-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-05-30

Happy 11th Wedding Anniversary

Semalam tanggal 28hb May 2010 genaplah sudah umur perkahwinan kami yang ke 11 tahun. Tak terasa, dah 11 tahun rupanya usia pernikahan kami ... alhamdulillah ... moga hidup kami sejahtera, harmoni, berjaya di dunia + akhirat ... dimurahkan rezeki yg baik + halal. Syukur alhamdulillah dalam usia ini dah rasa manis, pahit, payau, pedas, masam, masin dan sebagainya. Bagi ibu, itulah rempah ratus perkahwinan. Dan juga kehadiran dua orang hero2 ibu menjadi pelengkap dalam rumahtangga kami. Moga ada diberi rezeki olehNYA untuk menambah zuriat lagi..Ameen..

Macam tak percaya langsung. Aik? Sudah 11 tahun? Apasal rasa macam baru 10 minit nikah? HAHA.

Aku terima nikahnya.
Okay SAH.
Bagi mas kawin.
Sarung gelang. ( hari tu dpt gelang..)
Kucup dahi.
Yeay, kahwin!

Sungguh cepat masa berlalu.


Terima kasih abang kerna hingga ke hari ini masih menyayangi diri ini. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat...

2010-05-27

Walau jauh terasa dekat

Sejak kebelakangan ni kesihatan ibu tak berapa baik, mungkin keadaan cuaca yang tak menentu dan panas sangat kot..demam, batuk, sakit perut semuanyer datang..tak tauler kenapa. Ayah pun sama jugak, tahap kesihatan dia pun tak berapa sangat kalau dibandingkan dengan dulu. Maklumla exercise dah tak buat..hari2 balik kerja lambat..hampir pukul 10pm baru sampai rumah makan pun lambat..peh tu terus tidor!!. Aduhhh rindunya dengan kehidupan dulu2...


Berbalik kepada tajuk diatas, memang sebelum balik ke sini plan untuk tidak melupakan bahasa jepun kami merancang untuk berkomunikasi dengan kawan2 nihonjin dengan menggunakan sistem teknologi canggih sekarang iaitu SKYPE. Yang pentingnyer untuk anak2..sayang sangat2 kalau dorang lupa terus sebab basic tu dah ade..tapi yang frust sikit tu bebudak berdua tu malu la pulak nak bercakap dengan kawan2 sana...jenuh suruh dorang cakap..sepatah yang ditanya sepatah la dijawab!! Rindu sangat nak dengar anak2 berceloteh bahasa jepun macam dulu2...dengan gaya spontan tu!! Kalau dulu masa kat sana bila ibu cakap bahasa melayu dorang marah..katanyer malu kalau kawan2 jepun dengar ibu cakap entah apa2....tapi sekarang bila dah ada kat sini dorang marah pulak kalau cakap bahasa jepun..katanyer malu cakap sebab semua orang cakap bahasa melayu....memang banyak songeh budak2 berdua tu tau!!.

Buat masa ni dua minggu sekali ibu dan kawan2 sana berhubung dengan SKYPE. Dapat tengok muka dorang sekali guna webcam. Dapat jugak dengar berita dari sana...

Sempat snap gambar dorang masa berwebcam. Tapi lupa nak snap masa kawan2 Mifzal tengah bersembang..kalau tak mesti budak2 berdua tu suka tengok ada muka kawan2 jepun dorang.

Selain daripada tu ade jugak bukak2 website sekolah anak2 kat jepun dulu. Sajer jer nak tengok apa2 aktiviti2 sekolah buat. Yang terbaru ni kata Sachiyo ada buat pertandingan lari berganti2. Katanyer kalau dulu Mifzal la yang selalu disebut2 sebab lari lajunyer tu...tapi sekarang tinggal kenangan kat sekolah tu.

Gambar yang diambil dari website sekolah Yanagimachi Elementary School. Kelihatan kawan rapat Mifzal, Sakulai-kun dan Fujita-kun. Memang ngam dengan budak berdua ni. Tapi gambar Arata-kun takde la pulak..


Dan ini pulak swimming pool baru yang tak sempat anak2 ibu guna. Khabarnya akan digunakan tak lama lagi..

2010-05-20

Mengimbas kisah di Kanazawa Port

Hari ni genap dua bulan meninggalkan negara matahari terbit, rasa begitu cepat masa berlalu..kadang2 tetiba jer rasa shahdu dan rindu sangat2 dengan kehidupan disana...bila tengok gambar2 kenangan disana sedih la pulak...sebabnya rasa macam mustahil jer dapat turun lagi kesana.
Tapi hingga kehari ni kawan2 jepun tu masih lagi berhubung menggunakan SKYPE. Habis satu rumah diorang dapat tengok guna web cam. Sampai pokok mempelam depan rumah pun kami tunjuk..hehe..habis hati kawan2 nihonjin tu....katanyer meriahnyer buah2 mempelam tu tengah menjadi. Katanya kalau kat sana sebiji pun 98yen (rm3++)..hehe


Mengimbas kenangan ketika bersama2 dengan adik2 di Toyama, suasana berada di port Kanazawa dua minggu sebelum kami balik. Adik2 yang bersama2 balik pada hujung Mac lepas. Sesi penghantaran barang2 persendirian dan kereta2 masing2 di port itu.

Pada masa ni ayah tak dapat join bersama2 sebab pada hari itu adalah hari last day bekerja di syarikat sana jadinya terpaksalah ibu yang handle sendiri2 bersama dengan adik2 yang lain. Nasib ada adik2 yang sudi bersama mambantu mana2 yang tak tau..kalian tetap dirindui..


Bila lagi dapat berjumpa dengan kalian?? Angin yang kuat di kawasan port tu menyebabkan tudung yang kami pakai pun senget benget...hehe...rindu dengan adik2 semua!!!


Tengokla canggih manggih kereta adik2 semua tu!!


2010-05-12

Kek Hari Ibu

Terima kasih pada en.hubby yang berusaha jugak untuk carikan sebijik kek sempena hari ibu Ahad lepas. Walaupun pada awalnya rasa macam takde orang pun nak kisahkan tapi tak sangka muncung punya hal... malam tu terus ada orang ingat nak belikan kek...


Bila dah tua2 ni rasa macam nak ade orang ingatkan tarikh2 tertentu ni... Ada tak orang2 lain rasa macam ni??? Ke tuan empunya diri ni jer yang rasa macam tu...sensetip sesangat...hehe
Thank you so much to my lovely hubby.. ( jangan le pulak sebab terpaksa nengokkan muncung cencurut ni yer...)


Ahad lepas memang tak dapat nak kemana2 pun..bahagian dapur rumah tengah ada operasi sikit, operasi apa tu???? Apa lagi kalau bukan nak nambah kasi luas sikit daaa...tu pun ada 70% lagi kerja2 yang tak siap!! Seharian memang mengisahkan rumah yang penuh dengan habuk2 simen dan barang2 yang tonggang langgang tu... ikutkan memang sakit mata nengok kawasan2 dalam rumah ni tapi sabar jerla sehingga kerja2 semua tu selesai..


Hari ni pulak start peperiksaan pertengahan tahun bagi anak2 ibu. Try your best both of you!! Buat yang terbaik dan ibu tak nak terlalu memaksa anak2 untuk mendapat keputusan yang baik, ibu faham anak2 baru jer sebulan memasuki alam persekolah disini. Tapi kalau dapat keputusan baik dari kawan2 yang sedia ada dalam tu alhamdulillah....ibu tau tahap kemampuan anak2 ibu.. Doa dan harapan ibu semoga kedua anak2 ibu dapat buat yang terbaik dan jangan cuai!!.
Kepada kawan2 diluar sana yang belum join online programme Score A untuk anak2 jomla ramai2 join...sangat bagus untuk pembelajaran anak2...insyAllah..sama2lah kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita..




2010-05-09

Selamat Hari Ibu - Happy Mothers Day

Selamat Hari Ibu sedunia!!! buat warga ibu2..mak2..mama2..umi2..mammy2..okasan2.. diluar sana, semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang ibu yang sempurna... Kalau ibu kita masih hidup, hargailah pergorbanan mereka dan jika sudah tiada, doakanlah semoga roh mereka dicucuri rahmat..

Istimewa buat mak, Latipah Bt Pandak Zainudin dan mak mertuaku Zahuriah Bt Ismail.
semoga kasih sayang ini akan selamanya bersemi, jika ada kesalahan diri ini ampun kan dosa anak mu ini ku tahu bagaimana kesusahan menjaga kami selama ini…..KAMI SAYANG MAK ..I LOVE U MOM..




2010-05-04

Majlis naik buai

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia rumah ni. (ade ke..????) Hampir seminggu lebih tak keudara, jangan kenanglah gian nak menulis tu memang melonjak2. Setelah kembali kealam bekerja ni masa tu teramatlah kurangnya. Kepada kawan2 maaplah lama tak menyinggah rumah, tu pun nasib rumah sendiri tak bersawang lagi..hehe.. InsyaAllah dah releks2 nanti bolehla bertandang yer..

Nak kongsi cerita pada hari Sabtu lepas telah diadakan majlis naik buai anak sedara, Nur Khalisha Balqis yang berlangsung dikediaman rumah mak. Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran makcik2 marhaban, sedara mara dan jiran2 terdekat. Tak lupa jugak kawan2..terima kasih pada yang hadir.

Lena diulik intan baby Qis dalam buaian sambil makcik2 mendengdangkan lagu2 marhaban. Jangan si abangnya yang umur setahun 4 bulan tu, dengar je lagu2 marhaban ni kemain ngenjut menari!! Pantang dengar muzik semua dibantainya ngenjut.

Inilah baby Qis bersama ibunya yang agak terlewat sikit naik buai..hehe..umur dah nak masuk 4 bulan tu....

Makan-makan time!! Sangat berpuas hati dengan kehadiran tetamu2..bab masak2 semua belah keluarga adik ipar yang uruskan. Diorang pakat gotong royong masak dan hantar kesini.


Kak Azah and famili..

Teman baik ibu..Ida and famili..


Kepada kawan2 yang tak dapat undangan..mintak maap sangat2 bukan disengajakan.... Harap dapat memahami situasi ini yer..