-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-11-30

Makan malam bersama ex MME staff

Kinkakuji adalah destinasi terakhir yang memisahkan kami 2 famili ni. Petang Ahad (22hb Nov) Yoko san famili balik ke Toyama dengan menaiki keretapi pukul 7.09ptg, manakala ibu sefamili ni pulak masih ada semalam disini untuk bersama2 dengan ex MME staff dan kawan2 yang sedang belajar nihongo ni (yg sama programme macam kami ni).

Tumpang tidur semalam dirumah Athari yang kini bekerja di Murata HQ (MMC). Orang Malaysia jugak... Nasib ada tempat nak tumpang kalau tak jenuh jugak sebab plan asal nak tumpang tidur hostel Azrul (kawan MME) tapi mengikut kata Athari hostel tu tidak dibenarkan untuk orang2 luar tumpang menginap tambahan pulak semuanyer lelaki!!. Jadi Athari ofer rumah dia...tima kasih banyak2 pada Athari!!.

Petang tu janji dengan Athari di Nagaoka Kyo station, singgah rumah dia dulu tumpang mandi dan solat. Malam tu pulak ada buat jamuan makan malam. Kepala incharge Mr.Hayashi (ex MME bahagian produk eng), kini bertukar ke HQ.

Yang japanese2 tu semuanyer ex2 MME, seronok dan tak sangka dapat berjumpa balik!!..

Anak2 ibu tension sebab makanan2nyer tak menepati citarasa diorang!!...

Bersama dengan Mr.Tanaka dan Mr.Hobayashi (betui ke nama ni...ampun dh lupa sangat!!...) tak silap dia bahagian Purchasing masa di MME dulu. Nanti check balik nama dia betui ke idak..lupa dah lama sangat!!

Yang berkaca mata tu lah Athari. Tima kasih bagi akak sefamili tumpang tido kat rumah ye..sebelah tu Mr.Tanaka, turun MME sekejap masa nak setup machine baru untuk Department baru. Sempat jumpa ngan ibu jugak masa di MME 2 bulan sebelum ibu turun ke sini..mana taknyer kami sama2 ngesahkan machine2 yang baru masuk. Sebelah tu wife dia, punyer besar negara jepun ni dia boleh jumpa wife dia tu di KL. Perkenalan disana berakhir dengan perkahwinan..

Seronok dapat jumpa walaupun sekejap!!..bergambar kenangan sebelum bersurai..Terima kasih pada Mr.Hayashi (sebelah ayah baju kaler kelabu) yang arrangekan jamuan ni..memang klasik betui restoran ni!!

2009-11-29

Kinkaku-Ji

Destinasi seterusnyer adalah ke Kinkakuji. Kinkakuji ini juga dikenali dengan "Golden Pavilion Temple" dibangunkan pada tahun 1397 sebagai villa bagi seorang shogun. Untuk pengetahuan dinding2nyer adalah diperbuat dari emas.

Lihatlah kaler keemasannyer....begitu unik terletak ditengah2 tasek kecil.

Begitu indah dikelilingi taman2 mini dan batu-batu, difahamkan ianyer adalah sebagai simbol sejarah Buddha.

Suasana dalam taman ini dengan warna2 daun yang kemerah2an...


Bergambar kenangan berlatar belakangkan kinkakuji ni.


Cepat-cepat ambik gambar tengah line clear ni!!..Ya Allah jangan kenang la hari tu punyer ramai manusia!!..

Tak caya tengok la ni!!


Bergambar lagi...

Tanaka san famili..kinkakuji dari jarak dekat nampak besar.

Kami pula...orang tengah ramai lalu lalang tak boleh nak fokus!!


2 beradik pulak nak bergambar!!

Suka sangat dengan gambar ni!!..daun2 tu nampak meriah kaler2nyer..


Bersama Yoko san yang banyak membantu dan melancarkan perjalanan dalam trip ke sini..mana taknyer kalau kami sendiri je yang pergi dah sah2 tak yakinnyer!! dah tau sangat dua2 laki bini ni tak confident!! Terima kasih sangat2..nanti datang ke rumah kami di Malaysia pulak...kami boleh bawak round2 ye...

Forever and ever....


2009-11-28

Arashyiama

Selepas checkout dari hotel dalam pukul 9.30pagi, kami 2 famili ni menuju ke Arasyiama. Arasyiama adalah salah satu destinasi yang perlu dikunjungi bila menjelang musim Authum ni, ibu pun tak tau apa yang menarik kat sana. Sesampai aje disana kami terus menuju ke salah satu restoran yang dikatakan popular dengan menu "Soba". Restoran ni Yoko san yang book reserved seat seminggu sebelum kami sampai kesini sebab katanyer kalau tak booking alamat memang tak berpeluang la nak merasa soba disitu. Time booking adalah dalam pukul 10.30pg itu aje time yang kosong sebab time2 lain sudah penuh orang booking jugak!!

Ternyata bila sampai aje kat situ tengok orang2 tengah beratur panjang!!..tapi kami 2 famili ni dengan eksen je dah boleh masuk sebab dah booking awal!!..Nasib Yoko san buat reserved seat at least dapat jimatkan masa dan takdelah letih beratur panjang!!..Restoran lain pun sama ramai jugak!!

Sedang menikmati soba yang tengah panas ni!!..cuaca sejuk macam ni bila makan benda2 panas beserta dengan green tea memang layan.....

Inilah makanan2nyer.....nasi+tempura pun ada...


Selesai makan ambik gambar diluar restoran..mengikut kata Yoko san restoran ni telah lama ditubuhkan dan sobanyer memang popular dikalangan pengunjung disitu!

Kami bergambar berlatar belakangkan Gunung Arashiyama. Rupanyer kaler2 merah daun di gunung tu tak sepenuhnyer lagi bertukar, baru dalam 60%.

Bersama famili tersayang....Kata orang bila menjelang musim bunga pun memang cantik dipenuhi dengan bunga sakura tapi musim ni nampak kosong ke la sebab banyak daun2 dah luruh!!

Tanaka san famili...

Anak2 duk tepi ye...sekarang ni mak2..dan bapak2 pulak nak bergambar!!


2009-11-26

Menginap di Hotel

Janji dengan Yoko san pukul 6ptg akan jumpa balik di Shin Osaka station, kelam kabut jugak dari USJ rasa macam tak puas je lagi, malam pulak cepat.. pukul 4.45ptg dah gelap!! Dengan orang ramainyer dalam train jangan cakaplah...cuti 3 hari ni memang ramai manusia yang turun ke Kyoto, sebab utama nak tengok mominji. Kyoto adalah negeri yang cantik bila menjelang musim Authum ni.

Kami pekena okonomiyaki dan yaki soba untuk dinner malam tu. Yoko san belanja!!..kedai tu kawan dia yang rekemen katanyer sedap!!

Inilah famili Yoko. Anak2 dia pun dah besar panjang!!


Malam tu kami menginap semalam di Hotel Oks Shin Osaka. Yoko san survey 2 minggu sebelum kami kesini. Boleh dikatakan banyak hotel yang dah full!!..semua dah booking lagi awal dari kami rupanyer. Kebanyakan yang kosong hanye bilik untuk 2 orang aje!! Untuk 4 orang punyer full!!!. Jadi terpaksa booking untuk 2 bilik. Ibu tidur ngan Mifzal dan ayah tidur ngan Ikmal!!...emmm.tak seronok..tak seronok.. Sama jugak ngan Yoko san, dia pun terpaksa booking untuk 2 bilik jugak!!.

Malam tu Ikmal dah agak panas badan dia, nasib spare ubat!!..memang selalu macam tula nak jalan jauh macam2 ubat yang ibu bawak...bukan apa..standby je!! Dia lebih rapat ngan ayah dia...nak tido pun ngan ayah, nak makan pun nak duk sebelah ayah..boleh kata apa saje mesti nak ngan ayah!!..malam tu dah lah ibu seperate tido ngan dia...memang risau sebab badan dah mula nak demam tu!!..pagi tu dalam pkl 7 ibu bawak dia duk sekali dalam bilik ibu, sian ayah dia tak dapat tido nyenyak terpaksa jaram kepala anak!!..kita bagi can ayah tido lena pulak..
Tapi pagi tu dah kurang panas!!..alhamdulillah...


Bergambar kenangan diluar pintu hotel bersama famili Yoko san.

Kesian anak ibu...nak jenjalan pun tak best kepala berat!!..


2009-11-25

Universal Studios Japan ( U S J )

Akhirnyer rancangan nak bawak anak2 kesini kesampaian jugak. Inilah kisahnyer pada hari Sabtu lepas kami sefamili pergi bercuti ke Osaka dan Kyoto. Kebetulan cuti hingga hari Isnin jadi ambik peluang bercuti kesini selain dari tu nak jumpa kawan2 sekerja dari Murata Malaysia yg sekarang ni berada di Kyoto ( skrg sedang belajar bahasa jepun selama 6 bulan ) under same programme macam kami ni. Sebenarnyer ibu sefamili pergi bercuti sekali dengan Yoko san family. Pagi Sabtu tu kami naik keretapi sama2, sampai aje kat stesen Osaka kami berpisah haluan sebabnyer diorang tak pergi USJ, diorang pergi ketempat lain. Malam tu kami janji jumpa balik sebab kami menginap di hotel yang sama. Next day tu baru kami jalan sama2...
Apa2 pun jom kita layan gambar2 sekitar USJ ni.

Sebelum beli tiket nak masuk kita bergambar dulu kat glob gergasi tu...tapi orang yang ambik gambar tu tak fokus betul2 kat perkataan tu la.....Apa perkataan tu????

Haa....yang ni baru cantik nampak perkataan "UNIVERSAL" tu.

Jumpa pulak dengan Santa Claus ni..dia duk nyua2 muka kat kami..tu nak suruh ambik gambar sekali ngan dia le tu!!..

Sekitar pemandangan di USJ. USJ ni lebih kurang macam adik beradik Tokyo Disney. Tapi disini banyak berlatar belakangkan bangunan2 ala2 inggeris, tapi yang di Tokyo Disney tu bangunan2nyer ala2 kartun!!.

Ada pertujukkan disekitar jalan tu..sambil lalu ambik je gambar tak layan pun sangat tarian tu!!...malas la!!..

Cantikkan bangunan ala inggeris ni!!..Kalau orang tanyer pendapat kat ibu mana yang best antara Tokyo Disney dan USJ...dah sah2 ibu akan jawab tempat ni sebab bangunan2nyer terlalu unik dan permainan pun best2!!

JOM tengok apa permainan yang sempat kami masuk hari tu. Antaranyer.....
"Stunt Slide"..game ni duk dalam bot pelampong dan meluncur mengikut arus air..basah la sikit baju tu terkena air!!..especially ayah!!..haha

"Snoopy House"..keretapi kecik yang meluncur laju dalam tu

Wanted..wanted...

"Back to the future"..yang ni memang best!!..tengok pada nama pun memang dah tau.

"Jurasic Park"..tak masuk pun..sebabnyer dah bagitau amaran sapa2 yang masuk sah2 akan basah teruk!!..jadi kami tak ambik risiko ni..naya je nanti basah kuyup!

Ada pulak awek2 jepun ni yang terbekenan ngan Mifzal..nak bergambar sekali. Kalu nak tau itula rupa uniform sekolah menengah atas (High School) disini..seksi kan?? Hari tu dah jadi isu kisah uniform diorang ni dalam TV mengatakan yang sengaja menyingkatkan skirt tu!!..kata nak ambik action tapi tengok sama je...

"Jaws"..yang ni naik bot di tasek dan muncul jaws yang sedang mengganas dalam tu!!..

"Waterworld"..yang ni kami dalam studio tengok aksi pelakon2 inggeris sedang buat penggambaran citer perang... Layan gambar2 kat bawah ni..

Tertipu rupanyer kita2 ye...dalam studio ni pusing2 situ jugak..kalau nengok dalam movie tu macam luas je tempat... padahalnyer????


Layan aje la gambar2 kenangan kami kat sini ye...selamat melayan!!!


Perut lapar nak makan apa?? Pusing banyak tempat tapi semua tak boleh makan!! Nasib ada satu restoran ni...bergambar depan restoran... Apa menu lunch kami???

Tempura udon aje la rezeki kami anak beranak hari tu....



Selamat tinggal USJ...sebelum keluar jumpa pulak signboard ni..date ni sebagai kenangan kami yang dah sampai pada hari tu!