-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-12-30

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnyer, tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainyer dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas rasanya pada ibu. Rasa macam baru jer sambut kedatangan tahun 2010, pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun. Pejam celik pejam celik perut pun dah semakin membesar...hehe..

Memori 2010....fuhhh kalau nak diceritakan kat sini mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri . Biarlah semua memori lepas kita sematkan aje dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan di masa hadapan.



' Azam ' adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing2.
Pada mereka yang azamnyer dah tercapai.....Congratulation!! Pada yang belum..masih ada peluang lagi...tutup buku lama dan bukak buku baru. Bagi ibu azam tetap sama macam tahun2 yang lepas jugak. Nak jadi yang terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan. Nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2...insyAllah...

Semoga azam2 kalian semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Buang semua penyakit2 hati...akhir kata Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan2. Salam Tahun Baru. Happy blogging!



2010-12-27

Musim makan kenduri

Bila sebut jer bulan Dec atau hujung tahun, rata2 orang dah tau dah..musim ape tu?? salah satunyer emmm..musim hujan/tengkujuh...lepas tu apa lagi yer...nak nunggu bonuih..yihaaa!!! Ada memang pasti ada setiap tahun..cuma bezanyer sikit ngan banyak jer...hehe...emmmm lagi..lagi..musim ape yer?? Musim cuti sekolah dan waktu2 macam ni pasti ramai parents yang dah selesai urusan2 hal2 anak2 dengan baju barunyer..beg sekolahnyer..buku2... Apa lagi?? Emmm musim kawen semestinyer...boleh dikatakan dari mulanyer awal bulan sampai la ni ade jer undangan orang kawen! Baik sedara mara maupun kawan2...tima kasihlah pada yang menjemput dan mintak maap banyak2 kalau ada rumah yang tak sempat nak jenguk....Semoga ikatan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..

Jomla layan gambar2 raja2 sehari ni. Ini antara rumah2 yang sempat kami tandang di bulan Dec ni..

Bertempat di Sungai Galah Tanjung Tualang..


Bertempat di Tronoh..gambar bersama2 dengan famili mak mertua serta sedara mara..

Bertempat di Sri Manjung. Bersama dengan famili Wak An, Makcik Meah dan Makcik Lina.

Pasangan pengantin di Sri Manjung, bersama dalam gambar adalah ibu bapa pengantin lelaki dan Datuk Nizar ( bekas menteri besar Perak) serta isteri.

Makan2 time..sesat sekejap nak nyampai kesini..masing2 terlupa nak bawak plan jalan kesini..

Bertempat di Taman Jutaria Batu Gajah..


Ni gambar dua teruna, sempat lajak ke Lumut mentelah sampai ke Sri Manjung baru2 ni. Plan nak singgah rumah kawan baik ibu si Ida tu, tapi dia takde kat rumah pulak katanyer dah balik kg di Kelantan..takde rezeki nampaknyer nak kesana. Ade rezeki lain masa yer Ida...

2010-12-19

Bila budak kecik merempit...

Vroomm...vroomm...vroomm...istilah budak2 laki2 dengan motor memang sangat2 tepat!!..memang kata orang bila dah masuk alam remaja mesti menggatal nak bermotor. Kekadang budak2 umur 12 tahun pun dah pandai bawak motor kat kawasan2 perumahan..ada sesetengah tu dah pandai cuba2 nak bawak kat jalan2 raya..perasaan yang memberontak bila tengok kawan2 atau pun bila tengok adengan kat kaca tv tu mendorong keinginan nak mencuba. Akhirnya berlakulah kes2 merempit yang akhirnya membawa padah....ish..ish.. mintak simpangler yer pada anak2 kita semua...especially yang ada anak laki2 macam tuan rumah ni..hehe...

Kalau kat Jepun dulu susahnyer nak nampak motor kat atas jalan raya..basikal banyakler...hehe.. tapi kat Malaysia ni terbalik...basikal tu biasenyer atau selalu yang gunakannyer adalah orang2 bangla, myanmar..vietnam...hehe.. tapi kalau motor tu memang berlambak kat jalan raya tu kan..

Jom tengok apa kaitan tajuk entry kali ni....scroll down..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia penangan bila keinginan nak mencuba bawak motor memberontak!!.. Motor yang menggunakan petrol sepenuhnyer seperti motor2 besar yang real2 tu, bertambah2lah budak2 berdua ni semangat nak membawaknyer..especially Ikmal!!

Abangnyer sentiase releks taklah over acting sangat bila dapat merasa bawak motor kecik ni!! Yang sebetulnyer motor ni kepunyaan pakcik yang duk di Bukit Mertajam ni..bila ditunjukknyer kat budak2 hero ni diaorang mulalah mintak nak try bawak!!

Jenuh nak ngontrol badan budak bertuah ni!! Yang pandainyer press bunyi kuat2 vroommm...vroommm...itupun dah abis hati dapat merasa tu!!

Si adik sedang memerhatikan si abangnyer...


Kasihnyer seorang ayah... terpaksa ke atau dipaksa????....hehe


Seronok2 jer ye nak oii..jangan sesekali cuba nak merempit bila dah besar nanti!! Itu yang ibu dan ayah harapkan..semoga anak2 ibu membesar bagai johan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan..Ameen..

2010-12-12

Jenjalan Penang

Alang2 dah sampai kat rumah makcik di Bukit Mertajam masa kenduri tunang anaknyer tu, keesokkan harinyer kami sefamili dan famili makcik ke Penang. Memang bukan plan asal pun nak kesana sebab masa yang suntuk dan hari seninnyer dah nak berkeje balik curi2 masa jer jalan ke Penang bawak budak2 ni. Kalau ambik cuti awal2 bolehlah langkah panjang lagi....tapi memang tak boleh pun ambik cuti hari senin tu sebabnyer ayah dah nak ke Shah Alam atas urusan keje pulak. Kesian ayah terpaksa memandu jauh lagi....


Lihatlah pemandangan yang sangat cantik dan tenang, suasana dilaut ketika kami diatas feri nak menuju ke Penang. Anak2 teruja dapat naik feri buat kali pertamanyer...macam2 soalan yang keluar dari mulut Ikmal. Tak terjawab nak menjawabnyer..


Bersama dengan mak, makcik serta adik2 sepupu diatas feri.


Anak2 teruna ibu yang sangat teruja ketika berada diatas feri! Especially si adik yang sangat2 kecoh dan bising..



2010-12-05

Majlis Bertunang

Pejam celik..pejam celik dah nak masuk hujung tahun..kejap jer masa berlalu 2010 dah nak tinggalkan kita..begitulah jugak selangkah lagi menjangkaunyer umur masing2..
Perut semakin membesar..alhamdulillah dah nak masuk 24 minggu dah..baru2 ni checkup baby sihat dan dah nampak jantinanyer....sebetulnyer masa kandungan masuk 3 bulan dulu doktor kata dah nampak...jeng..jeng..jeng...nampaknyer ibu boleh tubuhkan grup KRU!!! Rezeki nampak ke boy jugak kali ni...tapi ibu tetap syukur sebab hajat yang utama ialah memang nak nambah ahli keluarga...tak kirala apa yang Allah bagi...syukur tetap syukur..

OKlah berbalik kita ke tajuk entry kali ni..20hb Nov lepas ibu dan famili ke Bukit Mertajam untuk meraikan sepupu sorang ni bertunang..nama tuan badan Farahidayu..
Dah lama sesangat tak kerumah makcik di Bukit Mertajam ni...sesekali pergi teringat zaman remaja2 dulu ade kesini dengan kawan baik ibu..si Zulita tu...

Bersama dengan Ayu, selamat dah sarung cincin bertunang..khabarnyer dengan orang selatan nun...Johor.

Ini antara barang2 hantaran dari pihak perempuan.

Rombongan dari pihak lelaki sedang berbincang dengan pihak famili perempuan.

Antara menu2 yang menjadi hidangan pada majlis hari tu..

Adikku bersama dengan Ayu..