Inilah dia orang2 1st transferee programme macam kami ni, bekerja di negara matahari terbit. Rata2 dari negara Thai dan China. Kesemua akan balik pada Mac ni, cuma yang sorang tu jer balik Sept (yg nampak kepala sikit tu..). Kalau nak tau rambut kuning secuit tu, itulah dia sensei nihongo!!. Sakan tak bergaya tu!! Rambut udah macam kaler burung kakak tua jer...haha....Umur pulak tak nak tanyer ke??? Cuba teka??? Mesti korang rasa tak caya kan yang sebenar2nyer umur sensei tu 80tahun!!!! Betul ke??? Kalau opah kat kampung tu umur macam ni dah tak sihat dah.....emmmm ala...
Main menu hari tu adalah masakan Thailand..tukang masaknyer pun semestilah orang Thai!!. Buat pun kat kelab syarikat jer. Segala ayam dan daging halal semua order online. Sebab ada sorang yang special dalam party tu...huhu..
Bergambar kenangan bersama2...termasuklah juga staff2 dari HQ yang banyak mengesahkan urusan kedatangan kami dan juga kawan2 yang lain tu. Thank you for your cooperation...
Nak tengok tak apa hadiah yang kami bagi kat sensei tu??? Jom scroll kebawah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tara......
Inilah hasil kerja suami isteri ni. Nilai harga tu takdela mana sangat...tapi rasa puas sangat2 kalau dapat buat sesuatu yang boleh dijadikan kenangan sampai bila2. Kata ayah sensei suka sangat2....biaselah orang jepun memang suka sesuatu yang boleh diingati dan dapat menggamit kenangan lepas..*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tara......
Dan sensei tu pun ada bagi hadiah jugak pada rakan2 ayah tu. Ini yang kami punya...
Dua helai scarf corak bunga sakura. Cantik sangat2...kalau kita framekan cantik tak agaknyer??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan