuk sebulan dah pun!! Lokasi pun dalam kafeteria tempat keje jer..


En suami bersama dengan warga2 jepun yang berkhidmat dalam tu. Warga2 jepun tu mengenakan pakaian dari negara mereka. Ikutkan plan asal en suami nak pakai baju melayu dengan sampin tapi tak pakai sebab ade cerita lawak disebalik tu...haha..

Ni geng2 perempuan..berbaju kurung baju tradisional melayu kita. Yang india pulak mengenakan pakaian sari. Tapi sayangnyer yang berbangsa cina taklah pulak pakai pakaian tradisonal, datang pakai baju t ngan jeans jer pulak hari tu..ish..ish..macam manala nak tunjuk kat orang2 jepun tu pakaian2 tradisional kita rakyat Malaya ni.

Pada hari tu banyak makanan yang disajikan. Makanan2 yang popular dari setiap bangsa. Ada lemang, rendang, sate, nasi impit, kek, tosei, capati, rojak pasambor, spaggeti, bakso, mee udang...yum-yum..macam2 ada..

Ade jugak acara berkaraoke. Makan sambil berhibur. Ni mamat jepun nyanyi lagu semestinya jepun la..sedap suara mamat ni. Sebijik rupa suara artis jepun. Cayalah..

En suami bersama dengan rakan sekerja. Mamat jepun yang tengah tu adalah supporter yang diturunkan sementara kesini.

0 ulasan:

Catat Ulasan