Assalamualaikum, Apa khabar semua.. Terupdate jua akhirnya blog sepi ni. Keadaan PC yang tak mengizinkan entah apa masalahnyer....sangat tension dengan masalah yg kita tak tau , ni pun dah berapa kali cuba ON, dengan lembabnyer dan entah apa2 lagi. Jari jemari ni dah sangat merindui dengan keyboard ini. Banyak hari2 penting seMelaysia telah berlalu. Banyak rasa nak diluah, nak dikongsi, tapi apakan daya... bait2 ayat sukar untuk dimadahkan bila lama sudah tak menaip ni. Apa -apa pun, insyaAllah semoga blog ini dapat disapu habuknya..
Tarikh peperiksaan UPSR Tahun 2013 Lembaga Peperiksaan KPM telah menetapkan Tarikh Peperiksaan UPSR Tahun 2013 bermula 10 Sep dan berakhir pada Khamis lepas 12 Sept. Anak sulung ibu Nizarul Mifzal Amin telah pun selesai menduduki UPSR tahun ini. Doa dari ibu dan ayah semoga Mifzal buat yang terbaik, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang nanti. Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu dari melihat kejayaan anak2nya.....kejayaan dunia dan akhirat...Ameen.