Kinkakuji adalah destinasi terakhir yang memisahkan kami 2 famili ni. Petang Ahad (22hb Nov) Yoko san famili balik ke Toyama dengan menaiki keretapi pukul 7.09ptg, manakala ibu sefamili ni pulak masih ada semalam disini untuk bersama2 dengan ex MME staff dan kawan2 yang sedang belajar nihongo ni (yg sama programme macam kami ni).
Tumpang tidur semalam dirumah Athari yang kini bekerja di Murata HQ (MMC). Orang Malaysia jugak... Nasib ada tempat nak tumpang kalau tak jenuh jugak sebab plan asal nak tumpang tidur hostel Azrul (kawan MME) tapi mengikut kata Athari hostel tu tidak dibenarkan untuk orang2 luar tumpang menginap tambahan pulak semuanyer lelaki!!. Jadi Athari ofer rumah dia...tima kasih banyak2 pada Athari!!.
Petang tu janji dengan Athari di Nagaoka Kyo station, singgah rumah dia dulu tumpang mandi dan solat. Malam tu pulak ada buat jamuan makan malam. Kepala incharge Mr.Hayashi (ex MME bahagian produk eng), kini bertukar ke HQ.
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2009-11-30
Makan malam bersama ex MME staff
2009-11-29
Kinkaku-Ji
Destinasi seterusnyer adalah ke Kinkakuji. Kinkakuji ini juga dikenali dengan "Golden Pavilion Temple" dibangunkan pada tahun 1397 sebagai villa bagi seorang shogun. Untuk pengetahuan dinding2nyer adalah diperbuat dari emas.
2009-11-28
Arashyiama
Selepas checkout dari hotel dalam pukul 9.30pagi, kami 2 famili ni menuju ke Arasyiama. Arasyiama adalah salah satu destinasi yang perlu dikunjungi bila menjelang musim Authum ni, ibu pun tak tau apa yang menarik kat sana. Sesampai aje disana kami terus menuju ke salah satu restoran yang dikatakan popular dengan menu "Soba". Restoran ni Yoko san yang book reserved seat seminggu sebelum kami sampai kesini sebab katanyer kalau tak booking alamat memang tak berpeluang la nak merasa soba disitu. Time booking adalah dalam pukul 10.30pg itu aje time yang kosong sebab time2 lain sudah penuh orang booking jugak!!
Ternyata bila sampai aje kat situ tengok orang2 tengah beratur panjang!!..tapi kami 2 famili ni dengan eksen je dah boleh masuk sebab dah booking awal!!..Nasib Yoko san buat reserved seat at least dapat jimatkan masa dan takdelah letih beratur panjang!!..Restoran lain pun sama ramai jugak!! Sedang menikmati soba yang tengah panas ni!!..cuaca sejuk macam ni bila makan benda2 panas beserta dengan green tea memang layan.....
2009-11-26
Menginap di Hotel
Janji dengan Yoko san pukul 6ptg akan jumpa balik di Shin Osaka station, kelam kabut jugak dari USJ rasa macam tak puas je lagi, malam pulak cepat.. pukul 4.45ptg dah gelap!! Dengan orang ramainyer dalam train jangan cakaplah...cuti 3 hari ni memang ramai manusia yang turun ke Kyoto, sebab utama nak tengok mominji. Kyoto adalah negeri yang cantik bila menjelang musim Authum ni.
Kami pekena okonomiyaki dan yaki soba untuk dinner malam tu. Yoko san belanja!!..kedai tu kawan dia yang rekemen katanyer sedap!!
Malam tu kami menginap semalam di Hotel Oks Shin Osaka. Yoko san survey 2 minggu sebelum kami kesini. Boleh dikatakan banyak hotel yang dah full!!..semua dah booking lagi awal dari kami rupanyer. Kebanyakan yang kosong hanye bilik untuk 2 orang aje!! Untuk 4 orang punyer full!!!. Jadi terpaksa booking untuk 2 bilik. Ibu tidur ngan Mifzal dan ayah tidur ngan Ikmal!!...emmm.tak seronok..tak seronok.. Sama jugak ngan Yoko san, dia pun terpaksa booking untuk 2 bilik jugak!!.
Tapi pagi tu dah kurang panas!!..alhamdulillah...
2009-11-25
Universal Studios Japan ( U S J )
Akhirnyer rancangan nak bawak anak2 kesini kesampaian jugak. Inilah kisahnyer pada hari Sabtu lepas kami sefamili pergi bercuti ke Osaka dan Kyoto. Kebetulan cuti hingga hari Isnin jadi ambik peluang bercuti kesini selain dari tu nak jumpa kawan2 sekerja dari Murata Malaysia yg sekarang ni berada di Kyoto ( skrg sedang belajar bahasa jepun selama 6 bulan ) under same programme macam kami ni. Sebenarnyer ibu sefamili pergi bercuti sekali dengan Yoko san family. Pagi Sabtu tu kami naik keretapi sama2, sampai aje kat stesen Osaka kami berpisah haluan sebabnyer diorang tak pergi USJ, diorang pergi ketempat lain. Malam tu kami janji jumpa balik sebab kami menginap di hotel yang sama. Next day tu baru kami jalan sama2...
Apa2 pun jom kita layan gambar2 sekitar USJ ni. Sebelum beli tiket nak masuk kita bergambar dulu kat glob gergasi tu...tapi orang yang ambik gambar tu tak fokus betul2 kat perkataan tu la.....Apa perkataan tu????
Tertipu rupanyer kita2 ye...dalam studio ni pusing2 situ jugak..kalau nengok dalam movie tu macam luas je tempat... padahalnyer????Selamat tinggal USJ...sebelum keluar jumpa pulak signboard ni..date ni sebagai kenangan kami yang dah sampai pada hari tu!














