-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-07-02

Yang baik kita contohi...

Bila dengar tajuk tu macam citer2 tauladan aje ek...jangan gelak ye sebab kisah yang nak ibu kongsikan ni pun sebenarnye adalah tentang SAMPAH. Ka..ka..ka jangan marah, ada baiknyer kalau kita dapat ikut cara2 orang2 jepun ni segregatekan sampah2 ni, kan kena tajuk tu yang baik kita contohi dan yang jahat tu takkan kita nak ikut kan...jadi ada baiknyer kalau ibu dapat contohi bila dah balik Malaysia nanti.




Ini panduan cara2 untuk ibu nak segregatekan sampah2..actually kat sini ada satu obachan (makcik) tu yang incharge. Nama dia Yoshino san. Umur 70 tahun. Dia baik sangat..selalu bagi panduan pada ibu orang asing ni. Disini kena bayar tax sampah, sebulan 400¥. Ni untuk kawasan Tachidee, tempat2 lain tak taula pulak berapa kena caj. Bayar aje kat obachan tu. Dia collet 6 bulan sekali. Kadang2 ada jugak ibu buat salah. Masa ibu mula2 sampai sini dulu jangan kenangle memang banyak cara pembuangan yang tak betul. Minyak masak pun kalau nak buang bukan boleh buang dalam sinki macam tu aje..kena buang atas kertas atau tisu kemudian baru masukkan dalam plastik pembuangan tu. Yang lebih kelakar masa mula2 sampai dulu botol minyak masak ibu pegi buang under pet botol. Tak cerdik betui!!!

Setiap kategori2 tu pun ada hari2 tertentu untuk dicollectkan. Sebagai contoh burnable garbage (bahan bole bakar) 2 kali seminggu iaitu hari senin ngan khamis.


Ibu akan seperatekan sisa2 makanan dengan kertas2 atau plastik2 makanan. Kedua2 gambar ni adalah under bahan boleh bakar.


Non-burnable garbage (bahan tak boleh bakar) 2 kali sebulan. Empty can ngan empty bottle (minuman tin dan botol kaca) 2 kali sebulan. Kalau nak tau botol2 dan tin2 tu kena basuh dulu baru boleh buang. Dan yang sebetul2nyer penutup tin makanan pun kena dipisahkan terus dari badan tin tu. Ada satu hari tu pun obachan tu tegur kesalahan ibu sebab tak pisahkan penutup tin tu...detail betui!!!


Ni contoh gambar kat tempat pembuangan tu. Kalau di Malaysia dah selamat kita jual kan??


Plastik containers & packaging (bekas plastik & bekas pembukusan) 4 kali sebulan.

Tapi kebanyakan orang jepun selalu buang bekas2 pembukusan ni kat supermarket. Sebab disetiap supamarket pun ada disediakan tempat pembuangan tu. Jadi ibu pun selalu buang disitu. Bila nak pegi shoping beli barang2 terus buang aje tak payah ikut schedule yang ada tu.


Yang ni pulak adalah kotak2 minuman, contoh kotak2 susu,kotak2 jus..


Dan yang ni pet bottle. Yang tempat pembukusan makanan, kotak2 minuman, pet botol kesemua ni kena recyle..


Gambar menyeluruh tempat buang sampah di salah satu supermarket disini. Kemas dan teratur!! Sehati sejiwa orang2 jepun ni mengikut peraturan..bab2 macam ni memang kita boleh salute diaorang!!


Old paper,magazine, kotak2..collect sekali sebulan


Yang ni pulak gambar kotak2 ngan magazine2 lama yang nak kita buang. Kena ikat betui2 baru boleh hantar kat tempat pembuangan tu.Ingat lagi masa kat rumah di Ipoh, baru beli mesin basuh baru kononnyer kotak mesin basuh tu nak letak kejap aje kat luar rumah, nengok2...emmm selamat orang dah kapooo...apa lagi buat jual le. Kan laku kotak2 macam tu!!! tapi kat sini bukannyer kita boleh jual, semuanyer kena buang takde nilai sesen pun.



Ni contoh kelender bulan April ngan May. Tak paham tulisn jepun tu refer le kat hand writing ibu tu...kalender ni adalah panduan mengikut item2 yang nak dicollect.


Conclusion disini bukan memandai2 nak mengajar...tapi sekadar berkongsi pengalaman hidup disini. Ada baiknyer kalau kita pun boleh mengamalkan cara begini. Tapi kalau kita sendiri aje yang buat, orang lain tak ikut pun tak jadi jugak....kena sepakat!!


1 ulasan:

Hasmah Laili berkata...

Salam Kak Nor,

Sememangnya kita dah maklum orang Jepun ni jenis yang tinggi disiplinnya dan teramatlah 'detail'. Thanx sebab entry ni dah beri inspirasi ttg bagaimana kita nak uruskan bahan2 terpakai. Susah nak buat secara komuniti. kita bt dlm keluarga dulu,ek!!!

Catat Ulasan