-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2013-03-30

Selamat Hari Lahir 20.03.2013...anakku Irfan Aqil

As-salam kembali bersiaran dialam maya...lama sungguh bercuti, jari jemari ni dah rindu nak menari2 diatas keyboard ni... menyimpan semua cerita untuk dijadikan kenangan dimasa akan datang..especially untuk anak2 tercinta. Bila dah besar nanti bolehlah kalian mengimbau masa kecik masing2.. dengan kenakalan dan gelagat yang pasti akan tersenyum lebar membacanyer..

Hari ini 30hb Mac...sudah lewat 10 hari dari tarikh sebenarnya. Walaupun lewat untuk dikongsi bersama namun yang pastinya ibu+ayah dan abang2nyer sudah pun mengucapkan selamat hari lahir buat anak ibu yang bongsu ni......yang sudah pun cukup 2 tahun umurnya pada 20hb Mac 2013 lepas.

Aqil, di hari kelahiran mu yang kedua ini, ibu mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang mengecap kenikmatan melahirkan dan membesarkan mu sayang.. terima kasih Allah kerana gelaran ibu yang amat bermakna untuk ku dan juga gelaran ayah itu untuk suami ku.. Masih terbayang2 pengalaman melahirkan anakanda....

Aqil, ibu hanya berharap agar Aqil membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak yang soleh kebanggaan ayah dan ibu, menjadi orang yang berguna suatu hari nanti... Ameen.

Aqil, aqil tahu tak ibu dah 2 tahun menyusukan aqil?? dua tahun tu sayang.. Alhamdulillah.. Panjang rezeki Aqil berbanding abang2nya.... Alhamdulillah...

0 ulasan:

Catat Ulasan