-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-09

Joging dan jalan cepat pulak....

Entry semalam ibu bercerita pasal main badminton, hari ni pulak entry berjoging dan jalan cepat.Sejak hero no 2 masuk sekolah ni memang schedule ibu penuh dengan aktiviti2 yang memang ibu nak buat dan suka iaitu berjoging dan berjalan kaki, 3 kali seminggu aje. Bila dah selesai hantar anak p sekolah balik tu siapkan hal2 rumah dan dalam pkl 9pagi ibu start berjoging dan jalan cepat, sehingga 10pagi.



Inile kawasan tempat ibu beriadah. Nama tempat tu Juto Furei Park. Kawasannyer luas sangat. Berbasikal aje dari rumah dalam 10 minit. Di sini memang banyak kawasan2 beriadah..pilih aje kawasan mana yang kita nak..memang dekat2....memang orang2 disini pun rajin beriadah, yang tua paling ramai. Sebab tu orang2 jepun ni sihat2 belaka.




1) Ini gambar track tempat joging ibu tu.
2) Yang bangunan besar tu tempat swimming dan gym. Kalau nak pegi swim caj seorang 400 yen (lebih kurang rm12) kalau budak2 free aje. 2 bulan sekali kami anak beranak pegi swimming kat sini le. Tapi tempat gym tu tak pernah ibu masuk lagi.


Masa di Malaysia dulu ibu menghadapi masalah kalestrol tinggi. Memang kawan2 pun rasa macam tak percaya ngenangkan badan tak besar mana tapi kolestrol tinggi. Memang ibu risau sangat dan itu sebenarnyer adalah bahaya!! Kerana itulah disini ibu terpaksa merajinkan diri untuk melakukan exercise. Dengan cara ini sahaja yang mampu menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar kolestrol total dan meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik) yang membantu menyingkirkan LDL (kolestrol jahat), Bukan apa bila kita ada kolestrol tinggi penyakit jantung pun mudah le jadi kawan kita. Itu yang risau....dan baru2 ni ibu ada menerima surat untuk buat check up. Heran jugak tetiba dapat surat macam ni. Kemudian ibu ada bertanyekan pada kawan2 jepun ibu tu depe cakap memang setiap tahun macam tu semua orang diwajibkan untuk buat check up. Nasib murah aje caj yang dikenakan, dalam surat tu mengatakan caj 1,200 yen ( lebih kurang rm36) .Tapi belum set lagi nak pegi bila. Kalau dah cek dan dapat result ibu akan share kemudian nanti.


Sekarang ibu nak share tips2 mengendalikan kolestrol yg dipetik dari laman web kesihatan.

1) Diet - Konsumsi makanan yang rendah lemak dan kolestrol. Misalnye dengan mengkonsumsi susu tanpa lemak dan mengurangkan konsumsi daging. Pilihlah makanan dengan kandungan lemak tak jenuh daripada kandungan lemak jenuh. Minyak yang digunakan untuk menggoreng secara berulang2 dapat meningkatkan kadar kolestrol, maka ada baiknyer kita mengurangkan konsumsi makanan yg digoreng.

2) Konsumsi makanan berserat - Lebih banyak mengkonsumsi makanan berserat seperti gandum,kacang2, sayur2, dan buah2an. Jenis makanan ini dapat menyerap kolestrol yang ada dalam darah dan mengeluarkan dari tubuh.

3) Konsumsi antioksidan - Antioksidan banyak terdapat dalam buah2an seperti jeruk, strawbery, papaya, labu. Mengkonsumsi bawang putih secara teratur juga dapat menurunkan kadar kolestrol.

4) Olahraga - Berolahraga secara teratur sesuai dengan umur dan kemampuan. Jaga agar berat badan kita tetap ideal. Kalau boleh bila bersukan hendaklah melebihi 30 minit ke atas kerana selepas 30 minit barulah kolestrol atau lemak dlm badan mulai pecah. Jalan kaki adalah exercise yg paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Itule serba sedikit yang boleh ibu sharekan ... Semoga kita dapat hidup dengan sihat ...

1 ulasan:

kew_chop berkata...

bestnye kaknor joging, tak sabar nk tunggu anak2 besar leh beristirehat n riadah camni.

Catat Ulasan