-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-08-26

Menu berbuka 05 Ramadhan

Hari ni ada tetamu lagi berbuka bersama2 di rumah ni. Seronok menjamu orang makan..tambahan pada adik2 yang belajar disini..kesian diaorang duduk sendiri2 jauh ngan mak..ngenangkan bujang tu..sekali sekala jemput makan di bulan mulia ni dapat jugak dioarang makan ala2 masakan mak di kampung..ye ke???? Karang ada pulak yang nangis ni.


Dari kiri..yang mula2 tu takyah kenal pun memang dah kenalkan...sebelah en.asben tu namanyer Din (org Melaka),Azmi (org Perak..satu kg ye kita..),Faiz (org Perlis) dan akhir sekali Adam (org Penang).

Apala rezeki kita pada hari ini....

DAGING MASAK KICAP


GULAI KARI HIJAU


KERABU IKAN BILIS


PUDING COKLAT (ala2 kek batik)



Selesai solat Maghrib...

2009-08-25

Menu berbuka 04 Ramadhan

Seperti malam2 sebelum ni....ibu nak kongsi juadah berbuka masuk Ramadhan yang ke-4 ni. Tepek jangan tak tepek....


MASAK ASAM PEDAS



TAUHU SUMBAT




AGAR2 ROTI - Menu ni ambik dari Hana punyer resepi. Tankiuu Hana, dapat pujian dari asben ngan anak2...sedap!!


2009-08-24

Menu berbuka 03 Ramadhan

Masuk bulan Ramadhan ni citer pasal makanan aje ye...tengah rajin nak tepek gambar2 juadah berbuka ni..dapat jugak kongsi ngan family dikampung apalah anak/menantu/cucu makan...bila dah malas nak tepek gambar2 nanti takde le ye....
Hari ni masuk ramadhan yang ketiga...begitu cepat masa berlalu ye..

Jom layan apale juadah ibu anak beranak hari ni...


MUTTON KURMA


SAYUR GORENG




BUBUR JAGUNG


TEPUNG GOMAK - Ni beli kat supa la..sangat sedap..kalau kat Mesia inti dalam tu guna kepala parut tapi sini jual dalam tu inti kacang merah..

2009-08-23

Menu berbuka 02 Ramadhan

Hari ni ada tetamu datang rumah, dapatlah memeriahkan lagi suasana berbuka di rumah ni. Memang sangat seronok kalau ada orang datang nak pulak dari negara yang sama.


Oppss..kami belum kawen!!...kami student lagi!!..hah jangan salah anggap ye..yang macho tu namanyer Faiz dan yang comel tu namanyer Hanim. Pelajar di Universiti Toyama.


Belum sempat nak jamah nasi...cik Hanim nak ambik gambar pulak...


Apa2 pun jom layan menu untuk hari kedua Ramadhan ni.

AYAM PAPRIK


SEAFOOD TOMYAM


GULAI LEMAK LABU


KUIH KERIA BULAT


KUIH "TUNJUK" - mintak maap tak tau apa nama kuih ni. Cik Hanim beli. Ada pelbagai rasa...ada inti kacang merah, ada inti kastad..


YOGURT MELON

2009-08-22

Menu berbuka 01 Ramadhan

Hari ni masuk tahun kedua ibu sefamili merasa berpuasa di perantauan..jangan kenangle sedih memang sedih..tak dapat nak berbuka dengan famili di kampung, rindunyer dengan masakan mak/mak mertua dikampung dan rindunyer dengan suasana bazar ramadhan...uhu..uhu..tapi takpe tahun depan ibu dapat sambut Ramadhan kat Malaysia dah..kata orang semua ni adalah pengalaman...


Oklah jom layan menu berbuka untuk hari ni.

IKAN PERCIK


PECAL


AYAM GORENG



KUIH TALAM JAGUNG


BUAH TAMAR
Nasib ada jual kat online..dibulan puasa ni rasa tak sempurna kalau takde buah tamar.

Happy Birthday "August" friend..

22 August...sorang lagi kawan baik ibu menyambut ulangtahun yg ke...hehe..takyah lah kita sebut kat sini ye...Udah tuoo...tapi hati tetap mudo...wahh seronokla ye kena pulak time first day sambut Ramadhan..Itula dia Zulita kawan baik ibu sejak dari sekolah lagi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapan ibu semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanyer...sudi2kanlah jamah cupcake kat bawah ni ye...special dari matahari terbit ni...hehe



Lupa plk nak kongsi cerita pada 8 August lepas pun kawan baik ibu (nihonjin) punyer birthday, Yoko san namanyer. Tanjobi omedetou gozaimasu..actually ibu dah wish kat dia on that day dan dah bagi hadiah pun kat Yoko share duit ngan Sachiyo san..hehe..yang murah2 aje...saje lah ibu nak masukkan jugak dalam entry hari ni.

Dan esok pulak 23 August..kawan baik Mifzal, si Arata kun punyer birthday...Happy Birthday Arata...dan kalau nak tau family diaorang dah pandai ucap perkataan "Selamat Hari jadi"..memang terkejut sebab last month masa Mifzal punyer birthday satu family tu ting tong kat rumah peh tu ucap Selamat Hari Jadi..semangat nak belajar Bahasa Malaysia..jangan tak tau...siap dah beli buku yg ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia lagi..nak belajar...pikir2 balik baikla dorang tu belajar bahasa inggeris kan..tu yg sebaik2nyer...emmm takpela...kata ayah mungkin salah satu sebab depe nak baca blog ibu ni. Memang hari2 kawan nihonjin tu masuk nak tengok..tapi katanyer setakat tengok gambar tapi tak tau apa citer dalam blog...kesian..kesian..kesian..

To Arata kun : Tanjobi omedetou gozaimasu. This is birthday card to you. Please enjoy on your birthday.
From Mifuzaru.



2009-08-21

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga selamat menjalankan ibadah puasa dan mendapat keberkatan dariNya..



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA, TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'. Ampun Maaf Dipinta dari saya sekeluarga, amiiiiinnn:-).....