Salam bersiaran kembali... lama rasanyer tak update dalam blog ni, tahun baru 2013 pun dah menjelma. Anak2 kembali bersekolah dan selangkah lagi umur kita berganjak tahun ni.
Apapun semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk kita semua. Kalau ada azam yang tak lepas tahun lepas tahun ni masih boleh continue lagi yer...yang penting jangan putus asa. Hidup harus diteruskan.....
Entry yang dah agak lama untuk dikongsi dan juga untuk tatapan masa hadapan, cuti sekolah tahun lepas kami sefamili jalan2 ke KL. 3 hari 2 malam berada disana, menginap dirumah bapa saudara en. suami di Ampang. Kami pergi ke KL dengan menaiki keretapi pada 24hb Dec lepas. Wah!! teruja sunggu anak teruna kecik ibu ni. Dalam perjalanan nak kesana sangat2 menguji ibu dan ayahnyer sebab dia tak mau duduk diam asyik nak turun minta dilepaskan. Bayangkanlah dalam keadaan keretapi yang sedang berjalan tu dia nak berdiri dilaluan jalan !!. Fuhhh sangat mendugakan OK....tambahan dengan mulutnya yang agak bising membuatkan ibu lagi rasa bersalah dengan penumpang2 yang lain...huhu...
Binatang yang dia sangat teruja tengok adalah gajah!!, mungkin dia rasa pelik ada binatang sebesar itu kot. Kalau tengok binatang2 yang lain dia macam biasa jer...mungkin saiz binatang tu besar...hehe..
**************************************************************************
**************************************************************************
Hari ketiga iaitu hari terakhir sebelum pulang ke Ipoh kami singgah pula ke Aquaria KLCC.
Meh kita layan gambar2 sekitar dalam Aquaria ni. Spesis ikan macam2 rupa..
0 ulasan:
Catat Ulasan