Alhamdulillah syukur..bertarikh 30hb lepas (Jumaat jam 09.30am) anak ibu yang sulung, Mifzal Amin telah selamat "anunyer" dipotong. Sesuai dengan usia kata orang...berumur 11tahun...Ditemani dengan ayah dan atoknyer dalam bilik klinik masa aktiviti itu dijalankan. Ibu duk diluar aje..masa diambil lebih kurang 20 minit.
Jemputan baca doa sedang menikmati juadah makan petang. Syukur dengan cuaca yang sedikit panas hari tu, mujor tak hujan!
Ni antara dua sahabat ibu yang hadir. Thanks Yanti and K.Azah yang sudi datang kemajlis pada hari itu. Ida sah2 tak dapat datangnyer....drebarnyer udah terbang jauh...hehe...takper ade rezeki boleh jumpa lain. Yang paling bestnyer nak temukan dua orang hero cilik kita tu!!
Lepas ni abang long Mifzal akan jadi "budak besar". Pesan dari ibu jadi anak yang dengar kata ibu ayah, jadi anak yang soleh dan boleh membanggakan ibu ayah tak kira dalam apa bidang pun! Ibu dan ayah tak paksa apa bidang pun...kalau dipaksa bukan jadi apapun janji berjaya dunia akhirat..dan yang penting 2013 nak ambik periksa UPSR...ingat tu!! Lagi satu...kena sentiasa jaga adik2...
0 ulasan:
Catat Ulasan