As-salam kembali bersiaran dialam maya...lama sungguh bercuti, jari jemari ni dah rindu nak menari2 diatas keyboard ni... menyimpan semua cerita untuk dijadikan kenangan dimasa akan datang..especially untuk anak2 tercinta. Bila dah besar nanti bolehlah kalian mengimbau masa kecik masing2.. dengan kenakalan dan gelagat yang pasti akan tersenyum lebar membacanyer..
Hari ini 30hb Mac...sudah lewat 10 hari dari tarikh sebenarnya. Walaupun lewat untuk dikongsi bersama namun yang pastinya ibu+ayah dan abang2nyer sudah pun mengucapkan selamat hari lahir buat anak ibu yang bongsu ni......yang sudah pun cukup 2 tahun umurnya pada 20hb Mac 2013 lepas.
Aqil, di hari kelahiran mu yang kedua ini, ibu mengucapkan rasa syukur
ke hadrat Illahi kerana diberi peluang mengecap kenikmatan melahirkan
dan membesarkan mu sayang.. terima kasih Allah kerana gelaran ibu yang
amat bermakna untuk ku dan juga gelaran ayah itu untuk suami ku.. Masih
terbayang2 pengalaman melahirkan anakanda....
Aqil, ibu hanya berharap agar Aqil membesar dengan sihat sempurna,
menjadi anak yang soleh kebanggaan ayah dan ibu, menjadi orang yang
berguna suatu hari nanti... Ameen.
Aqil, aqil tahu tak ibu dah
2 tahun menyusukan aqil?? dua tahun tu sayang.. Alhamdulillah.. Panjang rezeki Aqil berbanding abang2nya.... Alhamdulillah...