Semalam diadakan satu perlawanan bowling anjuran kawasan tempat ibu tinggal ni. Semua perbelanjaan dibiayaai sepenuhnyer oleh pihak kampung..kira main tu free aje..diaorang gunakan hasil duit caj tax sampah yang dikenakan 400yen sebulan tu..Untung jugak dapat rapat dengan Yoko san, sekurang2nyer segala aktiviti disini ibu sekeluarga dapat join sekali.
Gambar2 ibu, ayah dan anak2..pemain paling muda tu le si kecik ibu tu...umur 6 tahun, dan pemain yang paling tua adalah.....umur 80 tahun!! memang respect opah tu..dah terbongkok2 pun semangat nak main..hebat jugak!!
Inilah opah yang dimaksudkan tu..masih mampu nak membaling bola bowling!!
Bergambar sekali bersama dengan anak Yoko san..Nama dia Keita.
Mifzal ngan Ikmal suka jugak main bowling ni..masa kat Malaysia ayah takde masa nak melayan benda2 macam ni..orang buzy!!!
Dah tamat perlawanan bowling...bergambar bersama family Yoko.
Selepas tamat perlawanan tu, kami semua dijemput untuk makan sushi. Memang sedap tu!!!
Meh tengok sapa yang menang dalam perlawanan bowling tadi??? Eh..eh..ayah pun ada jugak..hehe...tahniah ayah!! Dapat no 3.
Berbangga le tu...dapat hadiah keropok beras!! sedap sangat...
Ni cenderahati yang semua pemain dapat..kipas tangan..cute!!! thanks kepada ahli2 jawatankuasa kampung Tachidemachi yang telah menganjurkan perlawanan samalam.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
2 ulasan:
bestnye join aktiviti camni..
memang best dapat join aktiviti gini.
Catat Ulasan