Salam kepada semua yang masih sudi mengunjungi laman ini. Pejam celik dah nak masuk hujung tahun dan tahun baru bakal menjelma, begitu cepatnyer masa berlalu. Dan sekolah pun bakal bermula beberapa hari sajer lagi. Persiapan??? Emmm..takde apa2 sangat sebab tahun lepas punya masih elok dan boleh diguna lagi. Kalau nak belipun ade la sikit2 mana2 yang patut jer.
OKla berbalik citer entry kali ni, kisah yang dikira agak basi jugak..emmm kalau tak silap awal Disember baru ni. Kisah dua beradik ni masuk pertandingan badminton anjuran persatuan IBS sini. Ayah yang paling sibuk kalau dia tau ade mana2 tempat buat pertandingan mesti dia suruh bebudak dua beradik tu masuk. Sajer suka2 nak bagi deme rasa suasana pertandingan. Menang atau kalah itu belakang cerita, biasalah adat bertanding.
Inilah barisan2 yang masuk bertanding pada hari tu. Ibu pun dah lama sangat tak dapat nengok anak2 main sejak dah beranak kecik ni. Kalau idak laju jer mesti nak ngikut. Tunggulah Aqil besar sikit lagi mesti panjang langkah kakiku ini...
Chewah...tu adia!! tahniah anak2 ibu, dua2 jadi juara untuk kategori masing2..hehe..bolehla tu..sorang nak ikut macam Datuk Lee Chong Wei, sorang lagi nak jadi Lin Dan!! haha..dua beradik yang selalu berbalah dengan memasing punya idola..apa2 jerla.