CORETAN HARI INI AKAN MENJADI KENANGAN UNTUK HARI ESOK.... Pengalaman hidup dinegara matahari terbit, dan kini........kembali ke tanah air..
2012-05-18
Kasihnya ibu membawa ke syurga...Selamat Hari Ibu
Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu memertua, ibu ngkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...
Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu Pn Latipah bt Pandak Zainudin (gambar yg paling atas) dan ibu mertua Pn Zahuriah bt Hj Ismail (gambar dibawahnya). Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati. Sayang mak....
Terima kasih yg tak terhingga pada en.suami dan dua anak teruna ibu, ingat jugak nak belikan kek sempena hari ibu ni...luv u so much...emmmmmuahhhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan