Bertempat di bangunan Toyama International Center (CIC Building), festival ni adalah salah satu programe dimana foreigner2 yang bermastautin di sini membuat persembahan & kebudayaan dari negara masing2..tuan rumah pun ade buat jugak, kami pun sampai lambat jadi tak dapat tengok keseluruhannyer...sampai adik2 Malaysia kita buat persembahan pun terlepas..tapi nasib dorang ade ambik video dapatlah tengok jugak melalui FB.
Dari negara Korea.
Ini je yang sempat ambik sebab sampai dah lewat, tak taula dari negara mana lagi yg ade buat persembahan.
Ini je yang sempat ambik sebab sampai dah lewat, tak taula dari negara mana lagi yg ade buat persembahan.
Yeah...ni dia warung "Malaysia"...aktiviti jual2 dan memperkenalkan makanan2 Malaysia.. Jom tengok apala menu yang dijual hari tu...
Ade sup udon (¥250,RM8++) roti john (¥250,RM8++) dadih (¥50,RM1++) roti jala (¥200,RM7) jemput2 pisang (¥100,RM3++). Meriah kan???
Ada pulak mamat lawak jual ais krim ni. Emmm...lupa la dari negara mana mamat ni?? Pandai dia buat lawak spontan ketika customer nak beli ais krim..tengokla Mifzal gelak sebab terkena ngan mamat ni...bila nak ambik ais krim tu tak lepas2. Tengokla batang panjang tu...berpusing2 dibuatnyer, cayalah sambil beli ais krim ade pulak hiburan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan