Selamat Hari Jadi abang long!! Hari ni genap usia Mifzal yang ke-8 tahun.
Dari sehari ke sehari dia menghitung hari nak tunggu umur 8 tahun. Semoga panjang umur dan yang penting jangan nakal, dengar cakap ibu ayah..belajar pandai2 dan jadi anak yang soleh. Amin..itulah harapan seorang ibu. Semoga Mifzal jadi anak yang berguna dan sentiasa ingat pada orang tua.
OKlah..petang tadi ada buat makan2 sikit sempena birthday Mifzal. Makan ringan2 aje..makan mee. Kek pun beli kat luar.
Macam2 ada....
Sebelum nak makan...posing ambik gambar ngan makanan2 tu dulu. Mifzal dapat hadiah "Shinkanger". Dia yang pilih pun. Eksen aje hadiah tu berbalut.
Jom layan video nyanyi Happy Birthday...
Bersembur air liur..especially yang lebih2 si adik. Orang lain punyer birthday dia paling over.
Jemput makan...
Nagaichi san family bagi ais krim special sempena harijadi Mifzal. Arigatou Nagaichi san family, oishii katta. (yang kawan ibu nama Sachiyo tu).
Asyik nampak makan aiskrim tu!! Sedap ye...
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2009-07-31
Happy Birthday abang long..
2009-07-30
BBQ di Tenko Mori
Pagi tadi ibu join geng TMC (Toyama Murata) buat BBQ di Tenko Mori Osawano. Gambar dibawah.
Chalet pun ada disediakan, kepada pengunjung yang nak menginap bolehla menginap..cantik reka bentuk chalet tu.
Plan dibuat oleh salah sorang staff disitu, namanyer Sato san satu section dengan ayah, bahagian product engineering. Hari ni TMC start cuti (obon yasumi) senin depan baru start kerje balik. Pada awal pagi cuaca seolah2 tidak mengizinkan sebab kata Sato di Tenko Mori hujan. Tapi ibu agak kecewa sebab barang2 semua dah prepare. Ayam dah perap semalaman...barang2 nak buat pecal semua dah get ready tak kan nak cancel..geram ni!!!
Apapun jadi ibu tetap nak pergi jugak...hujan pun hujan le...kata Sato disana BBQ bukan open tapi dibawah bumbung yang ditempatkan khas untuk orang nak berBBQ. So..apa masalahnyer lagi....kan senang tu..
Kalau gini rupanyer tempat BBQ tu hujan lebat pun no hal..ibu sangkakan tempat tu open..
Tempat ibu nak BBQ pun berasingan dengan diaorang. Yang diaorang bakar tu paham2 aje le..mana boleh share tempat ngan kami ni.. Gambar atas ni ayah tengah bakar sayur ngan jagung.
Pertama kali ibu perap ayam ni..nasib ada "Mesra resepi.net"..berpandu pada web site tu le ibu cuba buat..alhamdullillah...sodap la jugak!! Ayam2 ni untuk ibu sefamili aje..yang geng2 jepun lain tu depe ada ayam sendiri, no kongsi2 OK!!..tak kan la ibu sekejam tu..ayah bagi jugak kat depe seketul sorang nak merasa.
Ibu tengah nak ngidupkan bara api...ikmal tengah bakar sosej..
Sedang menjamu selera.
Gambar pertama Kimura san and family. Asst manager bahagian engineering.
Join dalam 12 orang. Person incharge untuk BBQ ni, yang pakai baju hitam (tengah berdiri sambil tunduk kepala).
Yang gambar kat atas tu namanya Tachi san, tu tengah bakar mushroom..lepas tu cicah ngan kicap jepun..sodap!!!Gambar dibawah yang lelaki tu namanya Sugimura san, Manager Product Engineering.
Ibu tengah masukkan kuah pecal..kita test kasi mamat2 ngan minah2 jepun ni makan...
hah..kesian kata diaorang manis campur pedas!! itu la "malaysian salad".
Berenti makan jap...kita ambik gambo kejap!!
Ada jugak disediakan tempat nak memancing. Renyai2 pun leboh si Sato ni memancing. Ada le dapat sekor ikan. Peneman setia....si Ikmal ngan Mifzal.
Posing si ayah di titian usang.
Kalau dah namanyer budak2..pantang nampak playground mesti nak singgah. Hujan pun dah stop...memang seronok le budak berdua tu!!
2009-07-29
Main hanabi
Belum lagi sambut raya kat Malaysia tapi anak2 ibu dah start main hanabi (bunga api). Memang kebiasaan masuk musim panas orang2 jepun bermain bunga api, dan mereka akan mengadakan satu festival bermain bunga api secara besar2an. Pada waktu ini penuhla kedai2, supermarket2 menjual bunga api. Inilah peluang anak2 ibu nak merasa main...nanti raya takde le depe terasa sangat.
Main kat park yang berdekatan dengan rumah. Nak main kat rumah ni takut jiran marah pulak sebab banyak asap. Kalau kat Malaysia leboh...
Ayah tengah melayan anak2..
Tu pun si Ikmal dah siap sound nak beli lagi..nak main lagi..budak2 kalau bab "bunga api" memang suka sangat.
Nanti kita buat stok simpan bunga api untuk main masa raya nanti ye..tentu lagi meriah!! meriah 4 beranak aje le..
Ibu ngan ayah pun tumpang sekaki..
2009-07-27
Pertandingan bowling
Semalam diadakan satu perlawanan bowling anjuran kawasan tempat ibu tinggal ni. Semua perbelanjaan dibiayaai sepenuhnyer oleh pihak kampung..kira main tu free aje..diaorang gunakan hasil duit caj tax sampah yang dikenakan 400yen sebulan tu..Untung jugak dapat rapat dengan Yoko san, sekurang2nyer segala aktiviti disini ibu sekeluarga dapat join sekali.
Gambar2 ibu, ayah dan anak2..pemain paling muda tu le si kecik ibu tu...umur 6 tahun, dan pemain yang paling tua adalah.....umur 80 tahun!! memang respect opah tu..dah terbongkok2 pun semangat nak main..hebat jugak!!
Inilah opah yang dimaksudkan tu..masih mampu nak membaling bola bowling!!
Bergambar sekali bersama dengan anak Yoko san..Nama dia Keita.
Mifzal ngan Ikmal suka jugak main bowling ni..masa kat Malaysia ayah takde masa nak melayan benda2 macam ni..orang buzy!!!
Dah tamat perlawanan bowling...bergambar bersama family Yoko.
Selepas tamat perlawanan tu, kami semua dijemput untuk makan sushi. Memang sedap tu!!!
Meh tengok sapa yang menang dalam perlawanan bowling tadi??? Eh..eh..ayah pun ada jugak..hehe...tahniah ayah!! Dapat no 3.
Berbangga le tu...dapat hadiah keropok beras!! sedap sangat...
Ni cenderahati yang semua pemain dapat..kipas tangan..cute!!! thanks kepada ahli2 jawatankuasa kampung Tachidemachi yang telah menganjurkan perlawanan samalam.
2009-07-25
Aktiviti hari ini...
Hari ni start cuti sekolah "natsu yasumi" (cuti musim panas)..hingga hujung bulan Ogos. Inilah masa yang anak2 ibu tunggu...memang tak plan nak balik kampung pun..sebab next year memang dah nak babai terus...
Hari ni punye aktiviti...petang tadi tengok satu keramaian yang dianjurkan oleh salah satu supermarket yang berhampiran tempat tinggal ibu ni. Orang berniaga seperti ala2 pasar malam...kemudian ada pulak tarian2, ibu pun tak tau apa nama tarian semua tu..Ini pertama kali tengok pun...orang yang berniaga pun semua staff2 yang bekerja dalam tu.
Keasyikan Mifzal ngan Ikmal nunggu si penjual gula kepal manis. Control aje mamat tu...
Suasana staff2 supermarket tu berniaga. Memang sekali tengok macam pasar malam..rindunyer suasana macam ni..ada orang jual mee goreng, (tapi tak boleh makan ada ayam..),sotong bakar, sushi, buah tembikai potong, air2 minuman..dan macam2 lagi.
Bersama Yoko dan husband dia...ibu dan ayah try makan sotong bakar tu...sedap!!
Nasib dapat meja...kalau idak jenuh berdiri, orang yang datang pun boleh tahan ramainyer..
Bersama mak angkat...hehe...perasan sendiri aje...inile obachan yang incharge "sampah" tu..baik sangat..sampai rasa macam nak buat mak angkat aje...kah..kah..kah..ngenangkan baik dan prihatin sangat ngan ibu sekeluarga ni. Tapi jenuh rupanyer nak bergambar ngan dia ni..marah jugak mula2 nak ambik gambar dia..malule pulak...apa nak malukan makcik oii..kan cun tu!! boleh le buat kenangan.
Inile rupa tarian2 yang dipersembahkan...yang orang nyanyi tu rupanyer memang salah seorang penghibur di sini. Patutle masa ibu balik (masa dalam kereta) bukak radio tengok2 penyanyi tadi tu tengah on air. Rupanyer programe hari ni on air under radio Toyama. Masuk radio rupanyer aktiviti ni..dasyat jugak tu!!!
Kepada anak2 ibu enjoy ke nengoknyer???
Sebelum ibu ngan anak2 ketempat keramaian tu, ibu pegi kesini dulu..nak tunaikan permintaan si Ikmal, tetiba aje tengahari tu di ngajak pegi sini. Sini le tempat mula2 ibu sefamili sampai dulu masa tiba di Jepun. Nama tempat ni "Fugan Unga Kansui Park". Tempatnyer releks..dah tenang, cantik dan bersih...masa tu Mr.Asazawa ngan Mr.Tsuda bawakan.
Gambar2 kenangan disini...