-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-08-28

Pergi tak kembali...

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali....
Alfatihah buat arwah maksu ku NORAIDAH BT PANDAK ZAINUDIN yang telah pergi buat selama-lamanyer pada hari Ahad lepas 22hb Ogos. Dalam usia yang dikira agak muda 40tahun maksu pergi meningglkan orang2 tersayang.....


Maksu adalah adik mak yang bongsu, paling rapat dengan famili. Akhir jumpa pada bulan May lepas masa kenduri anak sedara naik buai dikediaman rumah mak di Siputeh.
Meninggal dikatakan serangan jantung. Rezeki maksu meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah walaupun anak2 masih kecil. Anak2 yang berumur antara 10tahun-14tahun yang tak henti2 membaca ayat2 al-quran masa maksu meninggal. Mak adalah antara kakak yang paling rapat dengan maksu...hingga kehari ni masih bersedih..

Al-fatihah buat maksu...semoga rohnya dicucuri rahmat....AMIN


2010-08-15

Ahli rekreasi punyer aktiviti...

Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah penawarnya, jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya, sambutlah gerbang ramadhan dengan penuh kesucian hati...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..



Syukran2.....syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, pejam celik hampir nak seminggu kita sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa, semoga tahun ini akan memberi keberkatan buat kita semua yer..hayati kemuliannya dengan penuh keinsafan.

OKla nak share serba sedikit aktiviti ibu sebagai ahli rekreasi di tempat kerja ni, sempena Ramadhan kali ni kami ahli2 rekreasi telah membuat satu aktiviti iaitu memberi free meal kepada para pekerja2. Pada hari pertama puasa baru2 ni bermulalah operasi mengagihkan makanan2 kepada para pekerja didalam tu. Aktiviti ini diadakan setiap minggu sehingga berakhirnya Ramadhan. Maknanya 4 kalilah pekerja2 mendapat makanan percuma ni yer!!

Menu untuk minggu pertama ni adalah nasi ayam. Ini sebahagian dari rakan staff yang bertungkus lumus paking mempaking ratusan nasi ayam!!



Big lady yang mengincharge untuk aktiviti ini. Paling awal turun untuk membantu pihak cafeteria untuk menyiapkan bungkusan nasi ayam. Risau katanyer takut tak cukup masa dan takut lauk tak cukup!!..Untuk minggu pertama ni kami memilih pihak cafeteria didalam syarikat jer untuk membuat menu ni, next kena ikut kata survey samada nak mencuba katering luar pulak!!

Hampir siap mempaking, bergambar dengan sebahagian rakan2 staff yang bersama2 dalam committe ini. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan pada hari itu!!

2010-08-08

Otanjoubi Omedetou 08.08.

Hari ni 08 August adalah hari kelahiran sahabat jepun ibu yang sorang ni...

Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Yoko san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....

Friend Forever....




Hopufully one day we can meet again, Kondo zehi Malaysia ni kitte kudasai...


2010-08-06

Sekitar kisah nun disana....

Bertarikh 10 July lepas en suami ke bumi sakura bersama dengan seorang kawan sekerja. Berada selama 2 minggu disana atas urusan kerja. Sebelum ni tak sempat nak update gambar2 disana, mentelah ade di rumah cuti seminggu ni bolehla nak ngadap pc ni!! Cuti atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan...

Ahli2 staff dari satu company yang sama, pelbagai negara @ branch yang turun sekali dalam training lepas.

Big..big..boss. Bergambar bersama company president. Sebelah kanan adalah rakan sekerja ayah yang sama2 dalam bussiness trip ni, Azmani Fairus.

Mat2 saleh dari salah satu branch di company yang sama turut serta dalam training ini.

Dan paling best ayah dapat berjumpa dengan Mr.Ashraf yang sama programme macam kami dulu ( ni yang 2nd programme). Famili dia akan turun kesana hujung tahun ni kalau tak silap...

Boleh dikatakan hari2 ade jer makan2 yang orang2 sana buat untuk ayah dan member sorang tu. Sampai naik segan dengan kebaikan yang dorang buat!! Rasanyer kita pun tak mampu nak ngesahkan benda2 macam ni kalau orang2 sana turun ke sini. Tapi itulah kenyataannyer....cara orang2 jepun melayan orang luar memang sangat2 class!! Sebab itulah hingga kehari ni ibu sangat2 rindu dengan kawan2 disana....huhu..

2010-08-04

Cerita-ceriti potong kek

Tahun ni Mifzal dapat dua biji kek sempena hari kelahirannyer baru2 ni. Satu dari maksunyer dan satu lagi dari ibu dan ayahnyer.. Yang dari maksunyer kitaorang potong awal sehari dari tarikh sebenar besday tu sebab masa tu hari Jumaat (hari sekolah,kerja) so senang semua sekali ade kat rumah mak..

Kek coklat yang maksunyer tempah dari kawan satu tempat kerja. Memang sedap dan best!! Terima kasih Imah, ingat kat anak sedara sulungnyer tu.

Inilah dia cucu2 mak!! Semua ade sekali dalam rumah tu..yang si kecik tak tau apa pun leboh sekali dengan toknyer! Anak2 ni kalau ada kek jer pun dah suka sangat..kalau kita buat party lagiler bertambah suka ye tak..tapi sorylah sayang ibu tak larat nak mengelolakan party2 ni..insyAllah ade rezeki lain tahun kita buat.

1..2..3..tiup!!!! Suka tengok muka budak yang paling kecik tu dengan penuh penghayatan tengok abang2 sedaranyer tiup lilin.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ini pulak kek yang kedua dari ibu dan ayahnyer. Hari potong kek tu kami balik ke rumah mak mertua, kebetulan ramai yang balik pada hari Sabtu lepas.

Seawal pukul 8.30am dah start memotongnyer..hehe..merangkap sekali dengan breakfast!! Mandi pun belum lagi tu..

Nampak muncung ayahnyer yang lebih tu!!..last year sambut kat Jepun 4 beranak jer...huhu..ni dah balik kampung terasa ler seronok sikit anak2..

Selepas aktiviti potong2 kek kami serbu rumah adik ipar yang duk kat Tronoh pulak, katanyer ade buat makan2 mee rebus!!..peberet anak2..

2010-08-01

Birthday Boy

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan anakku Nizarul Mifzal Amin...Allah selamatkan kamu....

Syukran..syukran..bertarikh 31hb July genaplah sudah umur anak sulungku yang ke-9 tahun. Pejam celik..pejam celik..dah besar panjang dah...dah nak sama paras kat bahu ibu dia..
Harapan ibu semoga Mifzal menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan akhirat, jadi contoh yang baik pada adik2, taat pada Allah, ayah dan ibu dan membesar bagai JOHAN!!!