-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-03-16

Gift untuk kawan2 sekelas

Dua hari jer lagi anak2 akan say sayonara kat sekolah sini. Sajer bagi ngam2 dengan tarikh nak balik supaya anak2 dapat bersama2 dengan kenkawan2 sekelas masing2. Bila ditanyer kat dua beradik tu tak sedih ke nak tinggalkan kawan2 sini, jawab si abang " Tak sedih pun...sebab balik Mesia best..bila tanyer balik apa yang best? Sebab dapat naik kapal terbang!!...huhu...budak2 bukan paham sangat sedih ke..seronok ke..tak pandai nak berperasaan2 kot...tolak ketengah pun masuk...tolak ketepi pun masuk...hehe

Disebabkan hari Rabu ni adalah hari terakhir anak2 bersekolah jadinyer ibu dan ayah prepare sedikit hadiah kecil untuk kanak2 ribenan dalam kelas tu. Memang kebiasaanyer kalau budak2 bertukar sekolah mesti ada sedikit hadiah kecil untuk diberi kepada kawan2. Kata Mifzal sensei dah suruh buat ucapan ringkas kat dalam kelas untuk berucap depan kawan2 esok..dan itulah time yang dikira agak tepat untuk memberi hadiah2 tu.

Dan untuk si adiknyer pulak..sensei tkderla suruh dia cakap apa2 kat depan kelas..agaknyer baru tahun satu kot yer...tapi dah dua tiga hari lepas si abang duk ngajar adiknyer jugak berucap macam yang dia cakap. Request dari ayahnyer....hehe...Kumat kamit menghafal ucapan ringkas tu...." Mai lisau nanti lupa.."..hehe...Tapi nampak spontan dah dia cakap...jangan dia lupa masa tengah2 bercakap tu sudahhh...kepala ingat kelain yang dihafal kuar lain...hehe

Ini contoh gift untuk kawan2 perempuan..sama jer untuk tahun satu dan tahun dua...Untuk tahun dua murid2nyer lebih ramai berbanding dengan tahun satu. Dalam tu ada pensel,eraser dan glue.


Ini pulak contoh gift untuk kawan2 lelaki, isi dalam sama jer cuma kaler plastik packing tu jer yang berbeza. Senang nak bezakan untuk lelaki dan perempuan sebab pensel jenis yang berbeza!!


Ada jugak hadiah untuk sensei. Sepasang pen dan pensel..tu pun baru beli pagi tadi..huhu..suruh balut siap2 masa beli kat supa tadi.... Di setiap luar kotak tu suruh dua beradik tu tulis sedikit kata2....
Tahun satu = Nagamori sensei
Tahun dua = Mikami sensei
International kelas = Nakamura sensei

Jutaan terima kasih diucapkan kepada sensei2 yang telah berusaha untuk mengajar Mifzal dan Ikmal sepanjang bersekolah di sini. Segala jasa dan kesungguhan sensei mengajar tidak akan dilupakan...

0 ulasan:

Catat Ulasan