Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dapat lagi bersama2 dengan ahli2 keluarga, adik beradik dan sanak saudara ditahun ini meraikan hari yang penuh kegembiraan Hari Raya.
Pengalaman tahun lepas masih lagi segar dalam memori kami dimana masa tu dapat merasa suasana beraya di perantauan. Memang pengalaman yang tak akan kami lupakan sampai bila2.
Kita buat imbasan kejap yer....hehe...tahun pertama di perantauan terpaksa raya sorang2 dengan anak2 jer sebab en asben kerja, dan masuk tahun kedua ibu dapat merasa beraya di embassy, tu pun sebab kebetulan bertembung dengan cuti panjang kalendar jepun ni..tu yang paling BEST!!! Hampir seminggu cuti memang cuti raya sakan time tu!! Kenangan mengulang toilet pada keesokan harinyer...haha...perut meragam tak tau apa yang kami makan masa kat embassy tu!! Paling lawak nak pegi jenjalan sekitar bandar Tokyo terpaksa bawak botol yang berisi air!! Bila perut menjerit laju cari toilet...hehe...
OKla raya tahun ni memanglah sangat seronok sebab dapat berkumpul bersama dengan ahli famili dan sanak saudara, tahun ni turn sebelah en asben. Kami balik beraya di Parit pada malam raya dan hari raya kedua kami balik ke Kuala Kangsar pulak. Tiada persediaan awal dalam memilih tema raya tahun ini. Sampai baju ayah pun cina kedai tak nak layan sebab lewat ngantor!! Nasib baju ibu dan anak2 mak sedara sendiri yang jahitkan!! Nak tak nak terpaksa terima jugak la permintaan dari anak sedara dia ni. Small matter pada orang laki2 dan big matter pada orang yang pesen macam ibu ni yang selalu ngada2 nak pakaian sedondon!!
Inilah famili adik beradik side sebelah en asben, bersama2 dengan mak mertua dan biras2 ( kesemua perempuan).
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-09-20
Raya kami
2010-09-09
Salam Aidilfitri
Dikesempatan ini kami sefamili ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali kami, juga kepada pengunjung2 setia blog ini. Semoga tahun ini akan membawa seribu kenangan manis buat kita semua. Mohon ampun dan maaf andai selama perkenalan ini ada yang menyinggung perasaan atau ada yang terkasar bahasa.
Moga selalu ada dihati
Gema takbir telah dikumandangkan
Minal Aidzin Wal Faidzin
Maaf Zahir Dan Batin
2010-09-06
Pre-Festival Hari Raya
Salam bertemu kembali...Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, dan Syawal pula bakal menghampiri kita..begitu cepat masa berlalu...hari2 yang dah kita lalui berapa banyak dah masa kita habiskan untuk beribadah..cuba kita hitung2 darab bahagi tolak tambah...berapa jam je sehari kita spend kan masa dengan kekasih no 1 kita ALLAH......Marilah sama2 kita muhasabah diri kita ...siapa kita...
Dengan harapan, Ramadhan yang masih berbaki ini marilah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Teruskan amal ibadat hingga ke hujung nyawa...Bulan Ramadhan,bulan tarbiyyah diri...
Berbalik tajuk entry kali ini. Ini satu lagi kisah kami , recreation committe punya aktiviti di syarikat tempat ibu bekerja iaitu Pra Jualan Hari Raya. Sebenarnya aktiviti ini telah berlangsung seingat 3 atau 4 hari sebelum menjelangnya Ramadhan...tapi tak berpeluang nak mengupdate cerita ni..
Ini adalah sebahagian contoh barang2 yang diniagakan oleh kami. Ada biskut raya, pakaian2..kerepek2..dan tak ketinggalan barang2 perhiasan diri dan alat2 solek.2010-08-28
Pergi tak kembali...
Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali....
Alfatihah buat arwah maksu ku NORAIDAH BT PANDAK ZAINUDIN yang telah pergi buat selama-lamanyer pada hari Ahad lepas 22hb Ogos. Dalam usia yang dikira agak muda 40tahun maksu pergi meningglkan orang2 tersayang.....
Maksu adalah adik mak yang bongsu, paling rapat dengan famili. Akhir jumpa pada bulan May lepas masa kenduri anak sedara naik buai dikediaman rumah mak di Siputeh.
Meninggal dikatakan serangan jantung. Rezeki maksu meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah walaupun anak2 masih kecil. Anak2 yang berumur antara 10tahun-14tahun yang tak henti2 membaca ayat2 al-quran masa maksu meninggal. Mak adalah antara kakak yang paling rapat dengan maksu...hingga kehari ni masih bersedih..
2010-08-15
Ahli rekreasi punyer aktiviti...
Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah penawarnya, jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya, sambutlah gerbang ramadhan dengan penuh kesucian hati...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..
Syukran2.....syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, pejam celik hampir nak seminggu kita sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa, semoga tahun ini akan memberi keberkatan buat kita semua yer..hayati kemuliannya dengan penuh keinsafan.
OKla nak share serba sedikit aktiviti ibu sebagai ahli rekreasi di tempat kerja ni, sempena Ramadhan kali ni kami ahli2 rekreasi telah membuat satu aktiviti iaitu memberi free meal kepada para pekerja2. Pada hari pertama puasa baru2 ni bermulalah operasi mengagihkan makanan2 kepada para pekerja didalam tu. Aktiviti ini diadakan setiap minggu sehingga berakhirnya Ramadhan. Maknanya 4 kalilah pekerja2 mendapat makanan percuma ni yer!!
2010-08-08
Otanjoubi Omedetou 08.08.
Hari ni 08 August adalah hari kelahiran sahabat jepun ibu yang sorang ni...
Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Yoko san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....
2010-08-06
Sekitar kisah nun disana....
Bertarikh 10 July lepas en suami ke bumi sakura bersama dengan seorang kawan sekerja. Berada selama 2 minggu disana atas urusan kerja. Sebelum ni tak sempat nak update gambar2 disana, mentelah ade di rumah cuti seminggu ni bolehla nak ngadap pc ni!! Cuti atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan... Ahli2 staff dari satu company yang sama, pelbagai negara @ branch yang turun sekali dalam training lepas.
Big..big..boss. Bergambar bersama company president. Sebelah kanan adalah rakan sekerja ayah yang sama2 dalam bussiness trip ni, Azmani Fairus.
Mat2 saleh dari salah satu branch di company yang sama turut serta dalam training ini.
Dan paling best ayah dapat berjumpa dengan Mr.Ashraf yang sama programme macam kami dulu ( ni yang 2nd programme). Famili dia akan turun kesana hujung tahun ni kalau tak silap...
Boleh dikatakan hari2 ade jer makan2 yang orang2 sana buat untuk ayah dan member sorang tu. Sampai naik segan dengan kebaikan yang dorang buat!! Rasanyer kita pun tak mampu nak ngesahkan benda2 macam ni kalau orang2 sana turun ke sini. Tapi itulah kenyataannyer....cara orang2 jepun melayan orang luar memang sangat2 class!! Sebab itulah hingga kehari ni ibu sangat2 rindu dengan kawan2 disana....huhu..















