Ni entry 2 hari sebelum anak2 bercuti panjang. Dah start cuti sekolah sekarang ni yer....silap gaya buku2 pun cuti jugak..nak pulak hero2 ibu ni, emmmm..entahla mana gaya nak nyuruh deme ni pegang buku, aje liat betul!! Ajak berlatih atau main badminton laju jer...suka..
Pada 17hb lepas telah diadakan satu majlis penganugerahan di sekolah budak2 ni. Murid2 yang terpilih sahaja yang kene hadir. Pilihan dari segi cemerlang dalam matapelajaran, kedudukan dalam kelas dan pilihan tokoh murid lelaki dan perempuan.
Ini adalah antara persembahan yang dipersembahkan oleh anak2 murid sekolah itu.
Anak sapa la ni??? Cuba cam betui2...sapa lagi kalau bukan abang long Mifzal. Alhamdulillah terpilih dalam anugerah ini. Dia mendapat kedudukan no dua dalam kelas. InsyAllah tahun depan masuk darjah lima dia dapat naik kelas.. Ibu selalu berpesan kat dia "jangan selalu puas apa yang dapat sekarang...berusaha sungguh2.."
Bersama kawan2 yang turun dari stage. Amboi yang kat depan tu sungguh2 tak sabar nak nengok apa isi dalam beg tu yer..
Syukur.. walau pada mulanyer ibulah orang yang sangat..sangat dan paling risau bab2 pelajaran anak2 sebab banyak ketinggalan pelajaran dan sukatan di Malaysia. Syukur anak2 ibu boleh buktikan yang mereka boleh buat. Teruskan usaha untuk masa depan. Perlu banyak berusaha lagi..
Ikmal pulak banyak sangat dapat komplen dari cikgu. Dia nakal dikelas dan suka usik orang. Terima kasih Cikgu Ton (guru kelas Ikmal) yang selalu berhubung bercerita perihal Ikmal dikelas. Result akhir tahun dia pun banyak yang improve dari penggal sebelumnyer...cuma tak bernasib baik macam abang dia dapat naik pentas..gambare anak2 ibu!.. Teruskan usaha dan jangan malas-malasan....buangkan tabiat yang suka " Tunggu kejap bu...kejap2..."
10月20日(木)以降は、ホームページのURLが変更。
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan