-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-31

Bye-Bye 2009.....Welcome 2010.....

Lagi beberapa minit (waktu Jepun) akan melangkah ke tahun baru 2010..begitu cepat masa berlalu dan rasa tak percaya meningkat lagi setahun umur kita ye...
Apapun tahun 2009 banyak membawa kenangan buat kami sekeluarga nak pulak hidup merantau dinegara orang banyak pengalaman yang kami dapat disini...banyak yang manis la dari yang pahit...hehe...

Apapun tahun 2009 akan meninggalkan kita beberapa minti aje lagi ni....(skrg dah pukul 11.40pm waktu di Jepun). Pada sapa2 yang masih lagi tak tercapai hajat atau azam tahun lepas yang tak dapat ditunaikan tu jangan berputus asa ....tahun 2010 masih ade lagi...semoga tahun baru ini akan membawa kejayaan dan keberkatan hidup buat kita semua..

Apa azam baru???? Ni yang best nak sembang pasal azam tahun baru ni...
Nak tambah sorang lagi laaa......jenuh la tunggu tahun 2009 tak mau2nyer jadi..harap tahun 2010 dapat la sorang lagi....doa2kanlah yer....Mungkin tak nak jadi made in Japan kot..dia nak jadi made in Malaysia agaknyer....hehe....Ameen

OK buat warga2 Malaysia yang duk di Jepun JOM kita count down.....lagi 10 minit!!!!!!

HAPPY NEW YEAR KEPADA SEMUA KELUARGA, SANAK SAUDARA DAN KENKAWAN TIDAK KIRA DIMANA JUA BERADA..

SAYANG SEMUA......




Dibawah ni kad dari Emi...domo arigatou...


2009-12-30

Beriani Kashmir lagi....

Lepas balik dari bermain ski Isnin lepas kami pekena beriani Kashmir lagi ( tapi entry untuk main ski tu belum terbit lagi..kita lompat kisah makan2 dulu... TUNGGU YER....) kali ni pegi bawak kenkawan berempat tu. Dah plan awal lagi kalau dorang datang memang nak bawak datang sini sekurang2nyer adele lebih kurang rasa macam makanan Malaysia. Tapi agak kuciwa sebanyer mutton beriani yelek!! yang ade chicken beriani je.....tu yang rasa agak frust sikit!!

Ngape tetiba pulak ramai yang join makan bersama ni yer????? Alkisahnyer kami mintak bantuan dari Faiz (student sini) jadi drebar untuk satu hari tolong bawakkan 2 orang lagi kenkawan kami tu sebabnyer kalau semua naik satu kete mana muat daa... secara tak langsung dapat jugak kenkawan tu berkenal2an dengan student2 sini!! Bila dah ramai2 makan dalam kelompok tu rasa dah macam makan kat Malaysia je.....seronok..seronok..seronok..
Kebetulan ada lagi student2 lain yang join bersama main kat skijo tu, jadi lepas balik dari skijo semua serbu ke Kashmir...perut dah keroncong mintak diisi la!!


TUNGGU YER KISAH DI SKIJO NANTI...........

Light Up

Ini adalah aktiviti sebelum makan sushi semalam, tak tau nak bawak kawan2 tu ke mana malam tu, so saje2 je jalan tengok light up di Canal Park berdekatan dengan Toyama Station.

Bridge disinari dengan cahaya lampu...sangat cantik ketika ini...


Nie lagi satu gambar bridge..cantik kan..

Kami semua tak boleh tahan dengan kesejukan malam tu...masing2 tak boleh control, so jawabnyer datang semata2 ambik gambar then terus pergi makan sushi!!

Ni pulak gambar hari ni, nak jadi kebetulan nampak light up ni masa di stesen Toyama. Bawak kawan2 pergi bershoping dengan menaiki bas...huhu...turun aje dari bas terus nampak light up ni!! apa lagi sibuk nak bergambar...

Gambar anak teruna kami...dibelakangi sinar lampu yang berkelipan..

With one famili...

Sangat cantik lampu2 tu...tapi kualiti gambar yang buat spoiled!! Ni sebab Vignes ngan Ho tak bawak kamera gedebak dorang la ni..kalau tak dah dapat gambo lawa ngan lampu2 yang terang benderang tu!! Harap pakai kamera kecik orang tu aje le....huhu.. (terasanyer hati ini...huhu...)

Jangan marah yer Azrul dan anak2 ibu...gambar hanyer nampak pada cahaya2 lampu je...orangnyer dah tenggelam daa!!...sorrryyy...

2009-12-28

KuRa Sushi

Malam semalam bawak 4 sekawan tu pekena dengan Toyama punyer sushi. Bagi Ho dengan Eric memang takde masalah dengan makanan Jepun ni cuma nak bagi Azrul dengan Vignes cuba sebab dorang berdua ni masih belum dapat nak menikmati betul2 yang sesungguhnyer sushi ni memang sodap!!.Dorang takut tekak tak boleh terima, so malam tu kita kasi ajar sikit mamat berdua tu makan Toyama punyer sushi!

Dengan rasa tak percaya rupanyer tekak mamat berdua tu boleh terima makanan ni!!...hehehe...katanyer sedapppp!!..Tula belum cuba belum tau..bila dah cuba kan sedap! Rugila kalau duduk Jepun tak pandai makan sushi betul tak? Dan sesungguhnyer sushi disini memang sedap.



Kalau tak caya tengok muncung mamat kecik ni..kan panjang je muncung tu!! Itu tandanyer sedap bebenor la tu!!. Takyah susah2 makan dengan chopstik belasah dengan tangan je...ishhh..isshhh..

Dengan penuh keasyikan menunggu sushi pilihan hati!!..

Alhamdulillah perut kenyang sangat malam tu!!..mana taknyer..makan tengahari pukul 4ptg....pukul 9mlm pekena dengan sushi...
Tetamu pulak yang belanja makan untuk kami sefamili malam tu...memang tak patut betul!! jenuh berjawab2 patut tuan rumah la yang support makan dah la datang dari jauh ni dorang yang nak bayarkan semuanyer....
Tima kasih daun keladi nanti boleh belanja kami lagi...hikhik...

Kawan dari Murata Malaysia

Hari ni kawan2 satu tempat kerja dari Murata Malaysia datang kerumah. Bukanlah datang dari Malaysia semata2 nak berkunjung kesini tapi diorang ni sedang belajar nihongo (bahasa jepun) di Kyoto. Sampai di Toyama pagi tadi pukul 7.00am naik bas. Datang ke Jepun atas programme yang sama macam kami jugak. Hari Jumaat adalah hari last kerja/sekolah, sekarang disini tengah cuti (fuyu yasumi) iaitu cuti musim sejuk lebih kurang 2 minggu. Jadi empat sekawan ni datang bercuti ke Toyama hingga 30hb ni..tujuan utama nak merasa main ski!! dan tujuan kedua nak memborong baju2 sejuk disini..hehe...

Hari ni bawak dorang bershoping2 kat area2 Toyama dan memang dorang terkejut dengan harga2 yang dijual disini katanyer memang jauh berbeza dengan Kyoto!!..
Azrul siap borong sakan lagi baju2 sejuk untuk wife dengan anak2 dia yang akan turun ke Jepun bulan April depan..katanyer memang tak pernah jumpa harga semurah macam yang dijual disini..

Bergambar sebelum nak makan tengahari...nama je makan tengahari tapi start makan hampir pukul 4 petang..sakan pergi bershoping!!..ibu ngan anak2 tak pergi.. tinggal kat rumah je sebab tak muat kete...huhu..
Bersama didalam gambar : Azrul, Ho, Vignes dan Eric. Bulan April nanti masing2 akan start bekerja. Azrul di Yasu, Ho di Yokaichi , Vignes dan Eric di Tome.
Azrul je yang bawak wife ngan anak2 bulan April nanti, yang lain2 tu single mingle lagi.....




2009-12-25

Lagi kisah yuki...

Start dari hari Selasa lepas cuaca dah bertambah cerah..dah nampak matahari hingga ke hari ini. Tengok atap2 rumah jiran dan kat tepi2 jalan dah banyak salji yang cair dan laluan untuk penunggang2 basikal dan penjalan kaki dah kembali clear!..huhhh..betapa pentingnyer laluan tu..mana taknyer hari2 nak ke kedai kena ngayuh basikal kalau idak jenuh le teman nak jalan kaki ke supermarket tu!! Idak ke jenuh nak bawak barang2 kalau jalan kaki!..Dan yang penting anak2 nak kesekolah pun tak susah...

Saje nak share gambar2 kat bawah ni masa hari ke3 yuki turun iaitu pada Sabtu lepas (19 Dec) Masa ni memang tengah lebat sangat2..Aktiviti bawah rumah je ni..kat paking kerete.

Inilah yang dikatakan budak2...tersangat suka main salji especially si adik. Memang tak makan saman.

Sodok jangan tak sodok..!!..kalau tak disodok habis tempat parking tu penuh dilitupi salji!

Satu famili main sodok2 ais..rasa macam pelik pulak kalau sodok ais ni..selalu kalau kita kat Malaysia tengok orang sodok tanah!!..Itula 2 dunia yang berbeza!

Bersama makcik yang duk sebelah rumah. Selalu duk intai atap rumah dia la yang nampak salji2 tebal tu. Dia pun cakap kali ni salji yang turun agak melampau banyaknyer..hehe..

Tara....ni dia kerete makcik tu!!.Dah hampir menyamai paras dengan tingkap kereta! Dia tak susahla macam kitaorang nak sodok2 ni ..sebabnyer kat parking kete dia tu ada buat satu saluran air untuk mencairkan ais2 tu..

Hasil kerja dari seorang ayah mithali..hehe...salji2 tu disodok dan diletakkan disatu sudut supaya membentuk seperti bukit kecil..tujuan untuk memudahkan anak2 main sori. Tak ke lebor je senyum 2 orang anak teruna tu!.

Yeah!!!..ayah berjaya buat bukit kecik!!..hehe...


Posing sikit...

Terpaksa tinggalkan sementara aktiviti sodok2 tu..kami nak pergi supermarket yang berhampiran tu kejap..nak beli barang2 sebab malam tu kan ada buat makan2.. (dah masuk dalam entry lepas..) bergambar kat laluan nak melintas jalan..

Inilah dia budak tak makan saman, peminat ais no satu!!..pantang nampak mesti nyinggah kaup!!


Home-Made Chocolate

Semalam masa tengok resepi homemade chocolate ni rasa macam teringin nak cuba. Nak pulak tengok bahan2 tak susah sangat. Intai dari rumah K.Hanieliza (chef terkenal kita tu..) Kat dalam rumah ni start dari bapak sampai ke anak memang peminat chocolate!!..



HOME-MADE CHOCOLATE

Bahan :
300 gm cooking coklat
50 gm cocoa butter
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]

Acuan coklat

Cara-Cara :
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan.
5. Keluarkan dari acuan (tekan ditengah belakang acuan seperti keluarkan air batu)
6. Hidangkan.



2009-12-24

Projek poskad (年賀状, nengajo)

Akhir Disember dan awal January adalah waktu paling sibuk untuk pejabat pos Jepun. Orang Jepun mempunyai kebiasaan menghantar kad "Hari Tahun Baru" (nengajo) untuk kawan2 dan kaum famili. Walaupun sudah dipos pertengahan Disember tetapi posmen hanyer menghantar serentak pada tarikh 1hb January sahaja.

Inilah projek ibu dan ayah semalam...ambik peluang sebab semalam adalah hari cuti. Tak tau apa pulak nama cuti tu!!...sebetulnyer semalam adalah hari kerja tapi kebetulan ibu sakit tekak konon nak bawak pegi klinik tak perasan pulak cuti jadi klinik semua tutup!!...jadi ibu plan ajak buat poskad untuk dihantar kepada kawan2 sepejabat ayah dan kawan2 yang lain..sehari suntuk ngesahkan benda ni!! mula2 beli poskad rupanyer bukan khas untuk yang print gambar jadi bila print langsung tak cantik blurrr!! Nasib kedai kombini tu bagi tukar..lega sangat2!!

Last year kami ada terima banyak poskad tapi satu pun kami tak balas!!...semua berpunca dari sikap suka tangguh menangguh..at last langsung tak berbalas.
Pada adatnyer setiap kad yang diterima sepatutnyer perlu dibalas dengan maksud menghargai pemberian dari orang yang menghantar poskad tu.

Inilah hasil deco mendeco poskad semalam..buat biase2 je taknak nampak crowded dengan corak2 lain sebab orang2 jepun bukan suka yang colourful2 sangat.
Terjemahan kad : Tajuk title ( Happy New Year)
Dibawah title tu ( Saya mengharapkan semoga tahun baru adalah tahun

yang terbaik untuk kita semua.

Contoh belakang poskad.


2009-12-22

Business Trip ke Nagano

Pagi Jumaat yang lepas ayah ke Nagano atas urusan kerja dia. Pergi bersama dengan 3 orang staff nihonjin (org jepun). Seawal 6.30pg dah bertolak dari rumah sebab takut sangkut kat jalan raya disebabkan salji yang turun tanpa henti bermula dari hari Khamis lepas. Parking kete kat tempat keje kemudian naik kete syarikat bersama dengan staff nihonjin tu.
Perjalanan nak menuju ke Nagano. Dari Toyama mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan...fuhhhh jauh jugak tu ye...dalam keadaan sejuk macam ni mesti asyik nak berenti cari toilet je ye...macam kat Malaysia bolehle nak cari petrol pump Petronas ke..Shell ke.. kalau kat sini kene le cari kombini store...hehe, kalau petrol pump tu tujuan nak isi minyak je le....

Tujuan ke Nagano adalah ditugaskan buat audit dan buat presentation kepada supplier untuk improvekan metal cap. (salah satu part untuk membuat chips resonator). Dengar citernyer hampir 6 bulan ayah buat analisis dan experiment untuk menukarkan design part tersebut. Setelah 6 bulan buat kajian barulah dapat membuktikan bahawa design part tersebut perlu ditukar untuk improvekan kualiti produk.

OK dah sampai destinasinyer...takde le pulak teruk saljinyer yer..kalau kat Toyama jangan kenanglah tebalnyer!!


Lunch di salah satu restoran yang berdekatan..inilah staff yang bersama2 dalam business trip ni(Dari kiri, Hayashi-san, Kawada-san, Matae-san)


Sebelum nak balik ke Toyama ada pulak habuan untuk ayah, nie ha.. sekotak buah epal !!..gemuk2 dan bulat2..

Senbei (makanan ringan jepun yang dibuat dari tepung beras atau tepung bijirin) buah tangan dari ayah untuk ibu dan anak2. Kami anak beranak memang dah suka sangat makan senbei ni!! Boleh didapati dalam berbagai bentuk, ade bentuk bulat, lonjong, empat segi, atau empat segi yang panjang!



Perjalanan nak balik ke Toyama yang sepatutnyer mangambil masa 3 1/2jam bertukar menjadi 7jam disebabkan salji yang turun tanpa henti dan terpaksa memandu dengan perlahan takut jalan licin. Keluar dari Nagano pada pukul 5ptg.
Sesampai ditempat keje (nak ambik kete) lebih kurang pukul 11.30malam...apa yang terjadi pada kerete yang parking pagi tadi??????






*******************************************************







Tu dia....kerete dah diselubungi dengan salji tebal!! satu hal pulak nak ngesahkan dia!!..sepatutnyer hari ni ayah ada annual dinner dengan section dia..tapi tak dapat nak join sebab sampai pun dah lewat!!. Sampai rumah lebih kurang pukul 12mlm lebih...